Wednesday, 1 January 2014

fight back to school





sempena sekolah 2014. selamat menonton





Labels:

jenis darah



Jenis darah selain boleh menjadi panduan utk menentukan diet yg sesuai, ternyata boleh juga meneropong watak dan keperibadian seseorg. Hasil kajian yg dilakukan di Jepun terhdp beberapa jenis darah, ada beberapa keperibadian tertentu yg dikatakan sesuai dgn jenis darah org yg berkaitan. You all boleh lihat sendiri apakah antara anda SUAMi ISTERi mempunyai keserasian dan sifat-sifat tertentu berdasarkan penelitian dibawah ini:

KUMPULAN DARAH 'O'
Ini adalah jenis pemimpin. Saat melihat sesuatu yg diinginkan, org dgn kumpulan darah ini akan berusaha mencapainya. Anda juga termasuk trend-sitter, setia, punya daya juang tinggi dan percaya diri yg kukuh. Kelemahan anda adalah mudah cemburu, agak sombong dan cenderung amat kompetetif. Betul tak????

KUMPULAN DARAH 'A'
Anda suka keselarasan, kedamaian dan organisasi. Boleh bekerjasama dgn baik dgn org lain, peka, sabar dan penuh perhatian. Namun kelemahan anda adalah tidak boleh melakukan sesuatu dgn santai dan cenderung keras kepala..

KUMPULAN DARAH 'B'
Anda punya tabiat keras dan individualis, suka terus-terang tanpa memikirkan org lain dan melakukan segala sesuatu dgn cara sendiri. Namun anda juga kreatif & fleksibel & boleh beradaptasi dgn mudah terhadap situasi. Namun kelemahan yg anda miliki adalah cenderung terlalu mandiri, yg boleh merugikan..

KUMPULAN DARAH 'AB'
Dingin dan terkawal, makanya tak menghairankan teman menjadikan anda sebagai tpt berkongsi cerita, terutama urusan perasaan dan hati. Anda dilahirkan utk menghibur org lain secara semulajadi. Namun sayangnya anda cenderung moody dan sukar membuat keputusan, kadang-kadang boleh menyakiti hati orang lain.

CUBA SESUAIKAN DENGAN DIRI ANDA DAN PASANGAN. BETUL ATAU TIDAK???

Labels:

calendar 2014

kelendar tahun 2014. download dan print. tampal di tempat yang anda suka.


Labels:

jersi kelantan

jersi kelantan dari tahun 2008 - 2013


Labels:

manis muka

Di antara sifat-sifat yang boleh membukakan hati orang ramai kepada pendakwah dan menjadikannya dapat diterima dan dimesrai ialah sifat manis muka dan manis tutur kata

Muka adalah menjadi petunjuk pada seorang pendakwah, menjadi cermin yang melantunkan apa yang tersemat dalam lubuk hatinya. Kiranya beliau bermasam muka, keadaan itu menunjukkan beliau seorang yang sempit dada dan mudah keluh-kesah tetapi kiranya beliau seorang yang sentiasa bermuka manis, keadaan ini akan membayangkan kebaikan
Wajah yang manis bukanlah bererti kecantikan dan keindahan paras rupa, kerana boleh jadi paras rupa cantik tapi tidak terdapat padanya kemanisan. Sebaliknya boleh jadi paras wajah yang hodoh tetapi ia penuh dengan kemesraan dan keriangan

Seorang pendakwah mestilah membiasakan diri berwajah cerah sekalipun beliau terpaksa melatih dirinya berbuat demikian. Beliau juga mestilah membiasakan dirinya sentiasa tersenyum walaubagaimanapun keadaannya yang menderita dan menekan.
Kejayaan seorang pendakwah tersembunyi pada kemampuannya menyesuaikan diri dan menguasainya, bukan sebaliknya. Beliau juga mestilah mampu mengawal dirinya pada semua keadaan yang dilaluinya. Beliau mestilah bijak memilih perkataan supaya sesuai dengan tempatnya
Saya kenal sesetengah para pendakwah yang keluar menghadapi orang ramai dengan senyum yang melimpah di muka mereka sedangkan di dalam hati mereka merendam dukacita dan permasalahan yang Allah sahajalah yang mengetahuinya

Saya juga mengenal para duat lain yang tidak mampu menguasai diri mereka berdepan dengan masalah yang kecil, anda dapat melihat kesannya dengan jelas pada wajah mereka juga melalui tindak-tanduk mereka, pada waktu itu anda merasakan seolah-olah andalah yang telah melakukan kesalahan terhadap mereka

Saya dengar seorang pendakwah yang sering memberikan ucapan di hadapan orang ramai di kampung-kampung di Mesir, beliau telah meninggalkan anaknya di Kaherah dalam keadaan sakit tenat. Sedang beliau berucap salah seorang dari keluarganya telah masuk ke dalam dewan syarahan dan menghampiri pentas dan menyerahkan secebis kertas, setelah beliau membacanya beliau lalu meneruskan ucapannya seperti biasa dan dengan para hadirin tidak dapat melihat sebarang kesan. Setelah beliau selesai dari ucapannya beliau terus menjawab berbagai soalan dengan jiwa yang lapang dan dada yang luas. Kemudian orang ramai terkejut apabila mereka mengetahui bahawa cebisan kertas yang diberikan kepadanya tadi membawa berita tentang kematian anaknya yang sakit tenat itu

Labels: