manis muka
Di antara sifat-sifat yang
boleh membukakan hati orang ramai kepada pendakwah dan menjadikannya dapat
diterima dan dimesrai ialah sifat manis muka dan manis tutur kata
Muka adalah menjadi petunjuk
pada seorang pendakwah, menjadi cermin yang melantunkan apa yang tersemat dalam
lubuk hatinya. Kiranya beliau bermasam muka, keadaan itu menunjukkan beliau
seorang yang sempit dada dan mudah keluh-kesah tetapi kiranya beliau seorang
yang sentiasa bermuka manis, keadaan ini akan membayangkan kebaikan
Wajah yang manis bukanlah
bererti kecantikan dan keindahan paras rupa, kerana boleh jadi paras rupa
cantik tapi tidak terdapat padanya kemanisan. Sebaliknya boleh jadi paras wajah
yang hodoh tetapi ia penuh dengan kemesraan dan keriangan
Seorang pendakwah mestilah
membiasakan diri berwajah cerah sekalipun beliau terpaksa melatih dirinya
berbuat demikian. Beliau juga mestilah membiasakan dirinya sentiasa tersenyum
walaubagaimanapun keadaannya yang menderita dan menekan.
Kejayaan seorang pendakwah
tersembunyi pada kemampuannya menyesuaikan diri dan menguasainya, bukan
sebaliknya. Beliau juga mestilah mampu mengawal dirinya pada semua keadaan yang
dilaluinya. Beliau mestilah bijak memilih perkataan supaya sesuai dengan
tempatnya
Saya kenal sesetengah para
pendakwah yang keluar menghadapi orang ramai dengan senyum yang melimpah di
muka mereka sedangkan di dalam hati mereka merendam dukacita dan permasalahan
yang Allah sahajalah yang mengetahuinya
Saya juga mengenal para duat
lain yang tidak mampu menguasai diri mereka berdepan dengan masalah yang kecil,
anda dapat melihat kesannya dengan jelas pada wajah mereka juga melalui
tindak-tanduk mereka, pada waktu itu anda merasakan seolah-olah andalah yang
telah melakukan kesalahan terhadap mereka
Saya dengar seorang pendakwah
yang sering memberikan ucapan di hadapan orang ramai di kampung-kampung di
Mesir, beliau telah meninggalkan anaknya di Kaherah dalam keadaan sakit tenat.
Sedang beliau berucap salah seorang dari keluarganya telah masuk ke dalam dewan
syarahan dan menghampiri pentas dan menyerahkan secebis kertas, setelah beliau
membacanya beliau lalu meneruskan ucapannya seperti biasa dan dengan para
hadirin tidak dapat melihat sebarang kesan. Setelah beliau selesai dari
ucapannya beliau terus menjawab berbagai soalan dengan jiwa yang lapang dan
dada yang luas. Kemudian orang ramai terkejut apabila mereka mengetahui bahawa
cebisan kertas yang diberikan kepadanya tadi membawa berita tentang kematian
anaknya yang sakit tenat itu
Labels: tazkirah
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home