wang baru 2012
KUALA LUMPUR – Wang kertas dan duit syiling siri baru yang dikeluarkan Bank Negara Malaysia (BNM) bakal memasuki edarannya pada awal tahun depan.
BNM mengumumkan reka bentuk mata wang itu dilakukan secara berkala dalam tempoh 12 tahun membabitkan denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100, manakala wang kertas RM50 yang berada di pasaran adalah yang terkini sempena ulang tahun Kemerdekaan Malaysia ke-50 sejak Disember 2007.
Justeru, reka bentuk wang kertas siri keempat ini mengandungi ciri keselamatan lebih canggih, seiringan dengan kemajuan teknologi wang kertas mutakhir lagi kontemporari.
Selain itu, BNM akan bekerjasama dengan institusi kewangan, perusahaan perniagaan dan vendor yang mengendalikan wang tunai bagi memastikan peralihan kepada siri baru ini berjalan lancar.
Pada masa sama, vendor pengendali mesin wang tunai diberi tempoh enam bulan untuk mengubah suai mesin bagi memastikan orang ramai dapat menggunakan mata wang baru berkenaan. Turut direka bentuk ialah duit syiling denominasi 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen.
BNM akan mengeluarkan duit syiling pengingatan siri ketiga dan mempamerkan reka bentuk wang kertas siri baru pada suku ketiga 2011, tidak lama lagi.
Labels: negara
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home