waktu ziarah kubur
Assalammualaikum...
Terpanggil
untuk berkongsi artikel pada mereka yang masih tertanya-tanya dan gusar
akan perkara-perkara yang harus dan tidak patut dilakukan khususnya
apabila kita menziarah kubur.
Kebiasaannya
ramai yang melakukan amalan menziarahi kubur sanak saudara mahupun ahli
keluarga pada musim perayaan seperti Aidilfitri dan Aidiladha.
Sesungguhnya amalan menziarahi kubur boleh membawa keinsafan kepada
kita, mengingatkan kita kepada mati dan kekuasaan Allah S.W.T. Namun
jika dilihat dari sudut perspektif lain, fenomena ini lebih menjurus
kepada pemilihan hari tertentu untuk melawat kubur iaitu dilakukan pada
musim hari raya.
Yang menjadi persoalan, wujudkah hukum membenarkan hari tertentu ziarah kubur atau ia disebabkan budaya kita sendiri?
Tidak
ada dalil yang mengatakan perlu ziarah kubur pada sekian-sekian waktu.
Ziarah kubur tidak mempunyai waktu-waktu tertentu. Bila-bila masa sahaja
boleh ziarah kubur. Yang dapat kita simpulkan ialah dengan menziarahi
kubur sebenarnya untuk kita ingat mati. Ini kerana apabila berada di
kubur, ia akan memberi perasaan untuk mengingati orang yang telah mati,
seterusnya mendoakan serta memohon rahmat dari Allah.
Hakikatnya
golongan wanita tidak digalakkan untuk ziarah kubur kerana dibimbangkan
boleh mendatangkan fitnah atas sebab berlakunya perkara yang haram
antaranya seperti meratap pemergian orang tersayang, menyalahkan takdir
dan tidak dapat menerima hakikat kehilangan orang tersayang, berpakaian
tidak sopan dan tidak menghormati kawasan kubur. Sekiranya perkara
haram tersebut tidak dapat dielakkan, maka hukumnya adalah haram. Ziarah
kubur adalah sesuatu perkara yang baik apatah lagi ia dapat
mengingatkan kita tentang kematian dan hari akhirat yang merupakan
pemangkin ke arah melaksanakan ketaatan kepada Allah dan menjauhi
larangan Nya.
Sekiranya
dilihat secara umum, ziarah kubur boleh dilakukan pada bila-bila masa
sahaja kerana tidak ada nas yang melarang menziarahi kubur pada
hari-hari tertentu. Masyarakat tidak seharusnya atau tidak wajar
mengkhususkan pada hari hari tertentu umpamanya hari raya untuk
menziarahi kubur. Ini sebenarnya sudah menjadi budaya dalam masyarakat
kita dan sepatutnya kita singkirkan. Sebaliknya ziarah kubur secara
berterusan akan membawa kepada kebaikan.
Labels: tazkirah
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home