Friday 24 August 2012

Tips matikan autoplay win xp


Terdapat 2 langkah untuk kita mematikan Fungsi ini,
Ikuti langkah-langkah di bawah untuk mematikan fungsi Autoplay :
1. Menggunakan Group Policy Editor
  1. Pergi kepada Start > Run
  2. Taipkan gpedit.msc dan tekan Enter
  3. Di bahagian kiri Group Policy Editor, pergi kepada Administrative Template > System
  4. Di sebelah kanan Group Policy Editor, cari pilihan ‘Turn Off Autoplay’. Double-click pada pilihan tersebut.
  5. Pilih Enabled dan klik pada butang OK
2. Menggunakan Registry Editor
  1. Pergi kepada Start > Run
  2. Taipkan regedit dan tekan Enter
  3. Di bahagian kiri Registry Editor, pergi kepada nilai ini:
    • HKEY_CURRENT_USER
    • Software
    • Microsoft
    • Windows
    • CurrentVersion
    • Policies
    • Explorer
  4. Di sebelah kanan Registry Editor, cari pilihan NoDriveTypeAutoRun. Double-click pada pilihan tersebut
  5. Tukar nilai kepada 91. Pastikan pilihan pada Base adalah Hexadecimal............enjoy

Labels:

Penjahat popular dalam wwe


Ruangan sukan kali ini menampilkan 50 penjahat paling popular dalam sejarah sukan hiburan.

50. Batista
49. Randy Savage
48. Vickie Guerrero
47. Mark Henry
46. The Iron Shiek
45. Andre the Giant
44. Eric Bischoff
43. Eddie Guerrero
42. Brock Lesnar
41. Kane
40. Don Muraco
39. The Dudley Boyz
38. CM Punk
37. Ernie Ladd
36. Ivan Koloff
35. Paul Heyman
34. Abdullah the Butcher
33. Terry Funk
32. Randy Orton
31. Kevin Sullivan
30. Jerry Lawler
29. Raven
28. The Fabulous Moolah
27. Paul Orndorff
26. Nick Bockwinkel
25. Vader
24. Harley Race
23. Sgt. Slaughter
22. Undertaker
21. Freddie Blassie
20. Edge
19. Jim Cornette
18. Killer Kowalski
17. Mr. Perfect
16. Sherri Martel
15. Chris Jericho
14. The Original Sheik
13. The Fabulous Freebirds
12. JBL
11. Rick Rude
10. Jake "The Snake" Roberts
9. Gorgeous George
8. Bobby Heenan
7. "Superstar" Billy Graham
6. Triple H
5. "Hollywood" Hulk Hogan
4. "The Million Dollar Man" Ted DiBiase
3. Mr. McMahon
2. Ric Flair and the Four Horsemen
1. "Rowdy" Roddy Piper

Labels:

Monday 20 August 2012

menukar nama recycle bin


Untuk makluman semua, tips menukar nama Recycle Bin pada komputer akan melibatkan System Registry yang ada dalam komputer, oleh itu sebelum memulakan tips yang diberikan dibawah, sebaik-baiknya pastikan backup terlebih dahulu registry.

Tips Bagaimana Backup System Registry

1. Klik
Start > Run atau tekan kekunci Windows+R pada keyboard.

2. Taip
regedit dan tekan Enter.

Tips Komputer
3. Di dalam
Registry Editor, pilih menu File > Export.

Komputer
4. Setelah
Export Registry File muncul, masukkan nama file ke bahagian File Name,Contohnya backup-registry dan sebagainya.

5. Tekan Save.

Ini adalah bertujuan sekiranya terjadi kesalahan, ataupun kegagalan system komputer untuk berfungsi kita dapat restore system sebelumnya.

Tips Menukar Nama Recycle Bin

Seperti biasa pergi ke
Start>Run dan taipkan regedit.
Setelah
Registry Editor muncul pergi ke HKEY_CLASSES_ROOT/CLSID/{645FF040-5081-101B-9F08-00AA002F954E}. seperti screenshot dibawah

Tips Dan Trick
Kemudian klik dua kali pada option (Default value) dan beri nama baru yang diinginkan pada Value Data. Lihat screenshot dibawah.

Tips Dan Trik
Selesai…

Semoga Berjaya…

Labels:

aiskrim sejukkan badan panda



SAINT-AIGNAN - Dua ekor Panda yang dipelihara di sebuah zoo Perancis menyejukkan badan ekoran cuaca panas ekstrem dengan bantuan ais berperisa madu dan epal.
Ketika suhu mencecah 40 darjah Celsius di tengah Perancis, beruang tersebut, Yuan Zi dan Huan Huan diberikan makanan istimewa itu sebagai tambahan kepada diet pohon bambu yang biasa.
"Kami turut menggunakan penyembur air dan jika suhu menjadi terlalu panas kedua-dua beruang itu boleh berlindung di halaman dengan suhu pendingin hawa ditetapkan pada 20 darjah Celsius," kata Pengarah Zoo Beauval, Rodolphe Delord. - AFP

Labels:

lagu raya pilihan





Labels:

puasa bulan syawal


Assalamualaikum dan salam 1Dunia, kemeriahan Aidilfitri masih terasa tetapi jangan lupa amalan sunat Puasa Enam. Melaksanakan Puasa Enam akan memberi nilai tambah kepada amalan puasa Ramadhan. Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya :”Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun.” (Hadis riwayat Muslim). Puasa enam boleh dilaksanakan bermula pada 2 syawal secara berterusan atau juga berselang seli sebanyak enam hari dalam bulan Syawal.
Allah telah melipatgandakan setiap kebaikan dengan sepuluh kali ganda. Puasa bulan Ramadhan setara dengan berpuasa sebanyak sepuluh bulan. Dan puasa enam hari bulan Syawal yang menggenapkannya satu tahun” (HR An-Nasa’i dan Ibnu Majah dan dicantumkan dalam Shahih At-Targhib).
 
 Sayang sangatlah kalau kita tertinggal Puasa Enam hanya kerana sibuk dengan rumah terbuka. Kurbankan enam hari untuk Puasa Enam dan kita masih ada baki 24 hari untuk ziarah hari raya keluarga dan sahabat. Nikmat keindahan luar biasa dapat melaksanakan amalan Puasa Enam hanya dapat dirasai oleh mereka yang tidak meninggalkan amalan yang disunnahkan oleh Rasulullah SAW.

Labels:

selamat hari raya

selamat hari raya. maaf zahir dan batin. teruskan menyokong blog ini. terima kasih

Labels:

Thursday 9 August 2012

siri masked rider



                                                (sedutan dari filem kr black rx)

salam.

istimewa untuk peminat kamen rider. DVD

==>kr blade (volume 1-49end) plus movie missing ace
==>kr kiva (volume 1-48end)
==>kr 555 (volume 1-50end)
==>kr black rx (volume 1-47end)


dapatkan kesemuanya dengan hanya rm100.
pos seluruh malaysia
tiada caj pos dikenakan
sementara stok masih ada.

berminat boleh email ke pasirpekan@yahoo.com.
untuk berurusan secara terus/sms dengan warga blog ini di talian 017-9371239.


Labels:

20 militan dibunuh



BEBERAPA anggota pasukan keselamatan Mesir meniarap di sebuah kawasan gurun dalam operasi membunuh militan Islam di Semenanjung Sinai semalam.



KAHERAH – Tentera Mesir membunuh 20 militan dalam satu serangan peluru berpandu dengan menggunakan beberapa buah helikopter tempur di Semenanjung Sinai semalam, kata seorang pegawai tentera.
Operasi tersebut dilancarkan sehari selepas 16 anggota tentera di sempadan Mesir terbunuh dalam serangan yang dipercayai dilakukan kumpulan pelampau Islam.
Ia merupakan serangan pertama yang dilancarkan tentera Mesir di Sinai sejak beberapa dekad lalu.
Serangan tersebut dilancarkan ke atas perkampungan Tumah selepas pasukan keselamatan berkumpul dekat Rafah di sempadan Gaza dalam operasi yang disifatkan sebagai konfrontasi muktamad terhadap kumpulan militan.
Seorang pegawai kanan tentera di Sinai berkata, 20 pengganas dibunuh apabila askar-askar Divisyen Infantri Ke-2 menyerbu Tumah dengan dibantu helikopter tempur Apache.
“Operasi ini masih berterusan,” katanya.
Beberapa pegawai keselamatan lain di utara Mesir melaporkan beberapa serangan udara turut dilancarkan berhampiran bandar Sheikh Zuwayid, dekat kampung berkenaan.
Seorang penduduk, Abdel Rahman Abol Malkhous berkata, dia melihat beberapa buah helikopter melepaskan peluru berpandu kira-kira 30 kilometer ke timur El-Arish di kawasan yang dikenali sebagai Sheikh Zuwayed berhampiran sempadan Rafah.
Serangan tersebut dilancarkan sehari selepas pihak tentera mengebumikan 16 askar yang terbunuh dalam serangan militan pada Ahad lalu.
Tentera Mesir sebelum ini berjanji akan membalas dendam terhadap serangan tersebut.
Semua askar berkenaan maut apabila sepasukan militan Islam menyerbu sebuah pos kawalan sempadan sebelum melarikan beberapa kenderaan tentera ke wilayah Israel.
Pergerakan mereka kemudian dihalang menerusi serangan tentera udara rejim Zionis.
Enam daripada militan tersebut mati akibat kereta berperisai yang dinaiki mereka terbakar kerana dibedil tentera Israel.
Israel menyerahkan mayat enam militan tersebut yang rentung kepada Mesir.
Selepas Hosni Mubarak meletakkan jawatan sebagai Presiden Mesir pada Februari tahun lalu, kumpulan militan di Sinai semakin berkembang pesat.
Menurut beberapa penduduk, kumpulan militan itu mempunyai kelengkapan senjata yang lebih baik daripada tentera darat Mesir.
– Agensi

Labels:

selamat hari merdeka

warga blog ini ingin mengucapkan selamat menyambut hari merdeka ke 55. semoga malaysia bertambah maju dan mencapai wawasan 2020

merdeka!!
kepercayaan kepada tuhan
kesetiaan kepada raja dan negara
keluhuran perlembagaan
kedaulatan undang-undang
kesopanan dan kesusilaan


.

Labels:

cawangan ptptn

Ptptn mengorak langkah dengan membuka cawangan baru berhampiran anda.

Urusan dengan ptptn kini lebih mudah.

cawangan pahang,      cawangan kelantan           cawangan pulau pinang     cawangan melaka
no. 48, malay town,    lot 1158 tingkat bawah,   politenik seberang prai,      suite 4.2-4.5, urban
jln putra square 1,      jln doktor, 15000,            jln permatang pauh,           transformation center,
putra square, 25200  kota bharu, kelantan         13500 permatang pauh      (utc) jln hang tuah,
kuantan, pahang                                                 seberabg perai,                 75300 Melaka
09-5173442             09-7430308                     pulau pinang.                     06-333333
                                                                         04-5304786



Labels:

program kb mall ogos 2012

bertempat di kbmall beberapa program telah diatur. berikut ringkasan program

3 ogos - cari perkataan tersembunyi
4 0gos - pertandingan membalut hamper
10 ogos - pertandingan menulis ucapan hari raya
11 ogos - pertandingan dekorasi kek raya
17 ogos - pertandingan rekacipta kad raya
18 ogos - pertandingan anyam ketupat
24 ogos - cari perkataan tersembunyi
25 ogos - pertandingan membalut hamper


lokasi bertempat di ruang legar kbmall.

selamat hari raya.

Labels:

Thursday 2 August 2012

senarai penjaring

berikut senarai penjaring bagi liga bolasepak malaysia dari 1989 hingga 2012



Labels:

Banjir di Manila


MANILA, Filipina - Ombak besar melanda kawasan tepi pantai bandar raya ini sehingga mengakibatkan banjir akibat taufan Saola.
Kedutaan Amerika Syarikat di Manila juga dilanda banjir selepas hujan lebat dan angin kencang melanda bandar raya ini.
Cuaca buruk melanda Filipina sejak lima hari lalu.
Seramai 14 orang mati dan 150,000 lagi terpaksa dipindahkan ekoran kejadian hujan lebat dan angin kencang.
Menurut beberapa pegawai, seorang wanita berusia 64 tahun mati kerana tanah runtuh semasa dia memanjat bumbung rumah untuk memperbaiki kebocoran ketika hujan lebat. Kebanyakan yang mati adalah kerana dihempap pokok.
Sejumlah penduduk kampung, polis dan pasukan pengawal pantai mencari empat nelayan yang didapati hilang di wilayah Mindoro Occidental, selatan Manila.
Pihak berkuasa terpaksa melepaskan air dari dua empangan besar di bahagian utara kerana hujan lebat disebabkan taufan tersebut.
Manila mempunyai penduduk seramai 15 juta orang.
Ombak besar turut melanda daerah Navotas yang didiami komuniti nelayan di sepanjang Teluk Manila, sekali gus menyebabkan sejumlah pondok musnah. - Agensi

Labels: