Tuesday 8 May 2012

Kelantan sapu bersih 3.0



The Red Warriors mempamerkan watak Sang Juara apabila menang bergaya  ke atas pendahulu Liga Super iaitu pasukan Singapura Lions XII dengan keputusan 3 – 0
Kelantan FA berpeluang awal untuk membuka tirai jaringan namun sepakan penalti The Linesman Shahrul Idlan Talaha diselamatkan oleh penjaga gol Lions XII iaitu Hyrulnizam Juma’at.
Selepas itu kedua dua pasukan saling menyerang dan penjaga gol Kelantan dan Lions XII bertindak cemerlang menahan kubu masing2 dari dibolosi penyerang lawan.
Kedudukan 0 – 0 kekal hingga tamat separuh masa pertama.
Bermula separuh masa kedua Kelantan FA dilihat lebih banyak menyerang melalui sayap kanan lincah iaitu S.Chanturu yang banyak membawa bola ke kawasan bahaya namun tiada sebarang jaringan tercipta hingga minit ke 73
Kekebalan Lions XII akhirnya roboh jua apabila S.Chanturu menjaringkan gol pada minit ke 74 melalui sepakan gunting hasil hantaran dari Norshahrul Idlan Talaha untuk menceriakan lebih 20 Ribu penyokong Red Warriors.
Tidak sampai 5 minit, gawang gol Lions XII bolos lagi dan penjaring gol kali ini adalah penyerang Norfarhan Muhammad yang bijak merembat masuk hantaran dari Badhri Radzi.
Rizal Fahmi Rosid menutup malam gemilang pasukan Kelantan FA apabila merembat kencang bola untuk menggegarkan gawang gol Lions XII yang menyaksikan Penjaga Gol Lions XII tidak mampu berbuat apa apa dan memberikan Kelantan kemenangan 3 – 0.
Kemenangan 3 – 0 dan 3 mata berharga berjaya dikutip pasukan Kelantan FA seterusnya menyaksikan Kelantan terus menghambat Lions XII di puncak liga yang mengumpul 36 mata dari 18 perlawanan manakala Kelantan pula mengumpul 34 mata dari 15 perlawanan.



Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home