Thursday 20 October 2011

ST12 Band




ST 12 adalah  band Indonesia yang diasaskan di Bandung, Jawa Barat pada tahun 2004. Grup ini didirikan oleh Ilham Febry @ Pepep (drum), Dedy Sudrajat @ Pepeng (gitar), Muhammad Charly van Houten @ Charly (vokalis), dan Iman Rush (gitaris). Nama ST 12 sendiri merupakan singkatan dari Jl. Stasiun Timur No. 12 yang merupakan markas berkumpulnya band ini. Ketika artikel ini ditulis, ST 12 telah menghasilkan 5 album muzik.

 ST 12 ditubuhkan secara rasmi pada tanggal 20 Januari 2004. Mereka sering bertemu di studio rental di Jalan Stasiun Timur 12, Bandung, milik Pepep. Nama ST 12 yang merupakan kependekan dari Jl. Stasiun Timur No. 12 adalah nama pemberian ayah Pepep, Helmi Aziz. Mereka membawa genre aliran Melayu, Pop,Country, Akoustik dan Jazz, walau Charly menggemari jazz, Pepep suka jazz dan rock, sementara Pepeng meminati muzik rock. ST 12 merupakanband indie (independent). Album perdana, Jalan Terbaik pun dikeluarkan. Dan semasa  promosi album tersebut di Semarang, Iman Rush meninggal akibat pecah pembuluh darah di otak pada bulan Oktober 2005.

Kesuksesan album perdana ST12 membuat mereka dilirik Trinity Optima Production. ST12 pun mengeluarkan album kedua P.U.S.P.A (2008) yang didedikasikan untuk Iman.

Band ini juga memengaruhi penyanyi cilik asal Amerika Serikat, Billy Gilman. Dan kini khabarnya band ini telah dibubarkan.

Labels:

Status 'Original" telefon bimbit

mahir it kali ini akan bincang pasal henset.. jadi.............
BERHATI2 SEMASA BELI HP...

Untuk mengetahui status... keaslian buatan telefon bimbit anda
► sila taip *#06#
► akan keluar IMEI [International Mobile Equipment Identity]
► semak nombor IMEI telefon anda di kedudukan 7 dan 8
... Contoh : 358671017470473
... Kedudukan ke 7 dan 8 ialah 01


02 atau 20 : dari China = KUALITI RENDAH
08 atau 80: dari Germany = KUALITI SEDERHANA
01 atau 10: dari Finland = TERBAIK
00 atau 03 atau 04: dari kilang asal = SANGAT TERBAIK
13 : dari Azerbaijan = SANGAT KURANG KUALITI & MERBAHAYA


semoga berjaya.

Labels:

Festival Buku Kanak-Kanak



Tarikh :   27 Oktober hingga 2 November 2011
Masa  :   10:00 pagi - 6:00 petang
Lokasi :  Perpustakaan Kuala Lumpur @ Dataran Merdeka

Pelbagai gerai jualan buku dan aktiviti menarik menanti anda.. Jom datang beramai-ramai.

Labels:

Wednesday 19 October 2011

Kursus asas gunting rambut Lelaki

Peluang untuk belajar gunting rambut secara percuma...

Pendaftaran percuma
elaun RM300 setiap bulan
waktu kursus 4-5 bulan
hari isnin hingga rabu ..

tempat kursus : Raudah Manpower Agency Sdn. Bhd. , Tanjung Mas, Kota Bharu, Kelantan.

berminat hubungi ;

talib : 013-7071438
kak mah : 013-9049470


Labels:

Sunday 16 October 2011

Banjir terburuk 2011


BANGKOK - Pekerja-pekerja penyelamat bertungkus-lumus mengukuhkan tembok-tembok guni pasir sekitar bandar raya ini semalam ketika ibu kota Thailand berkenaan diancam banjir terburuk dalam tempoh 50 tahun selepas semua wilayah di utara ditenggelami air bah.
Pada masa yang sama, Perdana Menteri Yingluck Shinawatra cuba meyakinkan 12 juta penduduk di sini bahawa mereka akan terlepas daripada bencana alam itu yang telah menenggelamkan lebih satu pertiga negara berkenaan sejak Julai lalu.
Sekurang-kurangnya 297 orang disahkan terkorban dengan kerugian akibat banjir yang menukar banyak perkampungan dan kawasan industri menjadi tasik itu kini mencecah AS$3 bilion (RM9.37 bilion).
Bahagian utara, timur laut dan tengah Thailand paling teruk terjejas manakala ibu kota Thailand yang berada cuma dua meter dari aras laut turut terancam selepas air dari beberapa empangan di utara melimpah ke dalam Sungai Chao Phraya yang mengalir menerusi kota metropolitan itu.
Yingluck bagaimanapun berkata, ibu kota Thailand itu cukup terlindung selepas pihak berkuasa meninggikan tebing di tiga kawasan di luar bandar raya ini.
Di sebalik jaminan pihak berkuasa, penduduk bertindak menyimpan barangan keperluan seperti air minuman, mi segera, beras dan makanan dalam tin dengan beberapa pasar raya utama di sini kehabisan stok makanan.
"Jika kami tidak membuat persediaan, sukar untuk membayangkan apa yang akan terjadi kepada kami jika kerajaan lambat menghulurkan bantuan," kata seorang pekerja bank di sini, Sompong Pinmaninsab.
Setakat ini, 25 daripada 77 wilayah Thailand digenangi air banjir. Sejumlah 1.62 juta tanah pertanian atau sekitar 16 kali ganda saiz pulau Hong Kong ditenggelami air.
Hampir 800,000 kediaman pula musnah atau rosak dengan ribuan penduduk terpaksa bersesak tinggal di pusat-pusat penempatan sementara.
Wilayah Ayutthaya, Pathum Thani dan Nakhon Sawan di utara bandar raya ini mengalami kesan yang paling buruk.
Banyak rumah, jalan raya dan taman perindustrian musnah dilanda air bah.
Dalam usaha melindungi ibu kota Thailand, pihak berkuasa mengukuhkan pertahanan terakhirnya iaitu tembok penghadang banjir sejauh 4 kilometer di sepanjang sebuah terusan dan pintu air di wilayah Pathum Thani di utara bandar raya ini.
Banyak pejabat, kedai dan restoran di wilayah berkenaan ditenggelami air paras dada dengan penduduknya terpaksa berulang-alik dengan menaiki bot. - Reuters

Labels:

Pemain Kelantan 2012



Status selaku juara Liga Super, Piala Sumbangsih dan melayakkan diri ke pertandingan Piala AFC menyebabkan ramai pemain utama skuad negeri lain berminat menyarung jersi Merah Putih.
Ternyata perkembangan pesat Kelantan selaku kuasa baru bola sepak negara menarik minat pemain untuk menyertai mereka.
Mendahului senarai, penyerang Kedah yang juga penyerang utama skuad Kebangsaan, Badrol Bakhtiar. Pemain ini pernah dikaitkan akan menyertai Kelantan pada musim 2011 namun membatalkan hasrat kerana menghormati kontrak dengan pasukan Kenari.
Selan Badrol, ketua pasukan negara, Safiq Rahim turut dikatakan berminat untuk menyertai The Red Warriors pada musim hadapan. Namun begitu, usaha membawa pemain ini menyertai Kelantan bagaimanapun sedikit sukar kerana Safiq dikhabarkan turut dipancing dua buah kelab dari Liga Indonesia.
Dua pemain pertahanan skuad Malaysia, Azmi Muslim dan Yong Kuong Yong turut dikaitkan dengan pasukan juara baru Liga Super tersebut dan pemain ini dinyatakan sudah melakukan perbincangan dengan pihak pengurusan pasukan Kelantan untuk berada di Kota Bharu bermula Piala Malaysia ini.
Kelantan juga digembar-gemburkan bakal mengikat beberapa pemain berpengalaman seperti Hardi Jaafar, Nizarudin Yusof, Amirul Hadi Zainal dan penjaring terbanyak Liga Super, Abdul Hadi Yahya dari Terengganu.
Selain itu, salah seorang trio Kelantan yang berhijrah ke T-Team turut dikhabarkan berminat untuk kembali ke kelantan pada musim 2012 ini.
Sekiranya berlaku perpindahan beramai-ramai pemain luar kedalam pasukan Kelantan, tempat beberapa pemain tempatan dilihat dalam bahaya kerana pemain yang masuk bukan calang-calang pemain. Mereka semua merupakan pemain utama pasukan masing-masing dan kehadiran mereka ke Kota Bharu bukan untuk diletakkan di bangku simpanan.
Dengan tambahan beberapa pemain import yang mungkin dibawa masuk Persatuan Bola Sepak Kelantan, mungkin berlaku perebutan tempat yang sengit diantara setiap pemain Kelantan pada tahun 2012 untuk tersenarai selaku pemain utama pasukan dalam setiap perlawanan.

Labels:

Saturday 15 October 2011

Ex5 terlaris di Malaysia



Honda EX5 Dream sememangnya merupakan motosikal terlaris di Malaysia. Boleh disaksikan di kedai kami contohnya, jika pembeli tu remaja lelaki yang baru pertama kali nak pakai motor... memang akan pilih EX5. Tak nampak dah model-model lain yang baru-baru tu. EX5 gak pilihannya.. Memang kuat aura motor ni.. Kenapa agaknya jadi macam tu? Siapa-siapa yang nak kongsi sebabnya bolehlah komen kat bawah..

Dalam 2 hari ni jugak kami menerima tempahan daripada pelanggan sebanyak 4 buah motorsikal Honda EX5 ni. Dua warna merah dan dua warna biru. InsyaAllah, esok atau lusa bolehlah register dan serahkan kepada pelanggan.

Sekarang ni keluar pulak macam-macam warna motor ni. Nampaknya Boon Siew Honda sememangnya berusaha untuk mengekalkan top ranking sales model ni. Antara warna terbaru ialah warna kuning emas. Launching plak secara besar-besaran dalam paper...

Tambah pulak faktor pembiaya motosikal yang terkenal iaitu Aeon Credit yang bermurah hati untuk menurunkan bayaran minima down payment daripada RM700 sebelum ini kepada RM550 sahaja. Ini semua akan merancakkan lagi jualan motor jenama ini. Thanks AEON kredit.

sumber : bikerjerteh.blogspot


khas untuk pembaca blog ini.saya paparkan aksi live 'congek motor'. lokasi bilion kota bharu, kelantan.

Labels:

Wednesday 12 October 2011

Khasiat Air Barli

Bijirin barli berasal dari Ethiopia dan Asia Tenggara yang ditanam lebih dari 10,000 tahun yang lalu serta dijadikan bahan perubatan untuk pelbagai jenis penyakit.
Bijirin barli...banyak khasiat
Khasiat barli dipercayai dapat menyejukkan badan, baik untuk melawaskan kencing dan meningkatkan kesihatan buah pinggang.
Selain itu, barli juga dikesan boleh membantu merendahkan kolesterol, meredakan sembelit dan mencegah penyakit kanser.
Bijirin Barli kaya dengan khasiat pemakanan seperti fiber, vitamin dan mineral penting (Vitamin B3), thiamine ( Vitamin B1), selenium, iron, magnesium, zinc, phosphorus, copper dan niacin) serta sedikit lemak dan tidak mengandungi kolesterol seperti lain-lain bijirin.
                                                                            
Jika meminum air barli selalu diamalkan, ianya dapat mengurangkan risiko kencing manis, menyejukkan badan, memelihara buah pinggang, melawaskan kencing dan membantu untuk sistem penghadaman.

Labels:

Tuesday 11 October 2011

Tingkatkan kelajuan WIFI

Helo, Mungkin agak menarik tajuk ini dan ramai yang ingin mengetahuinya. Saya tidak mahu menghuraikan apa-apa cuma anda boleh tengok video ini tentang bagaimana nak tingkatkan lagi signal WiFi pada komputer anda. Mungkin di sini kita boleh sharing dan kongsi sama-sama.

Labels:

Sunday 9 October 2011

Steve Job (1955-2011)

 
 
Dunia pasti merasa kehilangan besar sosok steve jobs yang telah lama mendedikasikan dirinya untuk kemajuan dunia teknologi saat ini. Kita juga berharap semoga steve damai dialamnya sana dan semoga Tuhan segera melahirkan kembali jutaan orang super jenius seperti steve jobs.
Pihak keluarga Steve Jobs menyebutkan bahwa pendiri Apple Inc. itu menghembuskan nafas terakhirnya dengan keadaan damai. Terlebih ketika 'pergi', ia dikelilingi sanak keluarganya.
Steve Jobs meninggal dunia di usia 56 tahun. Ia meninggalkan seorang istri bernama Laurene dan tiga orang anak dari hasil perkawinannya. Jobs juga diketahui memiliki seorang anak perempuan dari pasangannya terdahulu.
Sampai saat ini Apple belum memberi tahu sebab kematian Jobs, meski dalam beberapa tahun belakangan ini ia diketahui berjuang melawan kanker pankreas dan mendapatkan transplantasi hati.
Jobs mendirikan Apple Computer tahun 1976 dan, bersama teman masa kecilnya Steve Wozniak, menjual apa yang dianggap sebagai personal komputer pertama di dunia, Apple II.
Para pengamat industri teknologi menyebut Jobs sebagai seorang master pencipta  yang kadang disejajarkan dengan Thomas Edison, yang mengubah cara orang menggunakan komputer, menikmati musik, dan berkomunikasi.
"Dunia telah kehilangan manusia yang luar biasa," puji CEO Apple Tim Cook.
 
 

Labels:

Saturday 8 October 2011

Pesta Pikom KB Mall



PC FAIR 2011(III)
KB MALL, KOTA BHARU
27 - 29 October 2011

Antara yang mengambil bahagian ialah monaliza enterprise, eastcom, makson komputer, etech system, mikrotech komputer dan banyak lagi.Datanglah beramai-ramai ke sini.

Labels:

Monday 3 October 2011

amal untuk murah rezeki

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah (SWT)limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah (SWT)memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

 1.        Menyempatkan diri beribadah
Allah (SWT)tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:
"Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu." (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

 2.        Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah (SWT), yang menjadi sebab Allah (SWT)jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:
"Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah (SWT)s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

 3.        Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah (SWT)jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:
"… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya." (Riwayat at-Tirmizi)

 4.        Sentiasa ingat Allah (SWT)
Banyak ingat Allah (SWT)buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah (SWT)beri kepada orang beriman. Firman-Nya:
"(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah (SWT). Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah (SWT)hati menjadi tenteram." (Ar-Ra'd: 28)

 5.        Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:
"Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah (SWT)akan memanjangkan umurnya." (Riwayat Abu Ya'ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
"Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah (SWT)) daripadanya." (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
6.        Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:
"Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu." (Riwayat Bukhari)

7.        Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah (SWT)lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:
"Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah (SWT)akan menunaikan hajatnya…" (Riwayat Muslim)

8.        Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a'lam.

9.        Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:
"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya."

10.     Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11.     Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:
"Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya." (Riwayat Bukhari)

 12.     Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah (SWT). Baginda s.a.w. bersabda:
"Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah (SWT)akan memurahkan rezeki." (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13.     Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah (SWT)dan menjadi sebab Allah (SWT)buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
"Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah (SWT)azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah (SWT)membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah (SWT)menyedikitkan baginya." (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14.     Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah

 15.     Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah (SWT)dalam hadis qudsi:
"Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16.     Bersyukur kepada Allah (SWT)
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah (SWT). Lawannya adalah kufur nikmat. Allah (SWT)berfirman:
"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: "… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." (Ali Imran: 145)

 17.     Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma'ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah (SWT)lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.
Salah satu nama Allah (SWT), al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca "Ya Allah (SWT)ya Fattah" berulang-ulang, diiringi doa: "Ya Allah (SWT), bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim." Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi'ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan.

 18.     Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah (SWT), penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah (SWT)suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19.     Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah (SWT)berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah (SWT)beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20.     Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah (SWT). Firman-Nya:
"Barang siapa bertawakal kepada Allah (SWT), nescaya Allah (SWT)mencukupkan (keperluannya) ." (At-Thalaq: 3)
Nabi s.a.w. bersabda:
"Seandainya kamu bertawakal kepada Allah (SWT)dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang." (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah (SWT)akan beri "jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya." (At-Talaq: 2-3)
Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah (SWT), lalu Allah (SWT)limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.


Labels: