Saturday 9 March 2013

hukuman buat TMJ


Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bangkit memberi hujah selepas mengenakan hukuman gantung enam bulan dan denda RM18,000 ke atas Tunku Ismail Sultan Ibrahim buat memadam tanggapan wujud elemen ‘double-standard’ dalam membuat keputusan muktamad.

Hukuman ringan ke atas presiden Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) itu menimbulkan pelbagai persoalan di kalangan pengkritik dan peminat bola sepak tempatan yang membandingkan tempoh penggantungan dua setengah tahun dijatuhkan ke atas dua tokoh sebelum ini - Tan Sri Annuar Musa (Kelantan) dan Datuk Seri Shahidan Kassim (Perlis).
Namun, buat meleraikan perdebatan itu, Pengerusi Jawatankuasa Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufik Abdul Razak menerangkan betapa ia satu situasi berbeza memandangkan Tunku Ismail hanya seorang presiden kepada ahli gabungan dan tidak menjawat jawatan dalam badan induk.


“Kami mendapati Tan Sri Annuar juga adalah timbalan presiden FAM... dia orang kanan FAM tetapi dia membuat kritikan, tentu hukuman dia tinggi dan perkara ini sama juga dengan kes Shahidan.

“Tunku Ismail tidak sampai enam bulan memegang jawatan presiden PBNJ dan tidak ada sebarang kaitan (jawatan) dengan FAM,” katanya yang tidak mengulas lanjut perbezaan isu berkenaan.




Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home