Jangan Ambil Panadol Actifast Atau Soluble Lagi!
Jangan Ambil Panadol Actifast Atau Soluble Lagi! - Mengapa tidak boleh ambil
Panadol Actifast atau Soluble lagi? Ini adalah satu kisah dan kajian yang
dilakukan, ikuti lanjut informasi ini di bawah.
UNTUK PENGETAHUAN,
Ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang
mengalaminya :
"Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di
sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk
pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya,
apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol
atau Paracetamol. . Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina
atau mencari altenatif lain.
Ini
kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita . Ia merosakkan organ hati . Menurut
doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya
5 tahun . Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu
banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang
masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani
rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.
Alternative Treatment ( Tips )
Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala
disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak .
Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan
membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman
pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.
Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan
mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang
mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.
Panadol adalah sejenis "pain killer",
semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada
anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.
Kita
semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita,
mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi
dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan.
Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau
Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan
memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat
yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi
dadah yang kuat seperti morfin?
Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah
memasukkan ubat yang "biasa" ini ke dalam mulut anda. -
Labels: umum