Wednesday 12 December 2012

cara tanam betik

Buah betik kaya dengan tenaga, air, protein, lemak, karbohidrat, serat, kalsium, Fosforus, besi, natrium, Kalium, beta-karotena, vitamin B2, niasin dan Vitamin C. Betik disemai dari biji.

Semai biji benih betik secara terus ke dalam plastik polibeg bersaiz 15cm X 23 cm. Isikan tanah dengan nisbah berikut: Pasir 50%, baja organik (tinja ayam) 25% dan tanah atas (topsoil) 25%. Semaikan 3 biji benih dalam satu polibeg. Selepas sebulan menyemai, patahkan anak benih yang kurang elok. Biarkan hanya satu anak pokok yang terbaik dalam satu polibeg.

Selepas 8 minggu, alih anak pokok ke tanah. Jarakkan antara pokok antara 2 hingga 3 m. Merumput Jangan merumput terlalu rapat dengan pangkal pokok kerana akar anak betik mudah cedera. Gunakan sungkup (mulch) untuk elakkan rumpai tumbuh.

Betik berbuah selepas 5 bulan disemai. Ia berbuah berpanjangan. Buah lebat kira-kira 3 bulan sekali. Pokok berbuah paling banyak ketika berumur 10 bulan. Petik berbuah apabila hanpir ranum, iaitu apabila buah kekuningan. Jangan tunggu sehingga buah ranum kerana burung suka memakan buah betik yang ranum.


Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home