Wednesday 20 March 2013

fakri sertai kelantan

KOTA BHARU – Kehadiran bekas penyerang Atletico SC, Ahmad Fakri Saarani membawa harapan baru kepada pasukan The Red Warriors untuk mengatasi masalah ketumpulan jentera serangan mereka musim ini.
Ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak berkata, kehadiran Ahmad Fakri memberikan lebih banyak pilihan kepadanya serta menambahkan lagi saingan di antara pemain-pemain serangannya untuk beraksi lebih baik jika mahu menjadi kesebelasan utama.
“Jika sebelum ini kita hanya ada beberapa pemain sahaja, kehadiran Ahmad Fakri memberikan kelebihan kepada saya untuk merencanakan ramuan terbaik pada posisi serangan pasukan.
“Pengalaman yang diperolehinya semasa beraksi di Portugal sememangnya ditagih untuk membantu mempertajamkan lagi jentera serangan,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.



Labels:

rossa hati yang kau sakiti





Labels:

pameran




pameran khazanah kegemilangan masa silam
tempat: muzium islam kelantan (berdekatan dengan masjid muhammadi)
tempoh sah: 16 mac2013 - 31 mei 2013
masa: 9 pagi - hingga 5 petang

datang beramai-ramai. bawa keluarga, saudara, kawan. Lihat pameran sambil mengeratkan hubungan sesama keluarga. Bersama-sama menjalin ikatan ukhwah dan saling menyayangi sesama insan.

Labels:

pm datang kota bharu

PM telah datang ke kota bharu, untuk merasmikan rumah rakyat 1 malaysia di kelantan pada 15 mac 2013. Kehadiran amat memberangsangkan dan mendapat sambutan hangat dari penduduk kelantan.




Labels:

Sunday 17 March 2013

pengganas sulu ditemui

LAHAD DATU - Barangan peribadi milik kumpulan pengganas Sulu yang ditemui sepanjang hampir dua minggu Ops Daulat dijalankan. Dua laras senapang jenis M1 Garand, enam bilah parang panjang dan lima helai seluar dalam berwarna putih telah ditemui
Turut ditemui dua kad perakuan tentera milik pemerintah pengganas Sulu di Sabah, Komander Musa yang masing-masing menggunakan nama Habib Musa A. Abdullah dan Gen. Musa A. Abdullah.
Pada kedua-dua kad itu tertera jawatan Musa sebagai Naib Ketua Staf Tentera Diraja Sulu yang berpangkalan di Tawi-Tawi, Filipina.
Kesemua barangan itu termasuk berpuluh-puluh pakaian celoreng pelbagai warna, but perang dan beg sandang ditemui di beberapa lokasi persembunyian kumpulan pengganas yang mati ditembak di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu dekat sini.
Komander Musa disahkan mati ditembak dalam pertempuran di Tanjung Batu yang turut mengorbankan 30 lagi pengganas lain pada 7 Mac lalu

Labels:

program menarik



program menarik untuk dipasang pada komputer/laptop anda

Labels:

filem lost world

lost world 1925

Labels:

bola persahabatan





malaysia vs arab saudi 
17 mac 2013
saksikan di astro arena
stadium shah alam


Labels:

Wednesday 13 March 2013

bayar hutang mara

untuk bayar hutang mara, boleh ke pejabat pos. Isi slip dan berurusan di kaunter. tq




Labels:

set lengkap komputer




set lengkap komputer 
 ciri2
==> intel(R) pentium 4 2.4ghz
==> 80 Gb hardisk
==> 512Mb RAM
==> 6 usb port (2 depan 4 dibelakang)
==> Microsoft windows Xp
==> monitor crt 15, speaker, keyboard, mouse,

Program sedia ada;
adobe photoshop. adobe reader, avast antivirus, ccleaner, daemon tools, gom player, google chrome, k-lite codec, microsoft office 2007, mozilla firefox (dengan download button), nero, photoscape viewer, program kamus, skype, talk it, tune up utilities, video converter, winamp, winrar, dll.

Games sedia dimain; (semua game telah di crack)
arcade pool, air strike, bejeweled, burger shop, counter strike, crazy taxi, dynomite, emulator king,  flash game, football manager, gta vice city, kof, mario forever, megaman, midtown madness, moto gp, motorcross, need for speed 3, need for speed underground, neo rage,  pes soccer, pinball arcade, quake 3, red alert,  rockman x4, rockman x5,  spongebob, sonic r,  supercow, the house of dead, tony hawk pro skater 2, virtua cop, virtua nes, virtua tennis, zuma.

lain2
mp3 lagu, ceramah agama, quran audio dll.

komputer dijamin puashati. sesuai untuk ibu-bapa, anak2 dan pelajar2. komputer boleh guna untuk menaip, dengar lagu, tengok cerita, main game, dll.

RM370 berminat hubungi/sms.
terima kasih.





Labels:

menabung

jom menabung di asb. banyak kelebihannya.




Labels:

masuk animasi flash ke powerpoint



Langkah-langkah yang diperlukan untuk memasukan animasi Flash ke dalam Power Point adalah seperti berikut. Sila buat langkah-demi langkah:
  • Buka file Power point pada Komputer anda.
  • Klik menu View pada Power Point > Toolbars > Control Toolbox.
  • Pilih Shockwave Flash Object.
  • Klik pada stage Power Point.
  • Klik kanan > Properties sehingga muncul Dialog Box.
  • Klik dua kali pada (Custom) maka akan muncul kotak dialog properties pages > isi Movie URL sesuai dengan lokasi file .swf yang kita letakan, misalnya di e:\fla/home.swf.
  • Pada Properties Pages > Scale > NoBorder > OK.
  • Tekan F5 untuk melihat hasilnya.
selamat mencuba.

Labels:

Saturday 9 March 2013

jurrasic park movie


Labels:

hukuman buat TMJ


Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bangkit memberi hujah selepas mengenakan hukuman gantung enam bulan dan denda RM18,000 ke atas Tunku Ismail Sultan Ibrahim buat memadam tanggapan wujud elemen ‘double-standard’ dalam membuat keputusan muktamad.

Hukuman ringan ke atas presiden Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) itu menimbulkan pelbagai persoalan di kalangan pengkritik dan peminat bola sepak tempatan yang membandingkan tempoh penggantungan dua setengah tahun dijatuhkan ke atas dua tokoh sebelum ini - Tan Sri Annuar Musa (Kelantan) dan Datuk Seri Shahidan Kassim (Perlis).
Namun, buat meleraikan perdebatan itu, Pengerusi Jawatankuasa Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufik Abdul Razak menerangkan betapa ia satu situasi berbeza memandangkan Tunku Ismail hanya seorang presiden kepada ahli gabungan dan tidak menjawat jawatan dalam badan induk.


“Kami mendapati Tan Sri Annuar juga adalah timbalan presiden FAM... dia orang kanan FAM tetapi dia membuat kritikan, tentu hukuman dia tinggi dan perkara ini sama juga dengan kes Shahidan.

“Tunku Ismail tidak sampai enam bulan memegang jawatan presiden PBNJ dan tidak ada sebarang kaitan (jawatan) dengan FAM,” katanya yang tidak mengulas lanjut perbezaan isu berkenaan.




Labels:

Jom belajar




Labels:

Saturday 2 March 2013

perang lahad datu

LAHAD DATU 1 Mac - Selepas hampir tiga minggu kerajaan membuka pintu rundingan kepada kumpulan bersenjata yang mendakwa Tentera Diraja Kesultanan Sulu, penceroboh itu hari ini memulakan serangan dengan menembak mati dua anggota komando polis dan menyebabkan tiga lagi cedera.
Dua anggota  yang terkorban ialah Inspektor Zulkifli Mamat dan Koperal Sabarudin Daud manakala mangsa yang cedera pula ialah Koperal Mohd. Tarmizi Hashim (tangan dan kaki), Koperal Azman Ampong (paha dan punggung) serta Konstabel Mohamad Qaiyum'aiqal Zolkifli (bahu kanan dan kedua-dua belah kaki).
Pertempuran meletus pada pukul 10 pagi apabila pasukan keselamatan negara yang bersiap melancarkan operasi menangkap anggota kumpulan penceroboh diserang ketika berada berdekatan sebuah surau lama di Kampung Tanduo menyebabkan mereka terpaksa melakukan serangan balas untuk mempertahankan diri.
Kejadian berbalas tembakan itu berlaku selama setengah jam dan membunuh 12 anggota kumpulan Tentera Diraja Kesultanan Sulu, seorang cedera dan 10 lagi menyerah diri.
Walaubagaimanapun, baki anggota penceroboh lain berpecah sebelum melarikan diri ke dalam ladang kelapa sawit berdekatan.

Namun, tiada sebarang pengesahan dibuat pihak keselamatan negara mengenai perkembangan terbaharu itu.
Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib dalam sidang akhbar tergempar di Felda Sahabat, dekat sini berkata, pasukan penceroboh terlebih dahulu melepaskan tembakan setelah terserempak dengan anggota pasukan keselamatan negara yang memasuki kawasan tersebut bagi memperketatkan kepungan.
Katanya, sebaik pertempuran berhenti pasukan keselamatan diketuai VAT 69 dan dibantu Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya merampas dua laras raifal M-16, dua laras raifal semi auto, dua pucuk pistol, peluru pelancar roket (dipercayai dari jenis RPG), kelopak peluru serta beberapa beg pakaian milik anggota penceroboh.
"Apabila mereka terlebih dahulu melepaskan tembakan, pasukan keselamatan negara terpaksa membalas balik untuk mempertahankan diri. Pertempuran tersebut yang mengambil masa antara 20 hingga 30 minit menyebabkan dua daripada anggota keselamatan negara meninggal dunia, manakala tiga lagi cedera.
"Kesemua anggota keselamatan kita yang cedera dan terbunuh akibat terkena tembakan tersebut berjaya dikeluarkan, tetapi mayat 12 anggota kumpulan penceroboh yang terbunuh masih berada di kawasan Kampung Tanduo," katanya sambil menegaskan pertempuran itu bukan bermakna operasi tersebut telah berakhir.


Labels:

rumah keranda

TOKYO 1 Mac - Kebanyakan ekspatriat muda Jepun di sini didapati memilih untuk tinggal di rumah pangsapuri yang mempunyai keluasan seperti 'keranda'. Bandar raya Tokyo yang merupakan satu daripada bandar raya paling sesak di dunia dipercayai menyumbang kepada perkara itu.
Pendedahan itu dibuat oleh sebuah stesen televisyen tempatan yang mengadakan program di satu daripada kediaman penyewa berkenaan di daerah, Shibuya.
Menariknya, tuan rumah mengenakan sewa sebanyak 400 pound (RM1,874) sebulan kepada penyewa pangsapuri 'keranda' yang digelar masyarakat Jepun sebagai 'geki-sema' atau rumah kongsi.
Pangsapuri yang lebih menyerupai bentuk sebuah almari itu disusun di atas satu sama lain dengan setiap bilik hanya memuatkan seorang penghuni. Namun rumah kongsi yang hanya boleh memuatkan barang peribadi penyewa dilihat akan mendatangkan kesulitan kepada mereka yang mempunyai ketinggian 1.8 meter untuk meregangkan kaki mereka.
Kebanyakan pangsapuri itu disewa oleh golongan profesional muda yang meluangkan kebanyakan daripada masa mereka dengan bekerja dan berada di luar dan menjadikan tempat tersebut hanya untuk tidur semata-mata. - AGENSI



Labels:

lagu wali band











wali band - tobat maksiat

Labels:

Kunci Num Lock diaktifkan secara automatik


Cara Num Lock diaktifkan secara automatik
Anda dapat mengurus bagi status kunci NUM LOCK yang berbeza untuk setiap penguna dan anda dapat membuatkan NUM LOCK tersebut sama ada pada status enable ataupun disable semasa penguna logon komputer. Jika anda ingin NUM LOCK key yang disable ataupun enable secara automatik sebelum pengguna menekan CTRL + ALT + DEL untuk login. Anda perlu mengedit registry pada komputer anda untuk mengubah status ini diaktifkan.

Ikuti langkah-langkah yang diberikan untuk mengaktifkan kunci NUM LOCK:

1) Klik Start kemudian ketik regedit di Run kemudian tekan Enter untuk selanjutnya.
2) Disini cari lokasi ke:
HKEY_USERS \. Default \ Control Panel \ Keyboard

3) Di sebelah kanan panel, klik dua kali pada nilai InitialKeyboardIndicators kemudian ubah nilai data dari 0 hingga 2.
4) Sekarang tutup registry editor dan restart komputer untuk melihat perubahannya

Labels:

jadual sembahyang


Cara untuk melatih diri agar rajin menunaikan solat. bila anda solat. Bolehlah tanda di kotak yang disediakan. Diharap cara ini boleh melatih diri agar tidak meninggalkan solat.Anda boleh save gambar/jadual di atas.


Fadhilat (kelebihan) solat berjemaah
Fadhilat solat berjemaah amat besar sekali berbanding dengan solat bersendirian. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:

Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda). (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Labels: