Sunday 21 October 2012

khasiat pisang


 



Pisang merupakan kurniaan alam semulajadi yang lengkap dengan vitamin penting, galian, gula yang menyihatkan dan karbohidrat untuk tenaga selain rasa yang e
Selain itu, pisang juga mengandungi vitamin C - bukan sahaja membantu sistem imunisasi malah menggalakkan kulit yang sihat dan menawan.

Buah dan kulit pisang sering digunakan untuk rawatan kecantikan terutamanya bagi menegang serta melembapkan kulit muka yang boleh menjadikan wajah lebih berseri.

Sebagai sumber buah-buahan yang mudah diperolehi di serata dunia serta harganya yang murah, pisang sewajarnya dimanfaatkan sepenuhnya bermula daripada kulit hinggalah kepada isinya.

Pisang mampu buat anda gembira

Protein dalam pisang yang dikenali sebagai triptofan ditukar kepada serotonin oleh badan manusia. Serotonin adalah sejenis bahan yang mampu menghasilkan perasaan tenang, membangkitkan mood dan secara keseluruhannya membuatkan kita gembira. Oleh itu jika anda berasa kecewa, cuba nikmati keenakan pisang, sambil merasakan perubahan perasaan daripada negatif kepada positif.


 

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home