pilihanraya 2012
Pilihan raya adalah satu proses demokrasi di mana undian digunakan untuk memilih calon yang sesuai untuk mewakili rakyat di parlimen. Ia merupakan suatu mekanisme demokrasi untuk memilih calon yang sesuai untuk memenuhi jawatan-jawatan penggubal undang-undang, eksekutif, perundangan dan kerajaan tempatan. Di universiti, ia pula penting untuk memilih wakil persatuan pelajar.
Terdapat dua jenis pilihan raya iaitu pilihan raya umum atau pilihan raya kecil. Kaedah atau sistem pilihan raya boleh dikategorikan kepada dua iaitu samada perwakilan berkadar (proportional) atau sistem majoriti (majoritarian). Sistem pilihan raya mementingkan pemenang, atau beberapa pemenang menurut pengiraan undi yang diperolehi setiap calon yang bertanding. Pemenang menjadi tumpuan sebab dia akan mewakili rakyat di Parlimen dan terlibat dalam proses penggubalan undang-undang. Oleh itu cara pemilihannya amat penting dan sepatutnya selari dengan kehendak demokrasi. Selain itu pilihan raya biasanya dipantau oleh sebuah badan bebas, misalnya di Malaysia ia dipantau oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.
Di sisi syara', pilihan raya merupakan suatu bentuk aqad wakalah (perwakilan). Penyempurnaan aqad wakalah mesti memenuhi rukun-rukunnya, iaitu;
Ijab dan qabul
Muwakkil - pihak yang mewakilkan
Wakil - pihak yang mewakili
Perkara yang diwakilkan
Bentuk redaksi akad perwakilannya (sighat tawkil)
Ini berdasarkan kepada beberapa dalil dari hadis;
Dari Jabir bin Abdillah. Ia menuturkan, "saya hendak berangkat ke Khaibar, lalu saya menemui Rasulullah s.a.w. Baginda kemudian bersabda : Jika engkau menemui wakilku di Khaibar maka ambillah olehmu darinya lima belas wasaq."
Dan dalam peristiwa baiat 'Aqabah II, Rasulullah s.a.w. meminta 12 orang sebagai wakil dari 75 orang Madinah ketika itu yang dipilih oleh mereka sendiri. Riwayat ini juga menunjukkan bahawa Rasulullah s.a.w. melakukan proses perwakilan (wakalah). Dengan demikian, hukum asal wakalah dalam syariat Islam adalah harus (boleh).
Sementara yang menjadi isu utama dalam menetapkan hukum pilihan raya itu adalah 'perkara yang diwakilkan' yang merupakan objektifnya, jika pasti bahawa calon yang ingin diundi itu dapat memastikan dirinya tidak terlibat dalam proses pembuatan undang dan melakukan aktiviti yang sesuai dengan syariat, maka bolehlah datang mengundi untuk beliau, namun jika tidak adalah haram untuk bersubahat melantik menjadi wakil kepada benda yang diharamkan.
Ini berasaskan kaedah fiqh, al-wasilatu ila haraam, muharramah (sesuatu yang membawa kepada keharaman, maka ia juga haram).
Undi dengan bijak. parti yang mendukungi islam.
Labels: negara
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home