ANAK rusa Eld yang dibiak menerusi kaedah tabung uji di Zoo Terbuka Khao Kheow, Thailand semalam.-Reuters
BANGKOK - Sekumpulan pakar veterinar daripada Pertubuhan Taman Zoologi Thailand mengumumkan kejayaan membiakkan anak rusa spesies Eld menerusi kaedah tabung uji.
Menurut mereka, ia merupakan anak rusa Eld pertama yang lahir ke dunia menggunakan kaedah berkenaan.
Spesies rusa Eld diisytiharkan pupus di rimba seluruh dunia dengan cuma 38 ekor mamalia itu berada di pusat-pusat pemuliharaan di seluruh dunia.
Anak rusa tabung uji itu dilahirkan di Zoo Terbuka Khao Kheow, wilayah Chonburi pada 17 Oktober lalu. - Reuters
Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam serta merupakan hari pertama dan tahun baru bagi Takwim Hijrah.
Di Malaysia hari tersebut merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia.
Jadi selamat bercuti kepada umat islam khususnya dan rakyat Malaysia sekalian. Diharap anda semua berusaha mendekatkan diri kepada sang pencipta. Jagalah solat kerana solat itu tiang agama.
Skuad bawah 23 tahun (B23) Malaysia bangkit daripada ketinggalan seawal minit kelima untuk membenam Indonesia 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat 1-1 pada perlawanan akhir acara bola sepak Sukan Sea 2011 yang panas dan mendebarkan di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta malam tadi.
Sorakan dan provokasi yang dilaungkan lebih 100,000 penyokong fanatik skuad Garuda di stadium itu tidak sedikit pun melemahkan semangat anak buah jurulatih Ong Kim Swee, Kapten pasukan Malaysia.
Badrol Bakthiar menjadi wira Harimau Muda selepas menjaringkan sepakan penalti terakhir dalam perlawanan tersebut yang meremukkan hati berjuta-juta rakyat Indonesia. Terima kasih kepada Khairul Fahmi kerana menyelamatkan sepakan penalti dari pasukan Indonesia
Samsons adalah band dari Indonesia yang beraliran poprock. Band ini telah menghasilkan 3 album, yaitu "Naluri Lelaki", "Penantian Hidup" dan "Samsons".
Band ini didirikan pada 14 Juli 2003 dengan nama "Equal". Namun, sebelum sempat merakam lagu, vokalis perempuan dan drummer memutuskan untuk berhenti. Lalu, Equal mengganti nama menjadi Samsons.
Album keduanya, "Penantian Hidup", terbit pada tanggal 25 Mei 2007. Album ini dibuat di 3 benua yakni: Asia (Indonesia), Australia, dan Amerika Syarikat. Album ini dirakam selama sebulan. Samsons juga bekerjasama dengan Sydney Philarmonic Orchestra untuk suara orkestra.
Single pertamanya adalah "Kisah Tak Sempurna", berkolaborasi dengan Erwin Gutawa, komposer lokal yang terkenal. Samsons sempat menyunting video klip "For You" pada tanggal 8 Ogos 2007, dimana Presiden RI Susilo Bambang Yudhoyono tampil dalam video klip ini. Lagu ini adalah persembahan untuk tentara Indonesia yang berangkat ke Lebanon sebagai anggota Pasukan Perdamaian PBB. Samsons juga telah menerbitkan single keduanya berjudul "Luluh" dalam bentuk video klip dan MP3. Video klip "Luluh" ini menceritakan tentang seorang perempuan yang kehilangan teman lelakinya yang mendapat musibah luka bakar di sekujur tubuhnya.
Anggota band
* Bambang Reguna Bukit (vokalis)
* Erik Partogi Siagian (gitaris)
* Irfan Aulia Irsal (gitaris)
* Chandra Christanto (drummer)
* Aldri Dataviadi (bassis)
Diskografi
* "Naluri Lelaki" (2006); dengan singel:
o Naluri Lelaki
o Kenangan Terindah
o Akhir Rasa Ini
o Di Penghujung Muda
o Bukan Diriku
* "Penantian Hidup" (2007); dengan singel:
o Kisah Tak Sempurna
o Luluh
o Hey Gadis
* "Penantian Hidup Platinum Edition" (2008); dengan tambahan tiga lagu baru:
terlebih dahulu ucapkan perasaan syukur yang tak terhingga kepada sang pencipta kerana menjadikan kita dari berjuta umat manusia sebagai umat islam. Kali ini akan membincangkan persoalan syurga dan neraka.
Syaitan, iblis dan orang kafir kekal di dalam neraka itu untuk selama-lamanya.Firman Allah SWT maksudnya:
Orang kafir itu menduduki tikar dari api, dan selimut dari api pula. Demikianlah Kami membalas orang-orang yang kafir (Al-Araf:41)
Neraka itu adalah tempatnya orang kafir, di sanalah tempat tinggal untuk selama-lamanya. Ada pun umat Nabi Muhaamad SAW tidak ada yang kekal di dalam neraka. Betapa besar pun dosa mereka, setelah dibakar beberapa lamanya di dalam neraka, namun akhirnya dikeluarkan juga. Mereka di dalam neraka itu ada yang sesaat, ada yang sehari, ada yang sebulan, ada yang setahun. Yang paling lama dalam neraka itu ialah menurut umurnya di dunia. Sesudah itu dikeluarkan dan dimasukkan ke dalam syurga
petikan dari buku pengembaraan roh merentasi 7 destinasi. sekian
Windows XP adalah salah satu daripada keluarga sistem pengendalian Windows keluaran Microsoft. Akronim XP adalah singkatan daripada perkataan eXPerience (pengalaman). Semasa pembangunannya, Windows XP dikenali dengan nama kod Whistler sempena nama tempat percutian kebanyakan kakitangan Microsoft semasa pembangunannya iaitu di Whistler, British Columbia, Kanada.
Dilancarkan pada 25 Oktober 2001, Windows XP adalah pewaris kepada Windows 2000 dan Windows Me, menjadikannya keluarga Windows berorientasikan pengguna terawal yang dibina berasaskan teknologi inti Windows NT. Setakat Januari 2006, lebih 400 juta salinan perisian Windows XP telah terjual di seluruh dunia. Windows XP kini telah digantikan dengan Windows Vista.
Windows XP sangat dikenali kerana reputasinya sebagai salah satu sistem pengendalian paling stabil pernah dibina oleh Microsoft, kerana Windows XP dibina berasaskan teknologi Windows 2000 yang terbukti sangat stabil. Windows XP juga adalah versi Windows pertama yang menggunakan teknologi pengaktifan perisian (dan seterusnya Windows Genuine Advantage) bagi mengekang kegiatan cetak rompak, walaupun mekanisme pengaktifan tersebut telah berjaya ditangani oleh lanun-lanun cetak rompak.
Sejarah pembangunan
Sejarah pembangunan Windows XP bermula sejak daripada proses pembangunan Windows 2000 yang asalnya dibina bagi menggantikan Windows NT 4.0 dan Windows 98, Walau baganmanapun, rancangan tersebut telah diubah apabila Microsoft melancarkan Windows 98 SE. Pada tahun 1999, Microsoft mula membangunkan Windows Neptune sebagai versi pengguna rumah bagi Windows 2000. Walau bagaimanapun, projek Neptune tersebut dibatalkan dan digantikan dengan Windows Me, iaitu sistem pengendalian keluarga Windows 9x yang terakhir. Projek Neptune tersebut kemudiannya digantikan dengan projek Whistler yang seterusnya membentuk Windows XP.
Windows XP dilancarkan pada 25 Oktober 2001, dan sejak daripada itu 2 pek servis telah dilancarkan. Pek servis ketiga (Windows XP SP3) masih dalam peringkat pembangunan.
Edisi Windows XP
Secara umumnya, Windows XP secara lazimnya terdiri daripada 2 versi utama, iaitu:-
Windows XP Home Edition - versi yang disasarkan kepada pengguna rumah.
Windows XP Professional - versi yang disasarkan untuk kegunaan perniagaan dan pengguna komputer berkuasa tinggi. Windows XP Professional mengandungi ciri-ciri istimewa yang tidak terdapat pada versi Home Edition.
Selain itu, terdapat edisi khas Windows XP yang dibina untuk beberapa jenis komputer khusus, iaitu:-
Windows XP 64-bit Edition - untuk komputer stesen kerja yang menggunakan pemprosesIntel Itanium.
Windows XP Professional x64 Edition - untuk komputer dengan pemproses 64-bit (jangan terkeliru dengan edisi 64-bit di atas, ia hanya untuk komputer stesen kerja dengan pemproses Intel Itanium sahaja).
Windows XP MediaCenter Edition - untuk komputer pusat media. Pusat media adalah komputer khas yang turut dilengkapi talaan siaran televisyen dan radio serta pelbagai ciri-ciri lain. Edisi ini tidak dijual berasingan tetapi disertakan dengan komputer pusat media tersebut.
Windows XP Tablet PC Edition - untuk komputer riba khas yang dikenali sebagai PC tablet. Tidak seperti komputer riba biasa, PC tablet menggunakan sistem pengecaman tulisan pengguna dan pengguna "menulis" menggunakan pen stylus pada skrin yang sensitif dengan pen tersebut. Seperti pusat media, edisi PC tablet tidak dijual berasingan dan disertakan dengan pembelian PC tablet tersebut.
Windows XP Embedded - sistem pengendalian terbenam bagi peralatan elektronik pengguna khusus seperti mesin ATM, peranti perubatan, permainan video arked, terminal jualan serta komponen VoIP.
Windows XP Starter Edition adalah versi berkos rendah yang diedarkan di beberapa buah negara termasuklah Malaysia. Di Malaysia, Windows XP Starter Edition menggunakan Bahasa Melayu bertujuan untuk membantu meningkatkan kadar celik IT di kalangan pengguna serta bagi memerangi cetak rompak. Sungguhpun demikian, versi tersebut mempunyai beberapa limitasi, iaitu Starter Edition hanya boleh digunakan pada komputer berkuasa rendah, membenarkan sehingga hanya 3 perisian dibuka pada satu-satu masa, serta terdapat beberapa ciri yang dimansuhkan ataupun dinyahupayakan secara lalai.
Windows XP edisi N
Pada Mac 2004, Kesatuan Eropah telah menyaman Microsoft sejumlah €497 juta (AS$603 juta) atas dakwaan memonopoli perisian pemain media menerusi penyertaan Windows Media Player di dalam sistem pengendalian Windows. Selain itu, Microsoft diperintahkan untuk menghasilkan versi Windows XP tanpa Windows Media Player, dikenali sebagai edisi N (tanpa Windows Media Player). Walau bagaimanapun, edisi N tersebut mendapat sambutan dingin di kalangan pengguna serta pengeluar komputer kerana harga bagi edisi N adalah sama dengan edisi biasa dengan Windows Media Player, menyebabkan pengguna dan pengeluar berasa rugi.
Ciri-ciri terkini dan diperbaharui
Windows XP memperkenalkan beberapa ciri terkini, antaranya:-
Proses memulakan Windows dan hibrenasi yang lebih pantas.
Keupayaan untuk menyisihkan pemacu peranti yang lebih baru dan kembali ke pemacu peranti lama sekiranya pemacu peranti yang baru menimbulkan masalah. Ciri ini dikenali sebagai pengembalian pemacu peranti (driver rollback).
Antaramuka yang lebih mesra pengguna serta rangka kerja yang membolehkan syarikat perisian mereka tema paparan.
Penukaran pengguna pantas, yang membolehkan pengguna menukar ke akaun pengguna lain tanpa menutup program di dalam akaun pengguna yang masih terbuka.
Mekanisme penjanaan fon ClearType bagi membolehkan teks pada monitor LCD dapat dibaca dengan jelas.
Fungsi Remote Desktop, yang membolehkan pengguna mengendalikan komputernya dari komputer lain yang turut menggunakan Windows XP melalui rangkaian komputer ataupun internet.
Antaramuka Windows XP adalah berorientasikan tugasan. Menu Start dan enjin pencari direka semula dan pelbagai kesan visual turut ditambah, termasuklah:-
Petak segiempat tepat dengan warna biru lutcahaya di dalam Explorer
Grafik seakan-akan "watermark" pada ikon folder, menunjukkan jenis fail yang tersimpan di dalamnya
Bayang-bayang pada label ikon di dalam desktop
Bar tepi berasaskan tugasan pada tetingkap Explorer
Keupayaan untuk menghimpunkan banyak butang tetingkap bagi program yang sama pada satu butang sahaja
Keupayaan untuk mengunci bar tugasan serta bar alatan lain bagi mengelakkan perubahan yang tidak disengajakan
Paparan program yang baru dipasang pada menu Start
Bayang-bayang di bawah menu (Windows 2000 ada bayang-bayang pada kursor tetikus, tetapi bukan pada menu)
Tema persekitaran Windows XP dikenali sebagai Luna, tetapi pengguna berupaya untuk menukar tema lain dengan memasang program penukar tema yang boleh dimuat turun melalui internet.
Pek servis dan sokongan
Setakat ini Microsoft telah menghasilkan 2 pek servis, dan Service Pack 3 (SP3) masih dalam peringkat pembangunan.
Windows XP tanpa pek servis
Sokongan tanpa pek servis telah tamat pada 30 September 2004.
Service Pack 1
Dilancarkan pada 9 September2002, SP1 dilengkapi utiliti bagi membolehkan pengguna memilih perisian aplikasi utama bagi aktiviti seperti melayari laman web. SP1 juga menyokong USB 2.0 dan SATA. Sokongan terhadap SP1 tamat pada 10 Oktober2006.
Service Pack 2
Windows XP SP2 dilancarkan pada 6 Ogos2004 dengan memfokuskan terhadap keselamatan sistem. SP2 dilengkapi perisian firewall yang lebih bersepadu, sokongan Wi-Fi yang lebih baik, penyekat iklan "pop-up" pada Internet Explorer dan Pusat Keselamatan Windows yang memantau keadaan perisian antivirus, Windows Update dan perisian firewall. SP2 juga turut menyokong teknologi Bluetooth.
Service Pack 3
Windows XP SP 3 telah di sebarkan pada 23 April 2008 (bagi pelanggan TechNet dan MSDN)dan 6 Mei 2008 bagi pengguna umum.
Kitaran jangka hayat sokongan
Sokongan terhadap Windows XP tanpa pek servis serta SP1 telah pun ditamatkan, manakala sokongan terhadap SP2 akan tamat dalam masa 4 tahun selepas dilancarkan. Walaupun Microsoft memberi jaminan Windows XP masih boleh didapati di pasaran dalam masa 12 bulan selepas pelancaran Windows Vista di pasaran antarabangsa pada 30 Januari2007, kebanyakan pengeluar komputer sudah tidak lagi menjual komputer baru dengan Windows XP hanya beberapa bulan selepas pelancaran Vista. Pada 14 April2009, Windows XP akan memasuki fasa pemanjangan sokongan yang akan tamat pada tahun 2014.
salam, kali ini saya akan beri sedikit maklumat yang ada di negeri kelantan khasnya kawasan di sekitar kota bharu. harap dapat membantu pembaca semua. jom jalan2 cari kfc.
-kfc di jalan pintu pong berdekatan dengan Pantai Timur Supermarket.
-kfc di jalan post office lama berdekatan dengan Hotel Riverview
-kfc di Kota Bharu Mall
-kfc di Kubang Kerian berdekatan dengan HUSM
dan terbaru sekali ialah kfc di berdekatan dengan balai polis di jalan Bayam. Ia terletak di dalam kawasan stadium ssiv, kota bharu, Kelantan.
Lepas ni boleh tengok bola sambil makan kfc. sekian
Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.
Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid.
Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan dagingnya kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.
Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.
Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.
Hari Raya Aidiladha dalam hadis
Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud: "Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha." (Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas)
Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)
Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) yang telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Al-Hakim yang bermaksud: "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih."
Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a:
Diriwayatkan daripada Ibnu Juraij katanya: Aku telah diberitahu oleh Ata' daripada Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a kedua-duanya berkata: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri) dan sembahyang Hari Raya Korban (Aidiladha). Selepas beberapa ketika aku bertanya Ata' tentang perkara tersebut: Lantas dia menjawab dengan berkata: Aku telah diberitahu oleh Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a bahawa: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri), baik ketika imam keluar atau sesudahnya. Juga tiada iqamat atau apa-apa pun.
Alternative Title(s) : Team Medical Dragon 3 | 医龍3 | Iryu 3
Number of Episodes: 10
Date Aired (YYYY-MM-DD): 2010-10-14
Wiki D- Addicts: http://wiki.d-addicts.com/Iryu_2#Season_3
Summary: Several years after the conclusion of Iryu 2, Covers the topic of medical internationalization and the existing meaning of surgery. Led by heart surgeon Ryutaro Asada (Kenji Sakaguchi),Team Medical Dragon is once again reassembled to revive a faltering Meishin University Hospital. Setelah beberapa tahun, kumpulan ini kembali beraksi. Menampilkan Ryutaro Asada dan kuncu-kuncunya didalam usaha merawat pesakit.
VN:F [1.9.11_1134]
please wait...
Rating: 10.0/10
Iryu Team Medical Dragon Season 03, 10.0 out of 10 based on 10 ratings