Friday 23 September 2011

Hantu Boceng ni


KUALA LUMPUR, 23 Sept: Dewan Pemuda PAS Malaysia akan mengadakan pertemuan dengan pengarah filem Hantu Bonceng, Ahmad Idham Ahmad Nadzri pada 26 September ini bagi menjelaskan teguran mereka terhadap beliau berhubung filem arahannya itu.

Pertemuan tersebut dirancang diadakan pada waktu siang, tetapi sekiranya Ahmad Idham tidak mempunyai kelapangan masa untuk mengadakan pertemuan pada siang hari itu, beliau diharap mengemukakan cadangan mengadakan pertemuan pada waktu malam.

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan menjelaskan, malah sekiranya Ahmad Idham tidak mempunyai kelapangan masa untuk mengadakan pertemuan pada hari itu, beliau boleh mengemukakan cadangan untuk mengadakan pertemuan pada tarikh lain kepada pihaknya.

Menurut beliau, di pihak Dewan Pemuda PAS, pertemuan tersebut akan diuruskan oleh Sekretariat Dewan Pemuda PAS Malaysia yang diwakili oleh beliau sendiri dengan ditemani tiga orang rakannya dari kalangan Ahli Jawatankuasa Dewan Harian Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Katanya, surat atau maklumat untuk mengadakan pertemuan itu akan dihantar oleh Sekretariat Dewan Pemuda PAS Malaysia kepada Ahmad Idham dalam masa terdekat bagi mendapatkan maklum balas segera daripada beliau.

"Pertemuan itu akan diadakan di pejabat Ahmad Idham sendiri. Tujuan pertemuan itu diadakan adalah untuk menjelaskan kepada beliau kenapa Dewan Pemuda PAS Malaysia membuat teguran berhubung filem arahan dan terbitan syarikat beliau itu.

"Kami berharap agar hasrat kami untuk mengadakan pertemuan itu akan disambut dengan dada terbuka oleh Ahmad Idham," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Dewan Pemuda PAS Malaysia juga, menurut beliau, berharap agar Ahmad Idham tidak menyalah anggap dengan teguran pihaknya dan bersedia menerima pandangan yang berbeza demi kepentingan Islam dan umat Islam keseluruhannya.

Katanya, Ahmad Idham tidak perlu melenting apabila ditegur oleh pihak Dewan Pemuda PAS mengenai filemnya itu kerana sebagai artis Ahmad Idham sendiri sememangnya telah masak dengan pelbagai kritikan sebelum ini.

Teguran Pemuda PAS berhubung filem Hantu Bonceng itu, jelasnya, sememangnya bertujuan baik untuk kepentingan Islam dan umat Islam.

"Teguran yang kami buat itu bukanlah bertujuan untuk membunuh kerjaya Ahmad Idham dan bukan juga untuk membunuh industri seni di tanah air," katanya.

Filem Hantu Bonceng arahan Ahmad Idham ditayangkan bermula 31 Ogos sehingga 4 September 2011 lalu secara serentak di 80 pawagam di Malaysia, Singapura dan Brunei.

Hantu Bonceng yang diterbitkan oleh syarikat kepunyaan Ahmad Idham sendiri, Excellent Pictures Sdn Bhd dibintangi Mohd Razizan Abd Razak atau lebih dikenali sebagai Zizan Raja Lawak, Juliana Evans, Jue Aziz, Dottie, Tai, Zahid Baharudin dan beberapa orang pelakon lain.

Filem ke-23 arahan Ahmad Idham itu merupakan filem komedi dan mengisahkan Amran yang gemar berlumba haram yang tiba-tiba terlibat dalam satu kemalangan yang meragut nyawa gadis yang memboncengnya.

Sejak itu, gadis yang tidak tenteram itu menghantui Amran dan Amran meminta kekasihnya, Halimaton dan rakannya Kunyit menyempurnakan mayat gadis tersebut.

Namun filem tersebut dikecam hebat oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia kerana dalam satu adegannya, Zizan jelas menghina Rasulullah saw dengan menyebut “Ashaduanna Muhammadar ... syaitan” yang membawa maksud “Aku naik saksi bahawa Muhammad itu ... syaitan”.

Selain itu turut ditambah dengan adegan mempersendakan azan, memakai baju yang mempunyai tanda salib ke masjid dan beberapa isu tahyul seperti bogel depan hantu.

Dewan Pemuda PAS Malaysia ketika membuat teguran terhadap filem itu sejak 19 September lalu turut kesal yang teramat sangat dengan kelemahan ketara pihak Lembaga Penapisan Filem (LPF) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), sehingga membenarkan filem-filem berbaur penghinaan kepada Islam diterbitkan.

20 September lalu, Dewan Pemuda PAS menerusi Nasrudin melanjutkan lagi tegurannya kepada pihak penerbit, pengarah dan pelakon filem itu agar menyedari kesalahan tersebut dan mendesak agar penayangan filem itu dihentikan dan jika mahu ditayangkan juga, sekurang-kurang babak mengucap syahadah secara salah itu mesti dipotong untuk tayangan berikutnya.

Bagaimanapun teguran beliau tidak dipedulikan oleh Ahmad Idham, malah beliau dilaporkan menjawabnya dengan nada dan ayat-ayat yang tidak sewajarnya.

Tindakan beliau memaksa Dewan Pemuda PAS Malaysia membuat keputusan untuk mengadakan pertemuan khas dengan pengarah tersebut bagi menjelaskan maksud sebenar teguran itu demi kepentingan Islam, para penonton filem itu dan orang ramai di segenap peringkat.

Semalam, Harakahdaily telah melaporkan, Zizan Raja Lawak mulai dihujani penghormatan para peminatnya, apabila bersikap terbuka memohon maaf kepada orang ramai berhubung dialog kontroversi yang dituturkannya di dalam filem itu.

Dalam Twitternya kelmarin, Zizan telah tampil meminta maaf atas kesilapannya menghina Rasulullah dalam filem tersebut dengan mengatakan: “Saya faham, apa yang salah… salah jugak. Tapi pasal hina Islam memang jauh dari otak fikiran saya la.. takde lagsung terniat. Ini adalah Agama dan Rasul saya.. Maaf sekiranya saya silap."

Labels:

Baca ini dulu

Perkara Yang Lelaki Perlu Tahu Dan Juga Perempuan Perlu Tahu
Lelaki perlu tahu yang perempuan:
1. Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.
2. Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.
3. Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.
4. Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.
5. Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.
6. Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.
7. Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.
8. Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.
9. Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.
10. Seks : SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkann ya.
“Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari. Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA”
Perempuan juga perlu tahu yang lelaki:
1. Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin).
2. Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
3. Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
4. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
5. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita.
6. Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.
7. Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!
8. Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
9. Bila lelaki cakap..”Emm. tengoklah dulu”..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
10. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
11. Kebanyakan lelaki yang nampak ‘desperate’, datang dari sekolah all boys!
12. Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
13. Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini.
14. Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.
15. Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa…yang lain hanya kawan..:)
16. Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari…maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja….Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!
17. Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
18. Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti.
19. Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.
20. Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.
Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!

Labels:

Saturday 17 September 2011

HiGoat - Rahsia susu kambing yang kini disingkap mutu khasiat dan kebaikannya. Susu kambing terlaris buat anda sekeluarga yang diyakini manafaatnya. Harga berpatutan, penuh nilai khasiat dan bermutu tinggi, suci lagi halal.


Kini terdapat cara mudah untuk meminum susu kambing. Anda tidak perlu risau bagaimana untuk simpan susu kambing bagi mengekalkan kesegaran, bau yang tidak menyenangkan. Penemuan terbaru susu kambing dalam bentuk tepung yang dinamakan Hi Goat keluaran Syarikat HR Marketing Sdn. Bhd. yang dijamin Suci dan Halal.  Susu Tepung Hi Goat adalah unik dan terbaik kerana:
  • Pertama di pasaran
  • Rasa yang enak
  • Penyediaan mudah dan segera
  • Sesuai untuk semua
  • Bau yang menyenangkan
  • Tanpa gula
  • Tiada bahan pengawet dan pewarna Organik

Nuffnang Ads

Kelebihan & Khasiat

Apakah kelebihan dan manfaat Susu Kambing Hi-Goat yang telah terbukti keberkesanannya?
1) Merawat Kencing Manis 9) Kebas Kaki dan Tangan
2) Sakit Jantung dan Darah Tinggi 10) Migrain
3) Gastrik 11) Semput
4) Asma (Lelah) 12) Masalah Keletihan
5) Acute Anemia 13) Masalah Kulit
6) Tulang Belakang Reput 14) Masalah Ketika Mengandung
7) Angin Ahmar 15) Masalah Ketika Kelahiran
8.) Insomnia 16) Susah Buang Air Besar & Buasir                    

Labels:

Delima Plus GSC



Deskripsi Produk

Minuman ini dirumus untuk melindung diri daripada ancaman luaran dengan cara membina kekuatan dayatahan badan disamping boleh menyerlahkan keremajaan dan kehalusan kulit, bentuk badan yang ideal dan kelihatan muda secara semulajadi.

Rumusan ini tidak mengandungi bahan pengawet dan pemanis tiruan.

Kandungan

Delima, biji anggur merah, colostrums, krimer sayuran, gula, xylitol, dextrose, vanilla.

Berat sachet

30 gram

Fakta Pemakanan

Saiz hidangan: 30 gm



Caraguna

Larutkan dalam 250 ml air suam, kacau dan boleh ditambah ais jika ingin sejuk. Minum satu sachet sekali sehari. Sesuai untuk semua peringkat umur.

Fakta Delima.

Delima digelar `super fruit` mengandungi antioksidan yang unggul diterajui asid ellagik yang berupaya melindungi kalenjar prostat, payu dara, organ paru-paru dan jantung.

Boleh menghalang pembentukan plaque yang melonggok dalam salur darah arteri, mengurangkan aras LDL atau kolesterol jahat, mencegah kemerosotan rawan dan melambatkan proses degenerasi sistem saraf dan otak.

Fakta Anggur Merah.

Mengandungi antioksidan yang poten daripada poliphenol dimana kajian mendapati biji anggur boleh melegakan kelainan ketakcukupan vena dan kerapuhan kapilari darah.

Boleh memperbaiki penglihatan malam, membantu melindungi kulit cetusan pendedahan matahari, memecahkan lemak tersembunyi dan melindungi badan daripada penuan pramatang.

Fakta Kolostrum.

Kolostrum kaya dengan perisian semulajadi daripada dua faktur utamanya iaitu faktur imun dan faktur pertumbuhan atau penyembuhan yang berupaya meningkatkan dan mengimbangi sistem imuniti badan, melawan jangkitan kuman dan kesan bahan toksik.

Memperbaiki nisbah berat otot dan lemak badan, mengimbangi aras gula dan tekanan darah, melegakan kemurungan dan memperbaiki mood, membantu menyihatkan sendi,rawan,otot dan menyegarkan kulit.

Menggalakan flora usus sihat, mempercepatkan pemulihan kecederaan dan meningkatkan keupayaan dan stamina.
sesiapa yang berminat untuk mendapatkan produk ini dengan harga yang ISTIMEWA sila hubungi 017-9371239

Labels:

Wednesday 14 September 2011

movie pilihan september 2011

salam semua.. selamat hari raya . maaf zahir batin.. sempena merdeka raya ini saya akan hidangkan movie/siri yang bestlah. Team medical dragon. semoga anda terhibur menonton cerita ini.

Iryu Team Medical Dragon Season 01

Labels:

Tuesday 13 September 2011

Salam buat semua. Kali nie aku nak citer program yang akan berlaku bermula selama seminggu. Dah terlambat sangat aku nak cerita pasal pesta buku dan komputer nie. Teringat sebab tengok dalam senarai draft ader tajuk nie. Hehe. Untuk pengetahuan korang, kebanyakan post adalah discheduled ke siang hari. Sebab siang hari ader jer projek lain yang menjengah. Tak sempat nak sentuh internet.

Apa yang menarik?
Aku cuma nak bagitahu pengalaman aku pergi tahun lepas. Tahun lepas merupakan pengalaman aku buat kali pertama pergi ke pesta nie. Dan tahun nie aku akan pastikan yang aku akan pergi. Terdapat banyak pilihan buku dekat pesta nie. Aku rasa lagi banyak dari perpustakaan negara kot. Hehe.

Yang menampakkan menarik adalah kebanyakan penerbit buku, majalah, komik akan berkampung kat  Balai Islam selama seminggu. Banyak aktiviti dan promosi menarik oleh mereka. Aku paling suka bila masuk jer dewan yang dipenuhi karya terbitan KarangKraf. terlalu banyak majalah-majalah lama yang dijual lebih murah dari harga pasaran.

Penggemar novel
Bagi penggemar novel, jangan lepaskan peluang berjumpa dengan penulis kegemaran korang. Alaf 21 dan beberapa penerbit lain menyediakan ruangan khas untuk penulis beramah mesra dengan pembaca. Aku masa tue mencari-cari penulis Aisya Sofea(Penulis Novel Adam & Hawa), sekadar nak bertegur sapa tetapi gagal. Mungkin terlibat dengan urusan lain.

Nak beli banyak buku, duit pun tak cukup. Lagipun tak berkesempatan nak membaca banyak-banyak nie. Aku cuma belikan adik aku buku latihan. Buku latihan sekolah rendah banyak sangat promosi. Aku amik 4 set boleh dapat sampai RM5.00. Tak percaya? Pergi ar nanti.

Pesanan
Pesta nie adalah terlalu besar dan untuk melawati setiap seksyen sebenarnyer menguji kemampuan diri. Pastikan korang merancang perjalanan. Mungkin hari nie pergi separuh, esok habiskan bakinya. Tahun lalu masa aku pergi, aku habiskan berjalan selama 3 jam tanpa henti untuk menghayati setiap inci pameran kat situ. Sempat patah balik sebab nak kejar Happy Hour. Hehe. Aku terpaksa bergegas sebab petangnya ada kerja lain yang menunggu.

Banyak aktiviti menarik dianjurkan pada hari minggu. Memang seronok kalau pergi hari minggu. Tapi akan ada masalah dari segi kepadatan pengunjung. Jadik korang rancanglah baik-baik nak hari biler. Aku prefer untuk pergi hari biasa. Tapi saper plak nak pegi ngan aku nie..

Pesta Buku Dan Komputer 2011

Tarikh: 26 September 2011 - 1 Oktober 2011
Masa: Ahad - Jumaat (10.00 AM - 10.00 PM)
Tempat: Balai Islam Lundang, Kota Bharu, Kelantan

ps: dah lama tak membaca novel..

Labels:

Sunday 11 September 2011

exists masih ada

Kumpulan Exists merupakan kumpulan penyanyi Malaysia. Ia mempunyai anggota seramai 4 orang yang kesemuanya adalah lelaki. Mencipta nama dalam tahun 90-an dengan lagu Untukmu Ibu.

Isi kandungan

 Ahli-ahli

Sejak penubuhan awal Exists pada tahun 1991 sehingga kini, beberapa perubahan telah berlaku di dalam ahli kumpulan ini. Nama kumpulan ini juga telah bertukar daripada EXIST pada 1989 kepada EXISTS pada 1996. Berikut adalah ahli dan bekas ahli kumpulan Exists.
Exists 1991-1994:-
  1. (Mamat) Mohd Ali bin Kamarudin. Penyanyi.
  2. (Ajai) Mohd Faizal bin Maas. Keyboard.
  3. (Shah) Shah Nizam bin Halim. Gitar utama.
  4. (Along) Azrul Nasir. Gitar kedua.
  5. (Musa) Musa bin Radhi. Bass.
  6. (Ujang) Shahrudin bin Saniman. Dram.

Labels:

Saturday 10 September 2011

Tragedi wtc


NEW YORK - Polis yang dilengkapi senjata berada dalam keadaan berjaga-jaga di sekitar bandar raya New York semalam.
Keadaan berjaga-jaga itu dibuat selepas para pegawai Amerika Syarikat (AS) memberi amaran berhubung satu ancaman bom yang belum dipastikan. Ancaman bom itu dikatakan akan berlaku pada ulang tahun sambutan serangan pengganas kali ke-sepuluh di bandar raya New York esok.
"Terdapat maklumat ancaman yang berwibawa dan terperinci tetapi masih belum disahkan," kata Jabatan Keselamatan Dalam Negeri kelmarin.
Presiden AS, Barack Obama juga mengarahkan supaya usaha-usaha untuk menangani keganasan ditingkatkan.
Menurut jabatan itu, pihaknya akan mengambil semua langkah yang patut untuk mengurangkan sebarang ancaman.
Seorang pegawai White House mengesahkan bahawa Obama telah mengarahkan semua komuniti memerangi pengganas meningkatkan usaha sebagai tindak balas terhadap ancaman berkenaan.
Beberapa pegawai di Washington menyatakan terdapat satu ancaman keganasan yang melibatkan kenderaan membawa bom di New York atau di ibu kota Washington.
Dalam serangan pengganas pada 11 September 2001, bangunan World Trade Centre (WTC) runtuh akibat dirempuh oleh dua pesawat yang dirampas pengganas sehingga mengakibatkan 2,753 orang terbunuh. - Agensi

Labels:

Harga topup baru


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (gambar) meminta syarikat telekomunikasi (Telco) supaya mengkaji semula keputusan mengenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus kepada pengguna produk tambah nilai dan pek permulaan talian prabayar kerana ia dilihat membebankan rakyat.
Najib berkata, keputusan yang diambil sendiri oleh syarikat telekomunikasi merupakan satu keputusan yang tidak popular selepas beliau mengambil kira pandangan dan maklum balas daripada pengguna.
Menurutnya, fokus utama ketika ini sepatutnya untuk mengurangkan beban rakyat dan bukannya mengambil keputusan untuk menambah beban itu.
"Saya sudah dapat banyak reaksi dan maklumat balas orang ramai bahawa langkah yang dibuat oleh syarikat telekomunikasi mengenakan cukai perkhidmatan kepada pengguna adalah suatu yang tidak popular dan sukar diterima oleh rakyat.
"Kini rakyat terpaksa menanggung kos perbelanjaan serba-serbi dan ada sesetengah bahan makanan sudah bertambah harga," katanya selepas melancarkan logo baharu Maybank di di sini semalam.
Najib berkata, kerajaan tidak pernah meluluskan apa-apa berkenaan caj cukai enam peratus berkenaan sebaliknya ia dibuat syarikat telekomunikasi sendiri.

Labels:

Tips untuk mempercepat Windows XP

Berikut ini adalah trick2 simple untuk mempercepat windows.PROCEED WITH CAUTION. Juga jangan lupa lakukan backup registry sebelum tweaking.

QUOTE
Cara Back up registry
start>run>regedit>file>export
kasih nama backup .reg anda klik ok
done
1. Mendisable Service Windows yg tidak diperlukan.
Karena windows ditujukan untuk berbagai user dan tugas, maka windows membuat service yg sebenarnya tidak tidak terlalu diperlukan. Service2 berikut ini seringkali memakan resouce yg tidak sedikit, dengan mendisable (me-non-aktif-kan) maka komputer akan boost karenanya.

QUOTE
* Alerter
* Clipbook
* Computer Browser
* Distributed Link Tracking Client
* Fast User Switching
* Help and Support - (Jika anda mengunakan windows help, maka langkah ini skip)
* Human Interface Access Devices
* Indexing Service
* IPSEC Services
* Messenger
* Netmeeting Remote Desktop Sharing
* Portable Media Serial Number
* Remote Desktop Help Session Manager
* Remote Procedure Call Locator
* Remote Registry
* Remote Registry Service
* Secondary Logon
* Routing & Remote Access
* Server
* Telnet
* TCP/IP NetBIOS Helper
* Upload Manager
* Universal Plug and Play Device Host
* Wireless Zero Configuration -(Jangan didisable jika anda mengunakan Wireless)
* Workstation


Cara mendisable service diatas:

1. Klik start>Run>ketik "services.msc"
2. Dobel klik service yg hendak diubah
3. Ubah startup type menjadi 'Disable"

2. Matikan System restore
System restore bisa bermanfaat jika komputer bermasalah, akan tetapi semua restore point yg disimpan memakan ruangan yg cukup besar di harddisk. System restore membebani karena selalu memonitor sistem, dengan mendisable system restore maka sebagian resorce akan dialokasikan untuk hal yg lain.

1. Buka Control Panel
2. Klik Performance and Maintenance
3. Klik System
4. Klik System Restore tab
5. Klik 'Turn off System Restore on All Drives'
6. Klik 'Ok'

3. Defrag Pagefile
Keeping your pagefile defragmented can provide a major performance boost. One of the best ways of doing this is to creat a separate partition on your hard drive just for your page file, so that it doesn't get impacted by normal disk usage. Another way of keeping your pagefile defragmented is to run PageDefrag. This cool little app can be used to defrag your pagefile, and can also be set to defrag the pagefile everytime your PC starts. To install:

1. Download and Run PageDefrag,
2. kasih centang pada "Defrag at next Reboot",
3. Klik OK
4. Reboot

4. Mempercepat akses Folder - dengan mendisable Last Access Update.

Jika anda memiliki banyak folder dan subdirectories, maka akses ke Direktory2 Windows XP terasa sangat berat dan seringkali cuman membuang waktu. Dengan mengupdate time stamp di registry, yaitu last access update untuk semua sub directory. Proceed with caution:

1. Start>Run>regedit
2. "HKEY_LOCAL_MACHINE\System\CurrentControlSet\Contr ol\FileSystem"
3. Klik kanan di bagian yg kan (cari area yg kosong), lalu pilih 'DWORD Value'
4. Bikin DWORD Value dengan nama 'NtfsDisableLastAccessUpdate'
5. Klik kanan pada value baru terus pilih 'Modify'
6. Ubah data menjadi '1'
7. Klik 'OK'

5. Me-non-aktifkan Microsoft System Sounds
Secara default MS sound systems membuat komputer berbunyi/bersuara ketika booting awal, shutdown, error, dll. Skenario suara windows jelas2 membuat komputer lebih lambat (terutama dalam waktu shutdown dan booting awal), untuk me-non-aktifkan silahkan ikuti langkah berikut:
1. Buka Control Panel
2. Klik Sounds and Audio Devices
3. Klik tab Sounds
4. Pilih "No Sounds" dari Sound Scheme
5. Klik "No"
7. Klik "Apply"
8. Klik "OK"

6. Mempercepat waktu Boot
Fitur yg lumayan asik dari Windows XP adalah kemampuan untuk mendefrag ketika ada dalam proses booting. Boot Defrag pada prinsip menata file2 yg relevan dengan booting secara berurutan. Secara default fitur ini telah diaktifkan pada beberapa Build Windows, tapi beberapa build windows tidak, ada baiknya kalo kita cross check terhadap fiotur yg satu ini.
1. Start Menu>Run
2. Regedit
3. HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Dfrg\BootOpt imizeFunction
4. Cari "Enable" dibagian kanan regedit
5. Klik "Modify"
6. Pilih "Y to enable"
7. Reboot


7. Mempercepat Performa Swapfile
Jika anda memiliki ram lebih besar dari 256MB bisa dibilang tweaking yg ini akan membuat sistem anda berjalan lebih cepat. Tweaking ini pada dasarnya PC kita mengunakan setiap byte dari memori fisik yg terpasang di komputer kita, SEBELUM mengunakan swap file.
1. Start>Run
2. "msconfig.exe">ok
3. Klik tab System.ini
4. Klik tanda plus pada tab 386enh
5. Klik kotak new kemudian ketik "ConservativeSwapfileUsage=1"
6. Klik OK
7. Restart

8. Mempercepat Loading Windows Menu
Tweak ini adalah tweaking fav saya, karena akan komputer kita terasa lebih cepat. Tweaking ini membuang waktu delay ketika kita mengklik menu dan windows XP menampakkan Menu.
1. Start>Run
2. Regedit>Ok
3. "HKEY_CURRENT_USER\Control Panel\Desktop\"
4. Pilih/Sorot "MenuShowDelay"
5. Klik kanan dan pilih "Modify'
6. Ketik angka "100"
Angka 50-150 adalah kisaran yg baik, disesuaikan dengan Mood anda

9. Mempercepat Loading Program.
Tweaking ini  berjalan untuk sebagian besar program. Jika program tidak mau loading seperti yg diharapkan, silahkan aja dikembalikan ke setting semula.
1. Klik kanan pada icon/shortcut yg berkaitan dengan program.
2. properties
3. Pada kotak 'target', tambahkan ' /prefetch:1' diakhir kalimat.
4. Klik "Ok
Program akan loading lebih cepat.

10. Mempercepat Shutdown Windows XP.
Tweaking ini mengurangi waktu tunggu secara otomatis ketika windows sudah menerima arahan untuk shutdown.
1. Start>Run
2. 'Regedit'>OK
3. 'HKEY_CURRENT_USER\Control Panel\Desktop\'
4. Sorot 'WaitToKillAppTimeout'
5. Klik kanan dan pilih modify
6. Ubah value menjadi '1000'
7. Klik 'OK'
8. Sorot 'HungAppTimeout'
9. Klik kanan dan pilih modify
10. Ubah value menjadi '1000'
11. Klik 'OK'
12. 'HKEY_USERS\.DEFAULT\Control Panel\Desktop' sorot WaitToKillAppTimeout'
13. Klik kanan dan pilih modify
15. Ubah value ke '1000'
16. Klik 'OK'
17. 'HKEY_LOCAL_MACHINE\System\CurrentControlSet\Contr ol\' sorot 'WaitToKillServiceTimeout'
19. Klik kanan dan pilih modify
20. Ubah value menjadi '1000'
21. Klik 'OK'

QUOTEPROCEED WITH CAUTION. That's it.

Dikala hari gini harga komputer makin mahal, tweaking windows  jadi alternatif pertama sebelum upgrade hardware

Labels:

Thursday 8 September 2011

asas komputer

asslmualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca..haha!diharapkan semua sihat2 sentiasa.
ruangan ini disediakan kepada mereka yang mungkin ingn berjinak2 di dalam dunia perkomputeran dan diharapkan blog ini dapat membantu para pembaca sekalian agar faham tentang komputer. pengetahuan perlu diperbanyakkan lagi selain daripada mengetahui bagaimana menggunkan microsoft word atau power point atau internet dan sebagainya..pasyinya anda tahu apa itu komputer bukan?

untuk pengetahuan anda,komputer terbahagi kepada dua jenis:,iaitu
1-komputer khusus
 adalah alat elektronik yang mana hanya membaca 1 arahan sahaja yang melaksanakan 1 fungsi sahaja.contohnya seperti pemasak air elektronik,bila kita tekan button on,ia akan berfungsi..

2-komputer umum
komputer umum pula boleh menyimpan berbagai aturcara dan juga boleh melaksanakan aturcara tersebut.komputer umum terbahagi kepada
  • minikomputer
  • mikrokomputer
  • superkomputer
  • kerangka utama
 dalam menggunakan komputer ,perlulah ada perkakasan dan juga perisian,kedua2nya saling memerlukan,jika kita beli sebuah komputer tanpa ada perisian,maka komputer tidak dapat berfungsi sepenuhnya.
perhatian!didalam topik ini,hanya membincangkan tentang komputer umum sahaja

perkakasan
adalah alat elektronik yang kita boleh nampak dan kita boleh sentuh yang digunakan untuk komputer.perkakasa/peranti terbahagi kepada 5.iaitu

-peranti input
 berfungsi untuk:

  • berkomunikasi dengan komputer dalam proses kemasukan data dan aturcara-contohnya penggunaan keyboard dapat membantu pengguna memasukkan huruf-huruf dan nombor serta simbol...
  • memberi suruhan kepada komputer-contohnya penggunaan mouse yang dapat membantu menyuruh komputer melaksanakan sesuatu arahan.contoh arahan 'save'..bila klik,komputer akan membuat operasi save tersebut.
  • menerima maklumat dan tukarkannya kepada kod digital-contohnya penggunaan scanner,akan membantu menukar gambar dalam bentuk digital.
-peranti output
peranti yang mengeluarkan output daripada operasi yang dihasilkan oleh komputer dan dikeluarkan dalam bentuk softcopy ataupun hardcopy.softcopy adalah output yang dipaparkan hanya di skrin sahaja.manakala hardcopy adalah output yang dipaparkan selain daripada skrin,contohnya kertas dan sebagainya.


-ingatan utama
ingatan yang diperlukan dalam operasi pemprosesan data.dikenali sebagai ingatan kerja dan ingatan dalaman..contoh:RAM ROM,
Ram adalah ingatan sementara yang akan menyimpan data untuk diproses dan apabila komputer mati,data akan hilang.contohnya,apabila kita melarikan perisian power point dan apabila komputer tiba2 mati,power point akan hilang dan segala kerja yang tak di save juga akan hilang bila dihidupkan semula..
Rom menyimpan data dan arahan sistem secara tetap sejak dikilangkan lagi.Ia tidak boleh diubah oleh pengguna.terdapat banyak jenis iaitu PROM, EEROM, EPROM, EAROM dam EEPROM.





-ingatan bantu
 ingatan bantu adalah ingatan yang menyimpan maklumat secara kekal,contohnya seperti cakera keras,pendrive,disket,cd dan sebagainya.



-unit pemprosesan(cpu).
unit pemprosesan pusat berfungsi untuk
  • mengawal penggunaan ingatan komputer-RAM sebagai ingatan sementara akan dikawal penggunaannya,berapakah ruang storan yang diperlukan untuk menempatkan data yang hendak diproses.
  • mengawal jujukan pengendalian
  • melaksanakan pemprosesan
  • memberi arahan kepada semua bahagian komputer
 cpu terbahagi kepada 2 iaitu unit kawalan dan juga unit arithmetik logik(ALU).
unit kawalan berfungsi untuk mencapai suruhan daripada ingatan dan kemudiannya mentafsir suruhan tersebut,kemudian mengarahkan ALU untuk melaksanakan operasi tersebut  dan sambil itu ia mengaktifkan input dan output

unit arithmetik logik pula berfungsi untuk melakukan arahan arithmetic dan juga melakukan fungsi logik.hasil pelaksanaan tersebut akan disimpan kedalam daftar dan seterusnya unit kawalan akan hantar ia ke ingatan utama.
      

perisian

perisian pula merupakan progam atau aturcara komputer yang dibangunkan oleh juruaturcara yang pakar.perisian adalah perantara komunikasi diantara pengguna dan juga perkakasan.perisian yang biasa ditemui dipasaran terbahagi kepada 3 iaitu:

  1. perisian sistem pengoperasian-iaitu perisian yang menguruskan,mentadbir,menjadual proses secara terancang.contohnya seperti linux,microsoft dan sebagainya
  2. perisian aplikasi-iaitu perisian yang yang digunakan untuk membantu para pengguna untuk menyelesaikan perkara harian mereka..contohnya seperti microsoft word,power point,adobe photoshop dan sbgnya..
  3. perisian utiliti-iaitu perisian yang membantu dalam menguruskan sistem komputer agar menjadi lebih terurus dan mudah digunakan.contohnya seperti  tune-up,antivirus,windoctor dan sebagainya

Labels:

Wednesday 7 September 2011

Mat Indera bukan anggota PKM

Bukan sahaja tidak berfahaman komunis, tokoh kontroversi kemerdekaan Muhammad Indera atau lebih dikenali Mat Indera juga bukan anggota Parti Komunis Malaya (PKM), kata keluarganya.

Baharum Shah, 65, berkata, abang keduanya itu sebenarnya seorang pejuang kemerdekaan sayap kiri yang mahu menghalau penjajah British dari negara ini.

suhaizan kayat baharom shah 070911"Tidak. Itu peristiwa tahun 1948. Beliau (Mat Indera) komited pada perjuangan membebaskan negara ini," kata Baharum ketika ditanya sama ada abangnya mengganggotai mana-mana platun PKM.

Justeru, tampil dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini, Baharum (kiri) mahu kerajaan dan ahli akademik membuat kajian dan membersihkan nama abangnya.

"Saya mohon pihak kerajaan dapat membersihkan Mat Indera daripada dilabel sebagai pengkhianat negara. Sejarah kemerdekaan perlu dikaji semula.

"Saya bagi pihak keluarga mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin membersihkan maruah dan nama baik keluarga saya," katanya dalam majlis yang turut dihadiri Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat.

Ditanya kenapa baru tampil untuk tujuan itu setelah 54 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan, Baharum berkata, beliau pernah menyuarakannya melalui kajian sendiri dan penulisan tetapi tidak mendapat perhatian.

Katanya, sekitar tahun 1970-an, beberapa siri rencananya berhubung perkara itu disiarkan akhbar milik Umno Utusan Malaysia.

"Saya pergi ke arkib negara untuk buat kajian dan tulis tentangnya," katanya yang sebelum itu memulakan sidang media dengan mengajak pemberita menyedekahkan al-Fatihah kepada arwah abangnya yang dikatakan kuat beragama.

Rangkaian komunis


Bagaimanapun, menurut pesara tentera itu, rekod tersebut tidak lagi disimpannya kerana hilang semasa berpindah rumah. Baharum kini tinggal berdekatan Cheras, Kuala Lumpur.

Sementara itu, Suhaizan berkata, setelah Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dianggotai Mat Indera diharamkan dan beliau sekali gus dikehendaki British, Mat Indera tiada pilihan selain menyertai gerakan gerila.

suhaizan kayat barom shah 070911"Sama ada beliau bekerjasama dengan komunis atau tidak, itu kena ada kajian. Sama ada beliau alat PKR atau memperalatkan PKM (untuk menuntut kemerdekaan). Sebab itu kajian perlu dibuat.

"Dan adakah menggunakan PKM untuk menuntut kemerdekaan menjadi satu kesalahan?" kata anak kelahiran Johor itu.

Malah, kata Suhaizan (gambar, di tengah), selain Umno yang berhaluan kanan, semua pertubuhan lain ketika itu diharamkan British.

Beliau berkata, dengan keadaan komunikasi terhad pada masa itu, Mat Indera juga sudah pasti tidak tahu kaitan antara PKM dengan rangkaian komunis antarabangsa.

"Yang dia tahu, di depannya ada sekelompok orang yang mahukan kemerdekaan," kata Suhaizan yang diberi kepercayaan oleh Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu bagi berdebat berhubung perkara itu dengan Pemuda Umno.

sumber : malaysiakini

Labels:

Sunday 4 September 2011

reviu piala malaysia 2011

KELANTAN cukup terkenal sebagai sebuah pasukan yang berjaya menampilkan beberapa nama besar di posisi penjaga gol sejak era 1980-an.
Selepas kemunculan Hamid Ramli, legasi kecemerlangan tersebut diteruskan dengan kehadiran Wan Kamarulzaman Mohamad, Halim Napi dan ketika ini – Khairul Fahmi Che Mat sedang berada di kemuncak karier.
Bagaimanapun, menjelang kempen Piala Malaysia yang akan membuka tirainya Selasa ini, Kelantan diselubungi khabar kurang gembira apabila tiga penjaga gol mereka tidak dapat disenaraikan.
Khairul Fahmi yang menggalas tanggungjawab bersama skuad Olimpik mungkin tidak mendapat pelepasan daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Ini kerana skuad Olimpik dalam persiapan bagi menghadapi saingan peringkat kumpulan Kelayakan Olimpik 2012.
Kem Kelantan bertambah resah apabila dua lagi penjaga gol, Norhadi Ubaidillah dan Halim di- belenggu masalah kecederaan.
Berikutan masalah tersebut, seluruh ‘mata’ peminat setia skuad The Red Warriors kini tertumpu kepada penjaga gol kedua, Shahrizan Ismail yang tidak asing dalam kejohanan domestik.
Namun timbul persoalan sama ada Shahrizan mampu menggalas tanggungjawab yang diamanah ketika Kelantan dalam misi mempertahan Piala Malaysia musim ini.
Pada kempen tahun ini, dia lebih kerap memanaskan bangku simpanan dan hanya beraksi untuk tempoh 270 minit dalam Liga Super.
Kelibat Shahrizan sering dibayangi oleh ketangkasan Khairul Fahmi sehingga mencetuskan kebimbangan terhadap prestasi semasa pemain berusia 32 tahun ini walaupun ‘dadanya cukup dengan ilmu’.
Sebagai rekod, Shahrizan pernah mencuri tempat sebagai penjaga gol No. 1 pasukan Selangor selama tiga musim bermula 2001.
Dia kemudiannya berkelana ke Terengganu pada 2005 sebelum memilih untuk pulang berbakti ke negeri kelahirannya, Kelantan pada 2008.
Musim 2009 menyaksikan Shahrizan kehilangan posi- sinya selepas kemunculan semula Halim dan setahun kemudian, dia sekali lagi diketepikan dengan kehadiran Syed Adney Syed Hussain.
Secara tiba-tiba, kelibat Khairul Fahmi pula mula mencuri tumpuan sehingga mencetuskan fenomena baharu dalam skuad Kelantan.
Selepas lebih dua musim menanti, pentas Piala Malaysia adalah kesem- patan terbaik untuk Shahrizan membuktikan keupayaan sebenarnya.
Dalam empat siri perlawanan persahabatan sebelum ini, Shahrizan mempamerkan aksi cemerlang ketika bertemu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Selangor, Songkla FC dan hanya melepaskan satu gol ketika Kelantan menentang T-Team.
Statistik tersebut mungkin sudah cukup untuk menutup mulut para pengkritik yang meragui kemampuannya selain ia satu isyarat jelas bahawa Shahrizan kini sedang mencongak sesuatu untuk merampas semula posisi penjaga gol utama Kelantan.
Memiliki susuk tubuh yang lebih kecil dan rendah, Shahrizan memiliki kekuatan tersendiri terutama kemampuannya membaca gerak lawan ketika situasi bola satu lawan satu.
Ketua jurulatih Kelantan, Datuk M. Karathu pernah memberitahu, Shahrizan adalah seorang yang cukup sempurna untuk mengisi posisi penjaga gol.
“Apabila penjaga gol nombor satu dan dua anda berada pada tahap yang sama ia suatu yang cukup sempurna. Mereka (Khairul Fahmi dan Shahrizan) membuatkan saya pening untuk memilih yang terbaik.
“Shahrizan memiliki segala kekuatan yang diperlukan oleh seorang penjaga gol. Dia cukup baik dalam situasi bola rendah dan tindakan refleks, cuma dia memerlukan lati- han yang lebih untuk berdepan bola tinggi.
“Dia kini sedang berada pada prestasi terbaik dan Apek (Khairul Fahmi) mungkin terpaksa bekerja keras selepas ini sekiranya mahu terus menyarung jersi utama pasu- kan,” jelasnya.
Ketika Shahrizan sudah bersedia menggalas tanggungjawabnya, Kelantan kini perlu mencari seorang lagi penjaga gol simpanan.
Ia mungkin menjadi rebutan dua pemain muda iaitu penjaga gol Piala Presiden, Judtana Eh Put dan Muhammad Syazwan Yusoff atau Kelantan harus menagih kudrat Halim.


Labels:

movie september 2011


Mebius is a rookie Ultra Warrior and has a lot to live up to. He is chosen as the new protector of the earth. This series is set in the same universe as the original timeline; when Mebius first appears to fight a monster, it is mentioned that this is the first time an Ultraman has appeared on earth in 25 years. Under the guise of Mirai Hibino, Mebius joins CREW GUYS, the monster attack force of this series. At the start of the first episode, all of the original team members of GUYS, save Ryu, are killed off in their first monster battle. Mirai gathers a group of people he meets in an evacuation to join the new GUYS because he feels they have the right heart to be on GUYS.
Download

[Subbed] Ultraman Mebius Episode 01
[Subbed] Ultraman Mebius Episode 02
[Subbed] Ultraman Mebius Episode 03
[Subbed] Ultraman Mebius Episode 04
[Subbed] Ultraman Mebius Episode 05
[Subbed] Ultraman Mebius Episode 06
[Subbed] Ultraman Mebius Episode 07
[Subbed] Ultraman Mebius Episode 08
[Subbed] Ultraman Mebius Episode 09
[Subbed] Ultraman Mebius Episode 10
[Subbed] Ultraman Mebius Episode 11
[Subbed] Ultraman Mebius Episode 12
[Subbed] Ultraman Mebius Episode 13
[Subbed] Ultraman Mebius Episode 14
[Subbed] Ultraman Mebius Episode 15
[Subbed] Ultraman Mebius Episode 16
[Subbed] Ultraman Mebius Episode 17
[Subbed] Ultraman Mebius Episode 18
[Subbed] Ultraman Mebius Episode 19
[Subbed] Ultraman Mebius Episode 20
[Subbed] Ultraman Mebius Episode 21
[Subbed] Ultraman Mebius Episode 22
[Subbed] Ultraman Mebius Episode 23
[Subbed] Ultraman Mebius Episode 24
[Subbed] Ultraman Mebius Episode 25
[Subbed] Ultraman Mebius Episode 26
[Subbed] Ultraman Mebius Episode 27
[Subbed] Ultraman Mebius Episode 28
[Subbed] Ultraman Mebius Episode 29
[Subbed] Ultraman Mebius Episode 30
[Subbed] Ultraman Mebius Episode 31
[Subbed] Ultraman Mebius Episode 32
[Subbed] Ultraman Mebius Episode 33
[Subbed] Ultraman Mebius Episode 34
[Subbed] Ultraman Mebius Episode 35
[Subbed] Ultraman Mebius Episode 36
[Subbed] Ultraman Mebius Episode 37
[Subbed] Ultraman Mebius Episode 38
[Subbed] Ultraman Mebius Episode 39
[Subbed] Ultraman Mebius Episode 40
[Subbed] Ultraman Mebius Episode 41
[Subbed] Ultraman Mebius Episode 42
[Subbed] Ultraman Mebius Episode 43
[Subbed] Ultraman Mebius Episode 44
[Subbed] Ultraman Mebius Episode 45
[Subbed] Ultraman Mebius Episode 46
[Subbed] Ultraman Mebius Episode 47
[Subbed] Ultraman Mebius Episode 48
[Subbed] Ultraman Mebius Episode 49
[Subbed] Ultraman Mebius Episode 50

Hardsubbed english by Fushigi Chan Fansub

admin: otromen ni best sebab abang2 otromen seperti ultraman, seven, ace, taro dan sewaktu dengannya turut keluar dalam siri ini..

Labels:

Tips Pancing


Tips memancing udang galah:
Kkalau nak pakai umpan hati or jantung ayam pastikan campur belacan sket. baru kaw.
Pantang larang ms mancing udang galah:
- Tak boleh bakar udang galah di tempat kita mancing udang tu. Kononnya kalau buat jugak, nanti lepas tu udang dah tak makan pancing.
- Kalau mancing di sungai asik naik jer udang di spot yg sama berturut turut tanpa henti, cepat cepat la blah.
- Jangan bawa limau kasturi kat tempat udang.

Tips mancing pompuan:
-kalau nak pakai umpan duit pastikan duit kepok2, jgn banjer pompuan je tp member2 lupa.
Pantang larang masa mancing pompuan:
-Tak boleh tukar2 pasangan dlm masa 2 bln, kononnye klu wt cmtu nnt kna sifilis.
-klu mancing asyik dpt pompuan gemuk je, tukar taktik lah.
-jgn bwk pompuan g hotel2 pnas, nnt kna tgkp basah. nk senang angkut g genting je.
nasihat  : jangan wat dosa…

Labels:

Sebelum Tidur
Perkara Sebelum Tidur( Tafsir Haqqi )
Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : “Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, yaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur’an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah….
“Bertanya Aisyah :
“Ya Rasulullah…. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?”
Rasul tersenyum dan bersabda :
“Jika engkau tidur bacalah :
1. Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur’an.
- Bismillaahirrohmaanirrohiim, Qulhualloohu ahad’ Alloohushshomad’ lam yalid walam yuulad’ walam yakullahuu kufuwan ahad’ ( 3 x )
2. Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
- Bismillaahirrohmaanirrohiim, Alloohumma shollii ‘alaa syaidinaa Muhammad wa’alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x )
3. Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.
- Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuumwa atuubu ilaih ( 3 x )
4. Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akankamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh”
- Bismillaahirrohmaanirrohiim, Subhanalloohi Walhamdulillaahi walaailaaha illalloohu alloohu akbar(3 x )
Sekian untuk ingatan kita bersama.
* Kalau rajin.. Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Muslim yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.
sumber:yahoogroups

Labels: