Tuesday 17 May 2011

Sejarah solat





Berikut adalah nabi yang pertama sejakali mengerjakan solat. harap info ini berguna untuk anda semua.....

Nabi pertama solat Subuh

Nabi yang pertama mengerjakan solat Subuh ialah Nabi Adam a.s. ketika baginda bertaubat kepada Allah semasa terbitnya fajar, Nabi Adam mengerjakan solat dua rakaat sebagai tanda syukur kepada Allah atas hilangnya kegelapan malam dan juga hilangnya kemaksiatan.Ia juga dilakukan sebagai tanda syukur atas datangnya cahaya siang.

Nabi pertama solat Zohor
Nabi yang pertama mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Daud a.s. ketika Allah menerima taubat ke atas Nabi Daud ialah semasa terelincirnya matahari,Nabi Daud mengerjakan solat sebanyak empat rakaat sebagai tanda syukur keranataubatnya diterima.


Nabi pertama solat Asar

Nabi pertama mengerjakan solat Asar ialah Nabi Ibrahim. Semasa Allah menurunkan perintah kepadanya supaya menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. tetapi kemudian ditukarkan dengan seekor kambing sebagai tebusan., lalu Nabi Ibrahim pun mengerjakan solat empat rakaat sebagai tanda syukur kepada Allah s.w.t. kerana anakya Nabi Ismail selamat.


Nabi pertama solat Maghrib
Nabi yang pertama mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. ketika Allah mengangkat dan menyelamatkannya daripada kejahatan orang Yahudi, selepas tengelamnya matahari. Nabi Isa telah solat tiga rakaat sebagai tanda syukur kepada Allah kerana dirinya selamat dari musuh. Juga sebagai tanda terima kasih kerana dinaikkan ke langit.

Nabi pertama solat Isya 

Nabi yang pertama mengerjakan solat Isya ialah Nabi Yunus. Semasa Allah menyelamatkan Nabi Yunus dan mengeluarkan dia dari dalam perut ikan hiu. Pada waktu itu hilangnya warna ufuk merah di ufuk barat dan bintang-bintang pun telah berkelipan di langit, Nabi Yunus pun mengerjakan solat Isya atas keselamatan dirinya daripada empat kegelapan, iaitu kegelapan malam (pertama), kegelapan awam (kedua), kegelapan lautan(ketiga) dan kegelapan di dalam perut ikan (empat).

kalau kita sedari banyak nikmat yang Allah berikan kepada kita dan nikmat yang paling utama ialah nikamta sihat. Jadilah manusia yang bersyukur. :)






























Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home