Thursday, 1 May 2014

berita mh370

PERTH – Pihak berkuasa Australia mengesahkan tiga serpihan yang dijumpai di sebuah pantai di Australia tidak mempunyai kaitan dengan sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.
Tiga objek itu dijumpai oleh seorang lelaki kelmarin yang berjalan di sebuah pantai di barat negara tersebut sebelum menghubungi polis.
Salah satu objek itu adalah sekeping logam sebesar kereta dan mempunyai paku-paku rivet pada birainya.
Bagaimanapun, pihak berkuasa Australia mengambil masa tidak sampai satu hari untuk menganalisis gambar objek tersebut dan menolak kemungkinan ia mempunyai kaitan dengan pesawat MH370.
“Kami tidak melihat sebarang petunjuk menerusi gambar itu yang boleh kami percaya bahawa ia datangnya dari sebuah pesawat Boeing,” kata seorang Biro Keselamatan Pengangkutan Australia, Martin Dolan.
Pesawat itu hilang daripada radar pada 8 Mac lalu semasa ia sepatutnya menghubungi sebuah menara kawalan di Vietnam semasa dalam penerbangan ke Beijing.
Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 8 Mac lalu.
Seramai 227 penumpang dan 12 kru menaiki pesawat itu yang didapati berpatah balik dan dipercayai terhempas di selatan Lautan Hindi.
Dalam pada itu, kapal sokongan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Bunga Mas 6 semalam menyertai kapal frigat KD Lekiu dalam usaha mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) Ia adalah kapal TLDM kelapan yang menyertai pasukan dari pelbagai negara untuk mencari pesawat malang itu. – Agensi



Labels:

Tuesday, 1 April 2014

mh370 satu tragedi

pray for mh370


Labels:

Sunday, 2 February 2014

makan banyak mi


LIUYANG - Selepas memakan 24 mangkuk mi, seorang lelaki yang agak langsing dan digelar 'Raja Perut Besar' di China masih lapar dan mampu makan dengan lebih banyak.
"Saya boleh teruskannya," kata lelaki berkenaan, Pan Yizhong selepas seorang demi seorang pencabarnya mengaku kalah.
"Teruskan Raja Perut Besar," kata penonton pada acara pertandingan makan berkenaan yang diadakan di sebuah sekolah di sini, dalam wilayah Hunan.
Sebaik sahaja dia menghabiskan mangkuk ke-25, tiada lagi pencabar yang kelihatan, manakala penonton pula terdiam kerana kagum.
"Raja Perut Besar ialah wira kami," kata seorang pencabarnya, Lu Nan.
"Dia mempunyai kuasa ajaib," tambahnya.
Yizhong, 45, merupakan selebriti pertandingan makan yang paling popular di China.
Dia pernah menelan 147 ladu dan memakan 40 mangkuk mi dalam masa cuma 15 minit.
Lelaki itu menyedari dia mempunyai bakat untuk makan banyak apabila dia mencabar seorang juara makan wanita dari Jepun pada tahun 2006.
Walaupun kecundang, Yizhong telah memakan selonggok mi diikuti 36 kek pulut.
"Ketika itu, saya menyedari bahawa saya boleh makan sebanyak tiga kilogram mi pada sesuatu masa.
"Sejak hari itu, keupayaan saya meningkat. Saya turut berlatih dengan makan hidangan bufet," tambahnya.
Dia yang pernah bekerja di sebuah kilang memproses daging, mengekalkan bentuk tubuh langsing dengan berenang di sebuah sungai berhampiran rumahnya.
"Saya tidak makan selama 24 jam sebelum menyertai sesuatu pertandingan untuk memastikan perut saya kosong dan saya benar-benar lapar," jelas Yizhong. - Agensi

Labels:

Thursday, 14 November 2013

Tip mengurangkan gemuruh ketika temuduga





GEMBIRA dan panik menyerang anda sekaligus, ketika surat panggilan temuduga sampai ke tangan anda.
Seterusnya, anda berfikir, baju apa yang patut dipakai, apa yang perlu dijawab ketika sesi temuduga, bolehkah anda melakukan kerja tersebut, atau bolehkah anda meyakinkan bakal majikan supaya menerima anda?
Jangan bimbang. Kami memberikan beberapa tips untuk mengatasi kebimbangan anda.
Temuduga adalah asas pemilihan pekerja. Anda menghantar borang permohonan, dipanggil untuk sesi temuduga dan sekarang terpulang kepada anda untuk memberikan keyakinan kepada bakal majikan anda.
Jika anda berjaya melepasi temuduga tersebut, bermakna anda akan berjaya melepasi temuduga kedua dan seterusnya sehingga anda diterima bekerja.
Berjaya beroleh panggilan temuduga bererti anda berada di pertengahan jalan dalam usaha mendapatkan kerjaya idaman.
Para penemuduga sebenarnya mengharapkan kejayaan anda kerana mereka benar-benar berharap anda akan mengisi kekosongan di syarikat mereka.
Temuduga bukan suatu penyiasatan seperti polis menyoal pesalah. Berkelakuan seperti orang dewasa, bukan mangsa.
Penemuduga sendiri bukanlah orang yang sempurna. Jika anda melakukan kesilapan, lupakan hal itu dan teruskan langkah.
Untuk berjaya dalam sesi temuduga, anda harus memahami emosi dan keadaan semulajadi. Bagaimana anda mengatasinya sama penting dengan apa yang anda katakan.

Persediaan Mental
*Persediaan adalah kunci kejayaan.
*Pastikan anda tahu apa yang akan ditawarkan kepada majikan.
*Pastikan anda tahu apa yang dikehendaki bakal majikan.
*Dapatkan maklumat mengenai syarikat tersebut.
*Kenalpasti soalan yang bakal ditanya dalam sesi temuduga.
*Siapkan diri sendiri, berfikiran positif, bersemangat, semulajadi dan jujur.
Umumnya dalam sesi temuduga, pemohon akan ditanya soalan yang hampir serupa dan ia akan dinilai berdasarkan kriteria pekerjaan yang dipohon.
Jadi berusahalah untuk memenuhi kriteria yang dikehendaki dan bersedia menjangkakan soalan yang bakal dikemukakan.
Jika anda berhadapan dengan panel penemuduga yang terdiri daripada dua atau lebih penemuduga, jangan panik.
Bersikap tenang dan ini akan memudahkan panel penemuduga berkomunikasi dengan anda.
Jika anda memohon suatu pekerjaan yang bersifat teknikal, anda akan berhadapan dengan soalan-soalan yang juga bersifat sedemikian.
Umpamanya, anda diberikan permasalahan mengenai perkomputeran dan diminta memberikan analisis dan menyelesaikannya.
Jadi, pastikan anda mengingati apa yang telah anda pelajari sebelum itu.
Jika temuduga dibuat melalui telefon, kedua-dua belah tentu tidak dapat melihat satu sama lain.
Suara boleh mempengaruhi banyak perkara, oleh itu amat penting anda `didengari' sebagai seorang yang bersemangat dan berkebolehan.

Perkara yang harus diambil berat dalam temuduga:

1. `First impression' amat penting kepada penemuduga. Berikan senyuman, lihat ke arah mata mereka dan salami mereka dengan yakin.
2. Bantu penemuduga dengan `memandu' mereka melalui `kekuatan' anda.
3. Jika anda ditanyakan soalan yang sukar, jangan terburu-buru menjawab. Berfikir terlebih dahulu.
4. Tidak dapat dinafikan semua orang gementar sebelum dan ketika menghadapi temuduga. Ubat mujarab mengatasinya ialah dengan melakukan persediaan.
5. Penghujung sesi temuduga juga amat penting. Ambil peluang bertanya soalan yang sesuai atau bertanyakan sesuatu yang berkaitan.
6. Memang tidak mudah untuk menduga apa yang bakal berlaku semasa sesuatu sesi temuduga, oleh itu lakukannya dengan penuh keyakinan.

Langkah perlu sebelum menghadiri temuduga

LAKUKAN sedikit kajian mengenai sesuatu syarikat sebelum menghadiri temuduga. Usaha anda akan dapat memberikan gambaran bahawa anda benar-benar berminat mengenai kerjaya atau syarikat tersebut.

Anda perlu mengetahui potensi syarikat yang bakal anda duduki itu supaya ia mempengaruhi diri anda apabila berada di dalamnya.
Anda perlu mengambil tahu jumlah pekerja dan sejarah terdahulu syarikat tersebut supaya anda tidak kelam-kabut mempelajari banyak perkara baru apabila berada di dalamnya.
Pengetahuan anda mengenai syarikat tersebut akan menjadikan majikan kagum dengan keprihatinan dan kesediaan anda.
Selain mengetahui profile syarikat melalui berita semasa, anda boleh juga merisik melalui laman web syarikat terbabit.
Daripada laman web tersebut, anda boleh mendapat banyak maklumat berkaitan.
Anda boleh mendapat gambaran umum mengenai gaya dan penekanan syarikat, cara pemasaran mereka, cara mereka melatih pekerja, juga misi syarikat.
Mulakan usaha anda melalui enjin pencari seperti Yahoo!, Excite, Altavista, Lycos and Virgin.net, www.hoovers.co.uk dan lain-lain.
Bagaimanapun, jika laman-laman web ini gagal membantu, dapatkan maklumat daripada pusat kaunseling universiti anda yang pasti menyimpan banyak maklumat mengenai syarikat yang bersesuaian dengan minat anda.

Kurang pengalaman ketika temuduga
KURANG berpengalaman, keputusan peperiksaan yang tidak meyakinkan atau `miskin' aktiviti kokurikulum yang menjadi asas ketika memohon sesuatu pekerjaan?

Jangan takut, masih ada cara untuk mengatasi kebimbangan tersebut.
i. Pengalaman Kerja
Apa saja pengalaman kerja akan memberikan anda `kemahiran boleh ubah' - anda hanya perlu memberikan tanggapan positif terhadapnya.
Tumpukan kepada pengalaman yang ada dan apa yang anda perolehi daripada pengalaman tersebut.
Umpamanya, jika anda sebagai pentadbir di sebuah syarikat kecil, beri tumpuan kepada pengalaman yang anda raih dalam menguruskan kewangan, kemahiran interpersonal, berurusan dengan pelbagai kerenah pelanggan dan bekerja lebih masa, sebagai pengalaman yang anda dapat.
ii. Pencapaian Akademik
Rangka jawapan yang munasabah, jika anda menduga bakal ditimbulkan persoalan mengenai tahap akademik anda.
Jika memang ada alasan yang benar seperti faktor kesihatan atau krisis keluarga sehingga menyebabkan pencapaian anda terjejas, akuilah hakikat itu.
Jika tidak, jangan nafikan mengenai kegagalan yang tidak dapat dikutip semula itu, tetapi pada masa sama, nyatakan pencapaian atau pengalaman terkini.
Majikan biasanya tidak begitu mementingkan pencapaian akademik jika anda dapat membuktikan kemampuan dalam cara yang lain.

iii. Aktiviti Kokurikulum

Bagaimana anda menghabiskan masa? Jika anda aktif berpersatuan untuk menghabiskan masa lapang di universiti, hal ini boleh dipertimbangkan dalam keategori pengalaman.
Majikan biasanya akan melihat keseimbangan pendedahan sosial dan kemahiran berkomunikasi anda - jadi berikan penumpuan dalam hal ini.
Kursus jangka pendek bagi membaiki kemahiran tertentu seperti komputer atau bahasa akan memberikan gambaran positif pada karakter anda.
Bagaimanapun jika sekadar menghabiskan masa dengan berpoya-poya bersama rakan, anda hanya perlu `berlebih-lebihan' sedikit ketika memberikan gambaran.
Umpamanya jika anda pernah mengendalikan suatu percutian bersama rakan, maka berikan gambaran positif mengenai kemahiran sesuai seperti kemahiran kerja berkumpulan, motivasi, perancangan dan pengurusan masa.

Rancang perjalanan sebelum temuduga
JIKA anda tidak pasti tempat temuduga tersebut, cari tempat tersebut terlebih dulu. Pastikan kedudukan pejabat tersebut. Jangan hanya bergantung kepada alamat yang diberi.
Jika tempat berkenaan berada di luar kawasan anda, rancang perjalanan berhati-hati.
Tempah tiket bas, keretapi atau kapal terbang lebih awal.
Jika tiada kenderaan awam tersebut, sewa teksi dan pastikan pemandunya mengetahui tempat yang ingin anda tuju.
Jika temuduga anda berlangsung di kawasan bandar, ambil tahu mengenai kadar kesesakan lalulintasnya juga.
Pastikan anda sampai 15 minit lebih awal, pastikan berita semasa jika ada kesesakan lalu lintas, banjir, kemalangan atau apa-apa kelewatan yang boleh menjejaskan kehadiran anda di tempat temuduga.
setstats1

Labels:

Tuesday, 3 September 2013

kemalangan di sri cemerlang





Labels:

Tuesday, 9 July 2013

kalendar ramadhan


Labels:

Tuesday, 11 June 2013

the purge- filem bajet rendah

L.A. - Filem seram bajet rendah, The Purge mengungguli carta filem pecah panggung pada hujung minggu lalu di Amerika Utara apabila meraih kutipan tiket sebanyak AS$36.4 juta (RM114 juta), menurut industri perfileman kelmarin.Filem yang dihasilkan dengan kos AS$3 juta (RM9.4 juta) itu dibintangi Ethan Hawke dan Lena Headey sebagai pasangan ibu bapa yang melawan satu pencerobohan rumah apabila perbuatan jenayah menjadi sah di Amerika Syarikat pada masa depan.
The Purge mengenepikan filem sekuel aksi perlumbaan kereta, Fast & Furious 6 di tempat kedua dengan jumlah kutipan AS$19.8 juta (RM61.9 juta) selepas berada di puncak carta minggu lepas.
Berada di tempat ketiga adalah filem komedi, Now You See Me yang memperoleh kutipan tiket sebanyak AS$19.5 juta (RM61 juta). Sementara itu, filem komedi The Internship lakonan Vince Vaughn dan Owen Wilson menduduki tempat keempat apabila berjaya mengaut AS$18.1 juta (RM56.6 juta).
Tempat kelima menjadi milik filem animasi, Epic yang memperoleh jumlah kutipan tiket sebanyak AS$12.1 juta (RM37.9 juta). - AFP



trailer

Labels:

Tuesday, 28 May 2013

bot karam

Sebuah bot ekspres sarat dengan penumpang yang ingin pulang untuk sambutan Hari Gawai, karam di kawasan Jeram Tukok/Jeram Bungan, kira-kira 40 minit perjalanan dari Sibu, hari ini.
Sehingga kini jumlah mangsa belum disahkan dan polis masih berada di tempat kejadian.

Ketika kejadian yang dilapor antara pukul 8.30 dan 9 pagi ini, bot berkenaan dikatakan membawa lebih 100 penumpang yang ingin pulang untuk sambutan Pesta Gawai Dayak hujung minggu ini.

Anggota Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Majlis Daerah Kapit Daniel Levoh ketika dihubungi Bernama berkata 'Bot Ekspres Bakun Mas' itu melepasi Belaga pada pukul 8 pagi.

"Ramai penumpang dilihat duduk di atas bumbung bot itu," katanya sambil memberitahu kapasiti bot itu ialah 67 penumpang.

Sementara itu ketua penerangan Parti Rakyat Sarawak Dannny Bungan berkata polis dan petugas Lembaga Sungai Sarawak perlu ditempatkan di kawasan-kawasan pedalaman seperti Bakun dan Belaga untuk memantau keadaan semasa sambutan sesuatu perayaan besar.

"Terdapat terlalu ramai pekerja dari Kapit dan kawasan-kawasan lain di kawasan Bakun. Apabila tiba cuti panjang orang ramai akan berpusu-pusu untuk pulang ke kampung dengan bot ekspres," katanya.

- Bernama

Labels:

Sunday, 19 May 2013

laman web digodam



RIYADH - Beberapa buah laman web kerajaan Arab Saudi telah digodam.
Antara laman web yang digodam adalah laman web milik Kementerian Dalam Negeri. Laman web tersebut tidak dapat diakses selama sejam pada Rabu minggu lalu selepas menjadi sasaran serangan siber daripada beratus-ratus alamat IP dari beberapa buah negara berbeza.
Pusat Kawalan Informasi Arab Saudi dikatakan telah memulakan inkuiri tentang bagaimana untuk menangani serangan seperti ini dan mengurangkan impaknya ke atas perkhidmatan dalam talian.
Pada Ogos tahun lalu, syarikat gergasi minyak Arab Saudi, Aramco turut menjadi sasaran serangan siber yang bertujuan mengganggu proses pengeluaran minyaknya. - AFP




Labels:

Thursday, 25 April 2013

harga minyak petrol indonesia meningkat



JAKARTA - Pemerintah Indonesia mengambil risiko kehilangan populariti menjelang pilihan raya 2014 berikutan rancangannya mahu mengurangkan subsidi minyak di negara berkenaan.
Sebelum ini pakar-pakar ekonomi bimbang subsidi harga minyak yang menelan lebih 16 peratus bajet negara akan menjejaskan ekonomi Indonesia.
Rancangan untuk menaikkan harga petrol dan diesel itu adalah yang pertama sejak lima tahun lalu.
Menteri Tenaga, Jero Wacik mengumumkan seminggu lalu bahawa pelan tersebut akan menyaksikan harga petrol untuk kereta persendirian meningkat lebih 40 peratus.

Harga petrol di Indonesia ketika ini kekal pada 4,500 rupiah (RM1.40) seliter atau separuh daripada harga pasaran semasa sekali gus antara yang termurah di Asia. Di bawah pelan baharu tersebut, harga petrol untuk kereta persendirian dijangka naik sekitar 6,500 rupiah (RM2.03) seliter.
Pemerintah Indonesia berharap dapat mengekang kemarahan rakyat dengan mengekalkan subsidi penuh petrol dan diesel untuk motosikal serta pengangkutan awam.
Namun, rancangan itu telah membangkitkan rasa tidak senang dalam kalangan 240 juta rakyat di negara itu.

Subsidi minyak menjadi masalah kepada banyak negara di Asia termasuk India dan Malaysia yang berdepan tekanan untuk mengekalkan subsidi yang tinggi di sebalik kenaikan harga minyak global.
Harga minyak mentah bagi penghantaran Jun 2013 jatuh 1 sen AS$89.18 (RM272.17) setong di Bursa Mercantile New York manakala di bursa hadapan ICE, London, minyak mentah Brent meningkat 62 sen untuk diniagakan pada harga AS$100.93 (RM308.03) setong. - Agensi

Labels:

Monday, 15 April 2013

berlari dengan kasut tinggi

JAKARTA - Kira-kira 170 orang wanita menyertai pertandingan berlari dengan memakai kasut tinggi. Pertandingan itu diadakan bagi meraikan Hari Kartini.
Nama sebenarnya ialah Raden Ajeng Kartini merupakan pejuang emansipasi wanita di negara ini yang dilahirkan pada 21 April 1879.
Pada pertandingan itu, sebahagian besar penonton terhibur dengan pelbagai gelagat para peserta yang mencuit hati ketika berlari sejauh 100 meter. - Agensi

Labels:

Sunday, 17 March 2013

pengganas sulu ditemui

LAHAD DATU - Barangan peribadi milik kumpulan pengganas Sulu yang ditemui sepanjang hampir dua minggu Ops Daulat dijalankan. Dua laras senapang jenis M1 Garand, enam bilah parang panjang dan lima helai seluar dalam berwarna putih telah ditemui
Turut ditemui dua kad perakuan tentera milik pemerintah pengganas Sulu di Sabah, Komander Musa yang masing-masing menggunakan nama Habib Musa A. Abdullah dan Gen. Musa A. Abdullah.
Pada kedua-dua kad itu tertera jawatan Musa sebagai Naib Ketua Staf Tentera Diraja Sulu yang berpangkalan di Tawi-Tawi, Filipina.
Kesemua barangan itu termasuk berpuluh-puluh pakaian celoreng pelbagai warna, but perang dan beg sandang ditemui di beberapa lokasi persembunyian kumpulan pengganas yang mati ditembak di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu dekat sini.
Komander Musa disahkan mati ditembak dalam pertempuran di Tanjung Batu yang turut mengorbankan 30 lagi pengganas lain pada 7 Mac lalu

Labels:

Saturday, 2 March 2013

perang lahad datu

LAHAD DATU 1 Mac - Selepas hampir tiga minggu kerajaan membuka pintu rundingan kepada kumpulan bersenjata yang mendakwa Tentera Diraja Kesultanan Sulu, penceroboh itu hari ini memulakan serangan dengan menembak mati dua anggota komando polis dan menyebabkan tiga lagi cedera.
Dua anggota  yang terkorban ialah Inspektor Zulkifli Mamat dan Koperal Sabarudin Daud manakala mangsa yang cedera pula ialah Koperal Mohd. Tarmizi Hashim (tangan dan kaki), Koperal Azman Ampong (paha dan punggung) serta Konstabel Mohamad Qaiyum'aiqal Zolkifli (bahu kanan dan kedua-dua belah kaki).
Pertempuran meletus pada pukul 10 pagi apabila pasukan keselamatan negara yang bersiap melancarkan operasi menangkap anggota kumpulan penceroboh diserang ketika berada berdekatan sebuah surau lama di Kampung Tanduo menyebabkan mereka terpaksa melakukan serangan balas untuk mempertahankan diri.
Kejadian berbalas tembakan itu berlaku selama setengah jam dan membunuh 12 anggota kumpulan Tentera Diraja Kesultanan Sulu, seorang cedera dan 10 lagi menyerah diri.
Walaubagaimanapun, baki anggota penceroboh lain berpecah sebelum melarikan diri ke dalam ladang kelapa sawit berdekatan.

Namun, tiada sebarang pengesahan dibuat pihak keselamatan negara mengenai perkembangan terbaharu itu.
Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib dalam sidang akhbar tergempar di Felda Sahabat, dekat sini berkata, pasukan penceroboh terlebih dahulu melepaskan tembakan setelah terserempak dengan anggota pasukan keselamatan negara yang memasuki kawasan tersebut bagi memperketatkan kepungan.
Katanya, sebaik pertempuran berhenti pasukan keselamatan diketuai VAT 69 dan dibantu Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya merampas dua laras raifal M-16, dua laras raifal semi auto, dua pucuk pistol, peluru pelancar roket (dipercayai dari jenis RPG), kelopak peluru serta beberapa beg pakaian milik anggota penceroboh.
"Apabila mereka terlebih dahulu melepaskan tembakan, pasukan keselamatan negara terpaksa membalas balik untuk mempertahankan diri. Pertempuran tersebut yang mengambil masa antara 20 hingga 30 minit menyebabkan dua daripada anggota keselamatan negara meninggal dunia, manakala tiga lagi cedera.
"Kesemua anggota keselamatan kita yang cedera dan terbunuh akibat terkena tembakan tersebut berjaya dikeluarkan, tetapi mayat 12 anggota kumpulan penceroboh yang terbunuh masih berada di kawasan Kampung Tanduo," katanya sambil menegaskan pertempuran itu bukan bermakna operasi tersebut telah berakhir.


Labels:

rumah keranda

TOKYO 1 Mac - Kebanyakan ekspatriat muda Jepun di sini didapati memilih untuk tinggal di rumah pangsapuri yang mempunyai keluasan seperti 'keranda'. Bandar raya Tokyo yang merupakan satu daripada bandar raya paling sesak di dunia dipercayai menyumbang kepada perkara itu.
Pendedahan itu dibuat oleh sebuah stesen televisyen tempatan yang mengadakan program di satu daripada kediaman penyewa berkenaan di daerah, Shibuya.
Menariknya, tuan rumah mengenakan sewa sebanyak 400 pound (RM1,874) sebulan kepada penyewa pangsapuri 'keranda' yang digelar masyarakat Jepun sebagai 'geki-sema' atau rumah kongsi.
Pangsapuri yang lebih menyerupai bentuk sebuah almari itu disusun di atas satu sama lain dengan setiap bilik hanya memuatkan seorang penghuni. Namun rumah kongsi yang hanya boleh memuatkan barang peribadi penyewa dilihat akan mendatangkan kesulitan kepada mereka yang mempunyai ketinggian 1.8 meter untuk meregangkan kaki mereka.
Kebanyakan pangsapuri itu disewa oleh golongan profesional muda yang meluangkan kebanyakan daripada masa mereka dengan bekerja dan berada di luar dan menjadikan tempat tersebut hanya untuk tidur semata-mata. - AGENSI



Labels:

Tuesday, 19 February 2013

gempa 2013

WELLINGTON 19 Feb. - Satu gempa kuat berukuran 6.1 skala Richter menggegarkan kawasan Kepulauan Kermadec, New Zealand awal pagi semalam.
Gempa tersebut dikesan pada pukul 12.19 pagi waktu tempatan (8.19 malam waktu Malaysia semalam) pada kedalaman 34 kilometer, kira-kira 161 kilometer di selatan Pulau Raoul di Kermadecs yang tidak berpenghuni. Tiada amaran tsunami dikeluarkan susulan gempa tersebut.


Labels:

Friday, 15 February 2013

Pesawat terhempas


Ukraine - Lima orang mati dan 12 lagi cedera kelmarin selepas sebuah pesawat penumpang terhempas dan terbalik semasa membuat pendaratan cemas dalam cuaca berkabus tebal dekat bandar Donetsk, menurut beberapa pegawai pentadbiran.
Sebahagian daripada badan pesawat itu turut terputus.
Pesawat Antonov An-24 buatan Rusia itu sebelum ini berlepas dari bandar Odessa dengan membawa 45 orang.Punca nahas masih belum diketahui.
Ia mendarat 700 meter dari landasan sebuah lapangan terbang.
Pesawat berkenaan dikendalikan oleh syarikat Southern Airlines. - Agensi.






Labels:

Tuesday, 5 February 2013

Psy datang Malaysia



TAIPEI - Kedatangan Tahun Ular berdasarkan kalendar Cina yang akan disambut pada 10 Februari ini akan meningkatkan kekayaan penyanyi rap Korea Selatan yang terkenal dengan tarian kuda, Psy.
Bagaimanapun, dia perlu meninggalkan tanah airnya untuk 'membuat wang' dan mungkin berdepan dengan kepenatan.
Seorang ahli nujum, Chan Wei-chung berkata, Psy yang lahir pada tahun 1977 yang juga Tahun Ular dipercayai akan memperoleh lebih banyak wang pada tahun ini jika dia terus mengembara ke serata dunia walaupun penyanyi berkenaan turut berdepan beberapa cabaran.Tahun Ular jatuh pada 1929, 1941, 1953, 1965, 1977, 1989 dan 2001.Psy akan membuat persembahahan di Malaysia sempena sambutan Tahun Baru Cina - Agensi


Labels:

Saturday, 26 January 2013

lalat di dahi



WASHINGTON - Seekor lalat menganggu Presiden Amerika Syarikat (AS, Barack Obama yang sedang berucap di dalam sebuah bilik di White House di sini kelmarin. Lalat tersebut berterbangan dekat Obama dan hinggap di dahinya buat seketika.
Ketika kejadian, Obama sedang berucap bagi mengumumkan bekas peguam, Mary Jo White sebagai calon yang akan mengetuai Suruhanjaya Sekuriti dan Perdagangan.

lalat  hinggap di dahi Obama.


Dalam ucapannya itu, beliau turut mengumumkan Richard Cordray sebagai calon yang bakal mengekalkan jawatan sebagai Pengarah Biro Perlindungan Kewangan Pengguna.
Presiden AS itu juga cuba menghalau lalat tersebut daripada mendekatinya.
Bagaimanapun, Obama turut membuat komen tentang lalat itu.
"'Orang ini' (lalat) mengganggu saya di sini," katanya.
Pada tahun 2009, Presiden AS itu pernah membunuh seekor lalat yang sedang terbang semasa beliau menghadiri rakaman temu ramah televisyen.
Sebuah kumpulan pembela hak asasi haiwan kemudian membantah perbuatan Obama yang membunuh lalat tersebut. - Agensi

Labels:

Tuesday, 22 January 2013

filem mama

LOS ANGELES - Filem seram berjudul Mama mengungguli carta pecah panggung di Amerika Utara hujung minggu lalu. Ia berjaya memperoleh kutipan tiket sebanyak AS$28.1 juta (RM83.2 juta) pada minggu pertama tayangannya.
Filem yang mengisahkan dua kanak-kanak diselamatkan selepas hilang di dalam hutan apabila ibu bapa mereka mati berjaya mengenepikan filem pembunuhan Osama bin Laden, Zero Dark Thirty.
Menurut Exhibitor Relations, Zero Dark Thirty mengutip AS$17.6 juta (RM52.1 juta) pada minggu kedua tayangan.
Berada di tempat ketiga ialah filem komedi romantik, Silver Linings Playbook lakonan aktres Jennifer Lawrence yang mengaut kutipan berjumlah AS$11.4 (RM33.8 juta).
Filem Gangster Squad dan filem Broken City pula masing-masing berada di tempat keempat dan kelima dengan memperoleh kutipan tiket AS$9.1 juta (RM26.9 juta) dan AS$9.0 juta (RM26.6 juta).
Ia diikuti oleh filem komedi A Haunted House dan filem arahan Quentin Tarantino, Django Unchained yang memperoleh kutipan sebanyak AS$8.3 juta (RM24.6 juta) dan AS$8.2 juta (RM24.3 juta).
Filem muzikal Les Miserables pula berada di tangga kelapan, mengaut AS$7.8 juta (RM23.1 juta), mengenepikan filem The Hobbit: An Unexpected Journey, AS$6.5 juta (RM19.2 juta).
Penampilan aktor Arnold Schwarzenegger dalam filem terbaharunya, The Last Stand  berada di tempat ke-10 dengan kutipan AS$6.3 juta (RM18.7 juta) pada tayangan sulungnya hujung minggu lepas. - AFP




Labels:

Monday, 31 December 2012

selamat tahun baru






selamat tahun baru 2013. peace 

_░▒███████
░██▓▒░░▒▓██
██▓▒░__░▒▓██___██████
██▓▒░____░▓███▓__░▒▓██
██▓▒░___░▓██▓_____░▒▓██
██▓▒░_______________░▒▓██
_██▓▒░______________░▒▓██
__██▓▒░____________░▒▓██
___██▓▒░__________░▒▓██
____██▓▒░________░▒▓██
_____██▓▒░_____░▒▓██
______██▓▒░__░▒▓██
_______█▓▒░░▒▓██
_________░▒▓██
_______░▒▓██
_____░▒▓██

–▀██▀─▄███▄─▀██─██▀██▀▀▀█─
──██─███─███─██─██─██▄█───
──██─▀██▄██▀─▀█▄█▀─██▀█───
─▄██▄▄█▀▀▀─────▀──▄██▄▄▄█


Labels: