kisah nabi ismail
Dalam kisah-kisah israiliyat (kisah-kisah palsu yang dibuat oleh Bani Israil)
disebutkan bahawa isteri pertamanya, Sarah, tampak cemburu pada
Hajar, isteri keduanya, sehingga kerananya Nabi Ibrahim harus
menjauhkannya beserta anaknya. Kami percaya bahawa kisah ini palsu
dan penuh dengan kebohongan. Jika kita mengamati keperibadian Nabi
Ibrahim, maka kita mengetahui bahawa beliau tidak akan mendapat
perintah dari seorang pun selain Allah s.w.t.
"Dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu
kesempitan. (Ikutilah) agama orang tuamu Ibrahim. Dia telah
menamai kamu sekalian orang-orang Muslim dan dahulu. " (QS. al-
Hajj: 78)
Kami tidak meyakini bahawa beliau terperangkap dalam perasaan
kecemburuan feminisme dan kami juga tidak percaya bahawa beliau
sengaja membangkitkan perasaan ini. Kami tidak mengira bahawa
peribadi Sarah yang mulia akan terpedaya dengan sikap egoisme.
Bukankah ia sendiri yang menikahkan Nabi Ibrahim dengan Hajar,
pembantunya agar ia mendapatkan keturunan? Ia menyedari bahawa
dirinya wanita tua dan mandul. Ia sendiri yang menikahkannya dan
membantu pelaksanaannya. Ia telah memberikan dan mengabdikan
dirinya kepada seorang lelaki yang hatinya tiada dipenuhi dengan cinta
kepada siapa pun kecuali cinta kepada Penciptanya.
Allah s.w.t berfirman tentang Sarah dan Hajar:
"Rahmat Allah dan keberkatan-Nya dicurahkan atas kamu, hai ahlul
bait! Sesungguhnya Allah Maha Terpuji lagi Maha Pemurah. (QS. Hud:
73)
Jadi, masalahnya adalah bukan masalah kecemburuan antara sesama
wanita, namun ia adalah tugas yang diperintahkan oleh Allah s.w.t yang
di dalamnya tersembunyi hikmah-Nya. Barangkali Sarah lebih hairan
daripada Hajar ketika Nabi Ibrahim memerintahkannya untuk membawa
anaknya Ismail dan mengikutinya. "Ke mana engkau hai Ibrahim pergi?"
Mungkin pertama-tama Hajar yang bertanya kepadanya dan mungkin juga
Sarah yang bertanya. Nabi Ibrahim hanya terdiam dan akhirnya kedua
wanita itu pun juga terdiam.
Di sana terdapat hikmah yang tersembunyi di mana Nabi Ibrahim tidak
mengetahuinya dan Allah s.w.t tidak menjelaskan kepadanya. la tidak
mengetahui hai itu sebagaimana mereka berdua juga tidak
mengetahuinya. Jadi kedua-duanya hanya terdiam sebagai bentuk akhlak
dari isteri-isteri nabi. Inilah Hajar yang sendirian bersama anaknya di
lembah yang terasing dan tandus, di mana ia tidak mengetahui rahsia di
balik tempat itu. Inilah Ismail yang memulai perjalanannya menuju Allah
s.w.t saat masih menyusui. Ia mengalami ujian saat masih kecil dan juga
ujian bagi ayahnya, di mana ia mendapatkan seorang anak saat sudah
tua. Nabi Ibrahim menyedari bahawa manusia tidak memiliki sesuatu pun
dalam dirinya. Dan seseorang yang cinta kepada Allah s.w.t akan
memberikan dirinya kepada Allah s.w.t dan akan memberikan apa yang
di sukai oleh dirinya kepada Allah s.w.t tanpa harus diminta. Itu adalah
hukum cinta yang dalam. Kami tidak percaya bahawa Nabi Ibrahim
mengetahui mengapa ia harus meninggalkan Ismail dan ibunya di tempat
itu. Kami tidak mengira bahawa Allah s.w.t telah memberitahunya. Allah
s.w.t hanya menurunkan perintah dan Ibrahim hanya menaatinya. Di
sinilah tampak kerasnya ujian dan kesulitannya. Di sinilah cinta yang
paling dalam diungkapkan, dan di sinilah cinta yang murni dituangkan.
Allah s.w.t menguji kekasih-Nya Ibrahim dengan suatu ujian yang sangat
keras, di mana umumnya para orang tua berat sekali melakukannya.
Bukan bererti bahawa cinta Allah s.w.t kepada Ibrahim dan cinta Ibrahim
kepada-Nya menjadikan Ibrahim tidak memiliki perasaan kemanusiaan.
Kekuatan cintanya pada Allah s.w.t justru menjadikan sebagai lautan dari
perasaan kemanusiaan, bahkan lautan yang tidak bertepi. Perasaan
beliau terhadap Ismail lebih besar, lebih lembut, dan lebih sayang dari
perasaan ayah mana pun terhadap anaknya. Meskipun demikian, beliau
rela meninggalkannya di tempat yang tandus kerana Allah s.w.t
memerintahkan hal tersebut. Terjadilah pergelutan dalam dirinya namun
ia mampu melewati ujiannya dan beliau memilih cinta Allah s.w.t
daripada cinta anaknya.
Ketika Nabi Ibrahim menampakkan kecintaan yang luar biasa dari yang
seharusnya kepada anaknya, maka Allah s.w.t memerintahkannya untuk
menyembelihnya. Allah s.w.t agar hanya Dia yang menjadi pusat cinta
para nabi-Nya. Barang siapa yang mencintai Allah s.w.t, maka ia pun
harus mencintai kebenaran dan orang yang mencintai kebenaran adalah
orang memenuhi hatinya dengan cinta kepada Penciptanya semata.
Ismail mewarisi kesabaran ayahnya. Nabi Ibrahim berdoa kepada Allah
s.w.t sebelumnya:
"Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang
termasuk orang-orang yang soleh" (QS. ash-Shaffat: 100)
Allah s.w.t menjawab:
"Maka Kami beri dia khabar gembira dengan seorang anak yang amat
sabar." (QS. ash-Shaffat: 101)
Kesabaran yang sama yang terdapat pada ayahnya, kebaikan yang sama,
ketakwaan yang sama, dan adab kenabian yang sama pula. Ismail
mendapatkan ujian yang pertama saat beliau kecil dan ujian itu berakhir
saat Allah s.w.t memancarkan zamzam dari kedua kakinya sehingga
darinya ibunya minum dan menyusuinya. Kemudian Ismail mendapatkan
ujian yang kedua dalam hidupnya saat ia menginjak masa muda:
"Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha
bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: Hai anakku sesungguhnya
aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka
fikirkanlah apa pendapatmu!' Ia menjawab: 'Hai bapakku, kerjakanlah
apa yang diperintahkan kepadamu: Insya Allah kamu akan
mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar.'" (QS. ash-Shaffat:
102)
Apa yang Anda kira terhadap jawapan si anak? Ia tidak bertanya tentang
sifat dari mimpi itu, dan ia tidak berdebat dengan ayahnya tentang
kebenaran mimpi itu, tetapi yang dikatakannya: "Wahai ayahku
laksanakanlah apa yang diperintahkan. "Janganlah engkau gelisah kerana
aku dan janganlah engkau menampakkan kesedihan dan keluh-kesah.
"Engkau akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar."
Demikianlah jawapan seorang anak yang soleh terhadap ayahnya yang
soleh. Itulah puncak dari kesabaran dari seorang anak dan tentu orang
tuanya lebih harus bersabar. Itu bagaikan perlumbaan di antara keduanya
untuk menguji siapa di antara mereka yang paling sabar. Perlumbaan
yang tujuannya adalah meraih cinta Allah s.w.t.
Allah s.w.t berfirman:
"Dan ceritakanlah (hai Muhammad kepada mereka) kisah Ismail (yang
tersebut) di dalam Al-Quran. Sesungguhnya ia adalah seorang yang
benar janjinya, dan dia adalah seorang rasul dan nabi. Dan ia
menyuruh keluarganya untuk bersembahyang dan menunaikan zakat,
dan ia adalah seorang yang diredhai di sisi Tuhannya." (QS. Maryam:
54-55)
Baitullah
Ismail hidup di semenanjung Arab sesuai dengan kehendak Allah s.w.t.
Ismail memelihara kuda dan terhibur dengannya serta memanfaatkannya
untuk keperluannya. Sedangkan air zamzam sangat membantu orang-
orang yang tinggal di daerah itu. Kemudian sebahagian kafilah menetap
di situ dan sebahagian kabilah tinggal di tempat itu. Nabi Ismail tumbuh
menjadi dewasa dan menikah. Lalu ayahnya, Nabi Ibrahim,
mengunjunginya dan tidak menemukannya dalam rumah namun ia hanya
mendapati isterinya. Nabi Ibrahim bertanya kepadanya tentang
kehidupan mereka dan keadaan mereka. isterinya mengadukan padanya
tentang kesempitan hidup dan kesulitannya. Nabi Ibrahim berkata
padanya: "Jika datang suamimu, maka perintahkan padanya untuk
mengubah gerbang pintunya."
Ketika Nabi Ismail datang, dan isterinya menceritakan padanya perihal
kedatangan seorang lelaki, Ismail berkata: "Itu adalah ayahku dan ia
memerintahkan aku untuk meninggalkanmu, maka kembalilah engkau
pada keluargamu." Kemudian Nabi Ismail menikahi wanita yang kedua.
Nabi Ibrahim mengunjungi isteri keduanya dan bertanya kepadanya
tentang keadaannya. Lalu ia menceritakan padanya bahawa mereka
dalam keadaan baik-baik dan dikurniai nikmat. Nabi Ibrahim puas
terhadap isteri ini dan memang ia sesuai dengan anaknya. Barangkali
Nabi Ibrahim menggunakan kemampuan spirituilnya dan cahaya yang
mampu menyingkap keghaiban yang dimilikinya. Nabi Ibrahim
menyiapkan Ismail untuk mengembang tugas yang besar. Yaitu tugas
yang membutuhkan kerja keras kemanusiaan seluruhnya dan waktunya
seluruhnya serta kenyamanannya seluruhnya.
Ismail menjadi besar dan mencapai kekuatannya. Nabi Ibrahim
mendatanginya. Tibalah saat yang tepat untuk menjelaskan hikmah Allah
s.w.t yang telah terjadi dari perkara-perkara yang samar. Nabi Ibrahim
berkata kepada Ismail: "Wahai Ismail, sesungguhnya Allah s.w.t
memerintahkan padaku suatu perintah" ketika datang perintah pada Nabi
Ibrahim untuk menyembelihnya, beliau menjelaskan kepadanya
persoalan itu dengan gamblang. Dan sekarang ia hendak mengemukakan
perintah lain yang sama agar ia mendapatkan keyakinan bahawa Ismail
akan membantunya. Kita di hadapan perintah yang lebih penting
daripada penyembelihan. Perintah yang tidak berkenaan dengan peribadi
nabi tetapi berkenaan dengan makhluk.
Ismail berkata: "Laksanakanlah apa yang diperintahkan Tuhanmu
padamu." Nabi Ibrahim berkata: "Apakah engkau akan membantuku?"
Ismail menjawab: "Ya, aku akan membantumu." Nabi Ibrahim berkata:
"Sesungguhnya Allah s.w.t memerintahkan aku untuk membangun rumah
di sini." Nabi Ibrahim mengisyaratkan dengan tangannya dan menunjuk
suatu bukit yang tinggi di sana.
Selesailah pekerjaan itu. Perintah itu telah dilaksanakan dengan
berdirinya Baitullah yang suci. Itu adalah rumah yang pertama kali
dibangun untuk manusia di bumi. Ia adalah rumah pertama yang di
dalamnya manusia menyembah Tuhannya. Dan kerana Nabi Adam adalah
manusia yang pertama turun ke bumi, maka keutamaan pembangunannya
kembali padanya. Para ulama berkata: "Sesungguhnya Nabi Adam
membangunnya dan ia melakukan tawaf di sekelilingnya seperti para
malaikat yang tawaf di sekitar Arasy Allah s.w.t.
Nabi Adam membangun suatu khemah yang di dalamnya ia menyembah
Allah s.w.t. Adalah hal yang biasa bagi Nabi Adam - sebagai seorang Nabi
- untuk membangun sebuah rumah untuk menyembah Allah s.w.t.
Tempat itu dipenuhi dengan rahmat. Kemudian Nabi Adam meninggal
dan berlalulah abad demi abad sehingga rumah itu hilang dan
tersembunyi tempatnya. Maka Nabi Ibrahim mendapatkan perintah dari
Allah s.w.t untuk membangun kedua kalinya agar rumah itu tetap berdiri
sampai hari kiamat dengan izin Allah s.w.t. Nabi Ibrahim mulai
membangun Ka'bah. Ka'bah adalah sekumpulan batu yang tidak
membahayakan dan tidak memberikan manfaat. Ia tidak lebih dari
sekadar batu. Meskipun demikian, ia merupakan simbol tauhid Islam dan
tempat penyucian kepada Allah s.w.t. Nabi Adam memiliki tauhid yang
tinggi dan Islam yang mutlak. Nabi Ibrahim pun termasuk seorang Muslim
yang tulus dan ia bukan termasuk seorang musyrik.
Batu-batu rumah itu telah dibangun dari ketenteraman hati Nabi Adam
dan kedamaian Nabi Ibrahim serta cintanya dan kesabaran Nabi Ismail
serta ketulusannya. Oleh kerana itu, ketika Anda memasuki Masjidil
Haram Anda akan merasakan suatu gelombang kedamaian yang sangat
dalam. Terkadang pada kali yang pertama engkau melihat dirimu dan
tidak melihat rumah dan pemeliharanya. Dan barangkali engkau melihat
rumah pada kali yang kedua namun engkau tidak melihat dirimu dan
Tuhanmu. Ketika engkau pergi ke haji engkau tidak akan melihat dirimu
dan rumah itu yang engkau lihat hanya pemelihara rumah itu. Ini adalah
haji yang hakiki. Inilah hikmah yang pertama dari pembangunan Ka'bah.
Allah s.w.t berfirman:
"Dan (ingatlah), ketika Ibrahim meninggikan (membina) dasar-dasar
baitullah bersama Ismail (seraya berdoa): 'Ya Tuhan kami terimalah
dari kami (amalan kami), sesungguhnya Engkaulah yang Maha
Mendengar lagi Maha Mengetahui. Ya Tuhan kami, jadikanlah kami
berdua orang yang tunduk dan patuh kepada Engkau dan (jadikanlah)
di antara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepada Engkau dan
tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadah haji
kami, dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha
Penerima taubat lagi Maha Penyayang. Ya Tuhan kami, utuslah untuk
mereka seorang rasul dari kalangan mereka, yang akan membacakan
kepada mereka ayat-ayat Engkau, dan mengajarkan kepada mereka
al-Kitab (Al-Quran) dan al-Hikmah (as-Sunnah) serta menyucikan
mereka. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Perkasa lagi Maha
Bijaksana. " (QS. al-Baqarah: 127-129)
Ka'bah terdiri dari batu-batuan yang ada di bumi di mana ia dijadikan
pondasi oleh Nabi Ibrahim dan Ismail. Sejarah menceritakan bahawa ia
pernah dihancurkan lebih dari sekali sehingga ia pun beberapa kali
dibangun kembali. Ia tetap berdiri sejak masa Nabi Ibrahim sampai hari
ini. Dan ketika Rasulullah saw diutus - sebagai bukti pengabulan doa
Nabi Ibrahim - beliau mendapat Ka'bah dibangun terakhir kalinya, dan
tenaga yang dicurahkan oleh orang-orang yang membangunnya sangat
terbatas di mana mereka tidak menggali dasarnya sebagaimana Nabi
Ibrahim menggalinya. Dari sini kita memahami bahawa Nabi Ibrahim dan
Nabi Ismail mencurahkan tenaga keras yang tidak dapat ditandingi oleh
ribuan laki-laki. Rasulullah saw telah menegaskan bahawa kalau bukan
kerana kedekatan kaum dengan masa jahiliah dan kekhuatiran orang-
orang akan menuduhnya dengan berbagai tuduhan jika beliau
menghancurkannya dan membangunkannya kembali, nescaya beliau ingin
merobohkannya dan mengembalikannya ke pondasi Nabi Ibrahim.
Sungguh kedua nabi yang mulia itu telah mencurahkan tenaga keras
dalam membangunnya. Mereka berdua menggali pondasi kerana
dalamnya tanah yang di bumi. Mereka memecahkan batu-batuan dari
gunung yang cukup jauh dan dekat, lalu setelah itu memindahkannya dan
meratakannya serta membangunnya. Tentu hal itu memerlukan tenaga
keras dari beberapa lelaki tetapi mereka berdua membangunnya
bersama-sama. Kita tidak mengetahui berapa banyak waktu yang
digunakan untuk membangun Ka'bah sebagaimana kita tidak mengetahui
waktu yang digunakan untuk membuat perahu Nabi Nuh. Yang penting
adalah, bahawa perahu Nabi Nuh dan Ka'bah sama-sama sebagai tempat
perlindungan manusia dan tempat yang membawa keamanan dan
kedamaian. Ka'bah adalah perahu Nabi Nuh yang tetap di atas bumi
selama-lamanya. Ia selalu menunggu orang-orang yang menginginkan
keselamatan dari kedahsyatan angin taufan yang selalu mengancam
setiap saat.
Allah s.w.t tidak menceritakan kepada kita tentang waktu pembangunan
Ka'bah. Allah s.w.t hanya menceritakan perkara yang lebih penting dan
lebih bermanfaat. Dia menceritakan tentang kesucian jiwa orang-orang
yang membangunnya dan doa mereka saat membangunnya:
"Tuhan kami, terimalah dari hand (amalan kami), sesungguhnya
Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. " (QS. al-
Baqarah: 127)
Itulah puncak keikhlasan orang-orang yang ikhlas, ketaatan orang-orang
yang taat, ketakutan orang-orang yang takut, dan kecintaan orang-orang
yang mencintai:
"Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh
kepada Engkau dan (jadikanlah) di antara cucu kami umat yang
tunduk patuh kepada Engkau." (QS. al-Baqarah:
128)
Sesungguhnya kaum Muslim yang paling agung di muka bumi saat itu,
mereka berdoa kepada Allah s.w.t agar menjadikan mereka termasuk
orang-orang yang berserah diri pada-Nya. Mereka mengetahui bahawa
hati manusia terletak sangat dekat dengan ar-Rahman (Allah s.w.t).
Mereka tidak akan mampu menghindari tipu daya Allah s.w.t. Oleh
kerana itu, mereka menampakkan kemurnian ibadah hanya kepada Allah
s.w.t, dan mereka membangun rumah Allah s.w.t serta meminta pada-
Nya agar menerima pekerjaan mereka.
Selanjutnya, mereka meminta Islam (penyerahan diri) pada-Nya dan
rahmat yang turun pada mereka di mana mereka memohon kepada Allah
s.w.t agar memberi mereka keturunan dari umat Islam. Mereka ingin agar
jumlah orang-orang yang beribadah dan orang-orang yang sujud dan
rukuk semakin banyak. Sesungguhnya doa Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail
menyingkap isi had seorang mukmin. Mereka membangun rumah Allah
s.w.t dan pada saat yang sama mereka disibukkan dengan urusan akidah
(keyakinan). Itu mengisyaratkan bahawa rumah itu sebagai simbol dari
akidah.
"Dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadah
haji kami, dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang
Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang. " (QS. al-Baqarah: 128)
Perlihatkanlah kepada kami cara ibadah yang Engkau sukai.
Perlihatkanlah kepada kami bagaimana kami menyembah-Mu di bumi.
Dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkau Maha Penerima taubat
dan Maha Penyayang. Setelah itu, kepedulian mereka melampaui masa
yang mereka hidup di dalamnya. Mereka berdoa kepada Allah s.w.t:
"Ya Tuhan kami, utuslah untuk mereka seorang rasul dari kalangan
mereka, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat Engkau,
dan mengajarkan kepada mereka al-Kitab (Al-Quran) dan al-Hikmah
(as-Sunnah) serta menyucikan mereka. Sesungguhnya Engkaulah yang
Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. " (QS. al-Baqarah: 129)
Akhirnya, doa tersebut terkabul ketika Allah s.w.t. mengutus Muhammad
bin Abdullah saw. Doa tersebut terwujud setelah melalui masa demi
masa. Selesailah pembangunan Ka'bah dan Nabi Ibrahim menginginkan
batu yang istimewa yang akan menjadi tanda khusus di mana tawaf di
sekitar Ka'bah akan dimulai darinya. Ismail telah mencurahkan tenaga di
atas kemampuan manusia biasa. Beliau bekerja dengan sangat antusias
sebagai wujud ketaatan terhadap perintah ayahnya. Ketika beliau
kembali, Nabi Ibrahim telah meletakkan Hajar Aswad di tempatnya.
"Siapakah yang mendatangkannya (batu) padamu wahai ayahku?" Nabi
Ibrahim berkata: "Jibril as yang mendatangkannya." Selesailah
pembangunan Ka'bah dan orang- orang yang mengesakan Allah s.w.t serta
orang-orang Muslim mulai bertawaf di sekitarnya. Nabi Ibrahim berdiri
dalam keadaan berdoa kepada Tuhannya sama dengan doa yang
dibacanya sebelumnya, yaitu agar Allah s.w.t menjadikan had manusia
cenderung pada tempat itu:
"Maka jadikanlah hati sebahagian manusia cenderung kepada mereka.
"(QS. Ibrahim: 37)
kerana pengaruh doa tersebut, kaum Muslim merasakan kecintaan yang
dalam untuk mengunjungi Baitul Haram. Setiap orang yang mengunjungi
Masjidil Haram dan kembali ke negerinya ia akan merasakan kerinduan
pada tempat itu. Semakin jauh ia, semakin meningkat kerinduannya
padanya. Kemudian, datanglah musim haji pada setiap tahun, maka hati
yang penuh dengan cinta pada Baitullah akan segera melihatnya dan rasa
hausnya terhadap telaga zamzam akan segera terpuaskan. Dan yang lebih
penting dari semua itu adalah cinta yang dalam terhadap Tuhan,
Baitullah dan telaga zamzam yaitu, Tuhan alam semesta. Allah s.w.t
berfirman berkenaan dengan orang-orang yang mendebat Nabi Ibrahim
dan Nabi Ismail:
"Ibrahim bukan seorang Yahudi dan bukan pula seorang Nasrani, akan
tetapi dia adalah seorang yang lurus lagi berserah diri (kepada Allah)
dan sekali-kali bukanlah dia termasuk golongan orang-orang musyrik.
" (QS. Ali 'Imran: 67)
Allah s.w.t mengabulkan doa Nabi Ibrahim dan beliau yang pertama kali
menamakan kita sebagai orang-orang Muslim. Allah s.w.t berfirman:
Labels: tazkirah
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home