Wednesday 20 April 2011

kelantan menang besar

Kelantan berjaya mengutip mata penuh, sekali gus naik tangga ketiga Liga Super, apabila berjaya menumpaskan Perlis 5-1 di Stadium Utama Kangar, malam tadi.

Perlawanan bola sepak antara Kelantan dan Perlis yang berlangsung di Stadium Utama Kangar malam tadi, menyaksikan The Red Warriors berjaya memastikan kemenangan di gelanggang lawan.

Pasukan anak buah M Karathu itu akhirnya berjaya menarik sokongan peminat apabila tiga gol Kelantan disempurnakan kapten berjersi nombor sembilan, Mohd Badhri Mohd Radzi dan dua pemain berjersi 16, Norshahrul Idlan Talaha.

Kelantan mendahului Perlis dengan jaringan pertama pada minit keenam oleh Norshahrul Idlan Talaha bagaimanapun, disamakan Perlis menerusi sepakan percuma dari penjuru kanan oleh Mohd Faiz lima minit kemudian.

Norshahrul Idlan Talaha kemudiannya menjaringkan gol bagi Kelantan pada minit 43.

Pasukan pelawat mengganas menerusi Mohd Badhri Mohd pada separuh masa kedua apabila membuat tiga gol berturut-turut pada m-46, 66 dan 78.

Pengadil memberi masa tambahan tiga minit bagaimanapun, tiada jaringan gol dilakukan dalam masa tambahan.

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home