MALAYSIA 24/7
blog untuk rakyat
Friday, 26 April 2013
Thursday, 25 April 2013
kemalangan di pasir pekan
Wakaf Bharu: Satu kemalangan telah berlaku di cabang bulatan (roundbout) pasir pekan pada 24 April 2013. Kejadian ini berlaku pada waktu pagi. Jalan menjadi sibuk disebabkan kemalangan itu. Polis telah bergegas sebaik sahaja mengetahui kemalangan telah berlaku.
.
Labels: umum
bypass web yang kena block
Kali ini akan dikupas tentang cara bypass web yang kena block.
- Mula-mula, buka google translate http://translate.google.com/.
- Kemudian masukkan alamat laman web pada field terjemahan, tukar bahasa kepada malay dan terus tekan enter.
- Dan dengan automatiknya, laman web yang mulanya tidak boleh di akses akhirnya dapat di akses.
Trick yang kedua;
- Untuk trick yang kedua, download program yang dikenali sebagai ultrasuft http://www.ultrareach.com/ (1MB).
- Extract fail, kemudian run fail .exe nya, dan paparan berikut akan keluar.
- Sekarang buka http://www.yahoo.com/ atau http://www.google.com/, cuba buka alamat laman web yang telah disekat,
- Dan hasilnya, anda berjaya melayari laman web tersebut walaupun telah disekat oleh MCMC.
Selamat mencuba. Kalau ada cara lain mohon share
Labels: mahir IT
kelantan kalah besar
kelantan kalah 1-6 pada perlawanan afc cup 2013. Apa sudah jadi dengan pasukan kelantan?
Labels: sukan
harga minyak petrol indonesia meningkat
JAKARTA - Pemerintah Indonesia mengambil risiko kehilangan populariti menjelang pilihan raya 2014 berikutan rancangannya mahu mengurangkan subsidi minyak di negara berkenaan.
Sebelum ini pakar-pakar ekonomi bimbang subsidi harga minyak yang menelan lebih 16 peratus bajet negara akan menjejaskan ekonomi Indonesia.
Rancangan untuk menaikkan harga petrol dan diesel itu adalah yang pertama sejak lima tahun lalu.
Menteri Tenaga, Jero Wacik mengumumkan seminggu lalu bahawa pelan tersebut akan menyaksikan harga petrol untuk kereta persendirian meningkat lebih 40 peratus.
Harga petrol di Indonesia ketika ini kekal pada 4,500 rupiah (RM1.40) seliter atau separuh daripada harga pasaran semasa sekali gus antara yang termurah di Asia. Di bawah pelan baharu tersebut, harga petrol untuk kereta persendirian dijangka naik sekitar 6,500 rupiah (RM2.03) seliter.
Pemerintah Indonesia berharap dapat mengekang kemarahan rakyat dengan mengekalkan subsidi penuh petrol dan diesel untuk motosikal serta pengangkutan awam.
Namun, rancangan itu telah membangkitkan rasa tidak senang dalam kalangan 240 juta rakyat di negara itu.
Subsidi minyak menjadi masalah kepada banyak negara di Asia termasuk India dan Malaysia yang berdepan tekanan untuk mengekalkan subsidi yang tinggi di sebalik kenaikan harga minyak global.
Harga minyak mentah bagi penghantaran Jun 2013 jatuh 1 sen AS$89.18 (RM272.17) setong di Bursa Mercantile New York manakala di bursa hadapan ICE, London, minyak mentah Brent meningkat 62 sen untuk diniagakan pada harga AS$100.93 (RM308.03) setong. - Agensi
Labels: dunia
Monday, 15 April 2013
cara-cara membeli syit piawai
Berikut merupakan cara untuk membeli carian/cp. Pergi ke jabatan ukur dan pemetaan (jupem) di kawasan berdekatan dengan anda. Dapatkan borang (seperti contoh di bawah) dan isi borang. masukkan maklumat tertentu seperti nama, alamat. Sila tulis nombor lot, mukim, syit piawai yang dikehendaki. Semoga dapat membantu anda semua. ...tq
Labels: umum
berlari dengan kasut tinggi
JAKARTA - Kira-kira 170 orang wanita menyertai pertandingan berlari dengan memakai kasut tinggi. Pertandingan itu diadakan bagi meraikan Hari Kartini.
Nama sebenarnya ialah Raden Ajeng Kartini merupakan pejuang emansipasi wanita di negara ini yang dilahirkan pada 21 April 1879.
Pada pertandingan itu, sebahagian besar penonton terhibur dengan pelbagai gelagat para peserta yang mencuit hati ketika berlari sejauh 100 meter. - Agensi
Labels: dunia
wali band - dik
video dik dalam kualiti HD - sumber youtube
sayangi kekasih/ibu-bapa/adik-beradik/kawan-kawan anda
Labels: hiburan
perang bendera
Parlimen telah dibubar. tarikh pengundian hampir tiba. Kehangatan makin terasa. Mungkin pengundian kali ini merupakan antara yang paling sengit dalam sejarah pilihanraya Malaysia. Ayuh rakyat Malaysia jadilah sebahagian daripada sejarah ini dengan buang undi pada 5 mei 2013.
Labels: negara
Tuesday, 9 April 2013
Friday, 5 April 2013
Wednesday, 3 April 2013
larian kitar semula
Program ini telah berjaya memahatkan nama Perbadanan di
dalam Malaysia
Book Of Records for the Largest Simultaneous Participation In a Run To Promote
Recycled Campaign. Penyertaan bagi program ini telah mencatatkan seramai 17,552
orang peserta di 9 lokasi di seluruh ibu pejabat negeri Perbadanan. Melalui
program ini, Perbadanan telah berjaya mengumpulkan 12,884.97kg barangan kitar
semula dengan nilai sebanyak RM3,418.00.
Diharapkan masyarakat akan lebih meningkatkan kesedaran
kitar semula demi kesejahteraan kehidupan di Malaysiapada masa akan datang. Larian Jom! Kitar Semula 2013 akan diadakan pada 15 jun 2013. jom sertai. Akan diadakan cabutan bertuah
Labels: negara
Tuesday, 2 April 2013
seksaan neraka
Rasulullah S.A.W bersabda:
"Sesungguhnya seringan-ringan siksaan penghuni neraka pada hari Qiamat ialah seseorang yang diletakkan di bawah dua telapak kakinya bara api neraka sehingga mendidih otak yang ada dikepalanya. (dari sebab panasnya bara api neraka tersebut) Dia mengira bahawa tidak ada orang lain yang lebih dasyat siksaan daripadanya, padahal dialah orang yang paling ringan siksaannya".
- Hadith Riwayat Bukhari & Muslim
Labels: tazkirah
piala afc 2013
saksikan kelantan vs SHB Da Nang
pukul 8.30 sepak mula
live di ssmiv dan tv9 dekat di hati dan fox sport
ayuh beri sokongan pada pasukan kesayangan anda.
Labels: sukan
stesen minyak
kenali pasir pekan. Di pasir pekan ada banyak stesen minyak. Jadi bolehlah anda mengisi minyak. caltex, petronas, esso dan shell. Pilihlah stesen yangv anda suka
Labels: umum