Monday 19 November 2012

ekspo maik


KOTA BHARU - Ekspo sempena perayaan ulang tahun ke-100 Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) di perkarangan Istana Negeri di Kubang Kerian di sini mempamerkan pelbagai artifak bernilai kira-kira RM3 juta.

Naib Yang Dipertua MAIK Datuk Kamaruddin Mohd Zin berkata bahan khazanah lama warisan ketamadunan Islam itu termasuk replika pedang Rasulullah S.A.W dan al-Quran tulisan tangan.

"Sebahagian barangan itu dipinjamkan oleh kerajaan Turki dan Muzium Kesenian Islam Kuala Lumpur," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian ekspo 35 hari itu yang disempurnakan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V hari ini.

Ekspo bertema 'Seabad Mendaulatkan Islam' yang menyaksikan penyertaan pelbagai agensi kerajaan negeri dan swasta itu dijangka menarik kira-kira 100,000 pengunjung.

Ia dibuka secara percuma mulai 10 pagi hingga 6 petang setiap hari.  - Bernama

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home