Saturday 26 November 2011

selamat menyambut awal muharam


 
Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam serta merupakan hari pertama dan tahun baru bagi Takwim Hijrah.

Di Malaysia hari tersebut merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia.

Jadi selamat bercuti kepada umat islam khususnya dan rakyat Malaysia sekalian. Diharap anda semua berusaha mendekatkan diri kepada sang pencipta. Jagalah solat kerana solat itu tiang agama. 


Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home