Tuesday 22 January 2013

filem mama

LOS ANGELES - Filem seram berjudul Mama mengungguli carta pecah panggung di Amerika Utara hujung minggu lalu. Ia berjaya memperoleh kutipan tiket sebanyak AS$28.1 juta (RM83.2 juta) pada minggu pertama tayangannya.
Filem yang mengisahkan dua kanak-kanak diselamatkan selepas hilang di dalam hutan apabila ibu bapa mereka mati berjaya mengenepikan filem pembunuhan Osama bin Laden, Zero Dark Thirty.
Menurut Exhibitor Relations, Zero Dark Thirty mengutip AS$17.6 juta (RM52.1 juta) pada minggu kedua tayangan.
Berada di tempat ketiga ialah filem komedi romantik, Silver Linings Playbook lakonan aktres Jennifer Lawrence yang mengaut kutipan berjumlah AS$11.4 (RM33.8 juta).
Filem Gangster Squad dan filem Broken City pula masing-masing berada di tempat keempat dan kelima dengan memperoleh kutipan tiket AS$9.1 juta (RM26.9 juta) dan AS$9.0 juta (RM26.6 juta).
Ia diikuti oleh filem komedi A Haunted House dan filem arahan Quentin Tarantino, Django Unchained yang memperoleh kutipan sebanyak AS$8.3 juta (RM24.6 juta) dan AS$8.2 juta (RM24.3 juta).
Filem muzikal Les Miserables pula berada di tangga kelapan, mengaut AS$7.8 juta (RM23.1 juta), mengenepikan filem The Hobbit: An Unexpected Journey, AS$6.5 juta (RM19.2 juta).
Penampilan aktor Arnold Schwarzenegger dalam filem terbaharunya, The Last Stand  berada di tempat ke-10 dengan kutipan AS$6.3 juta (RM18.7 juta) pada tayangan sulungnya hujung minggu lepas. - AFP




Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home