menukar nama recycle bin
Untuk makluman semua, tips menukar nama Recycle Bin pada komputer akan melibatkan System Registry yang ada dalam komputer, oleh itu sebelum memulakan tips yang diberikan dibawah, sebaik-baiknya pastikan backup terlebih dahulu registry.
Tips Bagaimana Backup System Registry
1. Klik Start > Run atau tekan kekunci Windows+R pada keyboard.
2. Taip regedit dan tekan Enter.

3. Di dalam Registry Editor, pilih menu File > Export.

4. Setelah Export Registry File muncul, masukkan nama file ke bahagian File Name,Contohnya backup-registry dan sebagainya.
5. Tekan Save.
Ini adalah bertujuan sekiranya terjadi kesalahan, ataupun kegagalan system komputer untuk berfungsi kita dapat restore system sebelumnya.
Tips Menukar Nama Recycle Bin
Seperti biasa pergi ke Start>Run dan taipkan regedit.
Setelah Registry Editor muncul pergi ke HKEY_CLASSES_ROOT/CLSID/{645FF040-5081-101B-9F08-00AA002F954E}. seperti screenshot dibawah

Kemudian klik dua kali pada option (Default value) dan beri nama baru yang diinginkan pada Value Data. Lihat screenshot dibawah.

Selesai…
Semoga Berjaya…
Labels: mahir IT
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home