RAHSIA KEKUATAN DAN KELEMAHAN UMAT ISLAM DI TANGAN MUSUH
Musuh-musuh Islam terutama Yahudi tahu rahsia di
mana kekuatan umat Islam dan di mana kelemahannya. Mereka usahakan untuk
mengambil tahu supaya di mana kekuatan itu yang hendak dilemahkan dan juga
supaya kelemahan umat Islam itu terus dilemahkan. Sepatutnya rahsia ini
cendikiawan Islam yang faham, tetapi mereka nampaknya sudah tidak faham di mana
kekuatan umat Islam dan di mana kelemahan mereka. Oleh kerana cendikiawan Islam
sudah tidak tahu lagi rahsia kekuatan dan kelemahan umat Islam, bolehlah kita
katakan mereka-mereka yang dikatakan arif dengan ilmu Islam sudah tak boleh
jadi pemimpin kepada umat Islam, dengan demikian terdedahlah umat Islam kepada
bahaya,kepada musuh Islam terutama Yahudi.
Bagaimana orang Yahudi melemahkan umat
Islam?
Di
antaranya sebahagiannya kita sebutkan di sini untuk difaham.
Yang pertama :
Orang-orang Yahudi menggalakkan maksiat, dengan
digalakkan pergaulan bebas di dalam pelbagai saluran,di dalam pendidikan, di
dalam kebudayaan, di dalam ekonomi, supaya keturunan umat Islam terdedah kepada
penzinaan, supaya keturunan umat Islam rosak. Bila keturunan umat Islam
rosak,hidayah Tuhan tidak dapat. Setidak-tidaknya kalau umat Islam sudah asyik
berhiburan, mereka akan lalai dengan tanggungjawabnya kepada Tuhan, seperti
cuai sembahyang, seperti tidak
memikirkan halal dan haram. Keturunan yang lalai itulah akan menikah kahwin
melahirkan generasi, sambung menyambung yang akan datang dan melahirkan
Generasi yang tidak dipimpin oleh Tuhan,maka akhirnya mereka hidup di dalam
kelemahan.
Yang Kedua:
Begitu juga mereka orang-orang Yahudi
mengeluarkan produk-produk makanan dan minuman.Di dalam makanan dan minuman itu
dimasukkan unsur-unsur sihir, serta makan minum yang tidak halal supaya jiwa
umat Islam yang sudah rosak tak dapat pimpinan Tuhan, hiduplah mereka sebagai
haiwan. Kalau mereka hidup macam haiwan,senanglah mereka mengkotak-katikkan
umat Islam. Maka sambung menyambung jugalah generasi umat Islam di dalam
kelemahan.
Yang Ketiga:
Begitu juga orang Yahudi merosakkan fikiran umat
Islam melalui pendidikan, filem-filem serta bahan-bahan bacaan atau kebudayaan
atau melalui ideologi, supaya merosakkan fikiran dan jiwa umat Islam.Kemudian
umat Islam itu tak boleh dididik dan disedarkan dan di dalam keadaan itu umat
Islam tidak akan kembali kepada Tuhan, dan tidak akan bersatu dan berkasih
sayang sesama umat Islam. Kalau mereka berjuang pun tidak mengikut yang
dikehendaki oleh Tuhan.
Bila mereka berjuang tidak seperti yang dikehendaki oleh Tuhan, bantuan Tuhan tak datang,tinggallah mereka di dalam kelemahan.
Bila mereka berjuang tidak seperti yang dikehendaki oleh Tuhan, bantuan Tuhan tak datang,tinggallah mereka di dalam kelemahan.
Di waktu itu orang Yahudi mengkotak-katikkan
umat Islam yang di dalam kelemahan. Umat Islam hari ini adalah seperti yang
kita gambarkan tetapi mereka yang bertanggujawab dalam Islam masih tidak sedar
juga di mana titik tolak umat Islam ini hendak diberi kekuatan. Mereka masih
tercari-cari, masih terjebak dengan ideologi dan fikiran sekular tajaan Yahudi.
Kalau Tuhan tidak menunjukkan seorang pemimpin untuk memimpin umat Islam,maka
di masa yang akan datang umat Islam di seluruh dunia akan lebih lagi malang.
Bila umat Islam lalai dengan Tuhan, lahirlah
golongan-golongan, yang masing-masing ada watak dan sikap bersendirian.
Akibatnya satu golongan dengan satu golongan yang lain tidak dapat disatukan
dan di dalam keadaan itu musuh-musuh Islam mengambil peluang. Mereka
mengkotak-katikkan umat Islam yang tidak boleh disatukan, maka akhirnya umat
Islam termasuk di dalam perangkap musuh. Akhirnya kehinaan pun datang, kehinaan
itu berpanjangan dari satu generasi ke satu generasi sambung
menyambung.Walaupun ramai umat Islam di dalam kelemahan macam buih-buih di
lautan,watak setiap golongan itu seperti berikut yang akan diceritakan. Di
antaranya:
Kalau dia orang politik,jatuh menjatuhkan di
antara mereka, fikirannya, kuasa dan jawatan. Mudah untuk mendapat musuh,
tetapi mudah juga untuk mendapat kawan. Mudah untuk musuh jadi kawan, dan
begitu juga sebaliknya amat mudah kawan menjadi musuh. Keadaan itu jadi budaya
di dalam kehidupan.
Kalau golongan ekonomi fikirannya mencari
keuntungan dan kekayaan, sekalipun orang lain mendapat kesusahan dan penindasan
asalkan apa yang penting dapat diperolehi iaitu wang dan kekayaan.
Kalau golongan pendidikan berbangga dengan
ilmu pula, dengan ilmunya untuk mendapat jawatan supaya hidup lumayan. Kemudian
megah pun datang dan hidup nafsi-nafsi menjadi budaya, masing-masing hidup cara
sendiri.
Kalau golongan artis dan budayawan kerana
mencari makan membuatlah filem-filem walaupun hasil dari filem-filem itu hanya
merosakan orang ramai. Yang penting ialah mereka menjadi popular dan dapat
glamour, dapat duit senang makan. Senang dapat rumah besar dan kenderaan mewah,
walaupun kegiatan mereka itu merosakkan sehingga akhlak orang ramai bercanggah
dengan syariat Islam.
Kalau golongan buruh pula mereka asyik fikirkan
kenaikan gaji.Kalau menuntut dengan majikan mereka sanggup demonstrasi kerana
kenaikan gaji, tidak fikir zaman inflasi. Yang penting majikan naikkan gaji.
Kalau orang-orang agama pula mereka asyik sibuk
dengan motivasi dan dakwah, bukan kerana Allah tetapi hendak hidup mewah. Orang
biasa menyangka mereka berjuang untuk fisabilillah, tetapi yang sebenarnya
mereka berjuang untuk hidup mewah.
Begitu jugalah golongan-golongan lain yang kita
tidak sebutkan, mereka masing-masing ada watak dan gaya hidup yang
bersendirian. Kita boleh carilah sendiri tidak payahlah diberitahu disini, kita
akan tahu sendiri.
Begitulah umat Islam sudah tak fikirkan
Tuhan,watak dan sikap tidak boleh disatukan. Masing-masing golongan ada watak
dan hidupnya yang tersendiri. Itulah yang berlaku kepada umat Islam di hari ini
dan hendak dibetulkan semula semua ini kita memerlukan seorang pemimpin yang
ada wibawa,yang boleh menyatukan semua golongan itu.
Kita berdoalah agar Tuhan cepat tunjukkan
seorang pemimpin yang ditunjuk oleh Tuhan, untuk memimpin umat Islam dan
mendapat bantuan Tuhan untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku di kalangan
umat Islam, supaya kehinaan itu tidak berpanjangan.
Labels: tazkirah