Sunday 16 October 2011

Pemain Kelantan 2012



Status selaku juara Liga Super, Piala Sumbangsih dan melayakkan diri ke pertandingan Piala AFC menyebabkan ramai pemain utama skuad negeri lain berminat menyarung jersi Merah Putih.
Ternyata perkembangan pesat Kelantan selaku kuasa baru bola sepak negara menarik minat pemain untuk menyertai mereka.
Mendahului senarai, penyerang Kedah yang juga penyerang utama skuad Kebangsaan, Badrol Bakhtiar. Pemain ini pernah dikaitkan akan menyertai Kelantan pada musim 2011 namun membatalkan hasrat kerana menghormati kontrak dengan pasukan Kenari.
Selan Badrol, ketua pasukan negara, Safiq Rahim turut dikatakan berminat untuk menyertai The Red Warriors pada musim hadapan. Namun begitu, usaha membawa pemain ini menyertai Kelantan bagaimanapun sedikit sukar kerana Safiq dikhabarkan turut dipancing dua buah kelab dari Liga Indonesia.
Dua pemain pertahanan skuad Malaysia, Azmi Muslim dan Yong Kuong Yong turut dikaitkan dengan pasukan juara baru Liga Super tersebut dan pemain ini dinyatakan sudah melakukan perbincangan dengan pihak pengurusan pasukan Kelantan untuk berada di Kota Bharu bermula Piala Malaysia ini.
Kelantan juga digembar-gemburkan bakal mengikat beberapa pemain berpengalaman seperti Hardi Jaafar, Nizarudin Yusof, Amirul Hadi Zainal dan penjaring terbanyak Liga Super, Abdul Hadi Yahya dari Terengganu.
Selain itu, salah seorang trio Kelantan yang berhijrah ke T-Team turut dikhabarkan berminat untuk kembali ke kelantan pada musim 2012 ini.
Sekiranya berlaku perpindahan beramai-ramai pemain luar kedalam pasukan Kelantan, tempat beberapa pemain tempatan dilihat dalam bahaya kerana pemain yang masuk bukan calang-calang pemain. Mereka semua merupakan pemain utama pasukan masing-masing dan kehadiran mereka ke Kota Bharu bukan untuk diletakkan di bangku simpanan.
Dengan tambahan beberapa pemain import yang mungkin dibawa masuk Persatuan Bola Sepak Kelantan, mungkin berlaku perebutan tempat yang sengit diantara setiap pemain Kelantan pada tahun 2012 untuk tersenarai selaku pemain utama pasukan dalam setiap perlawanan.

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home