iPhone
![]() |
GAMBAR menunjukkan iPhone 5.
|
NEW YORK - Gergasi elektronik Amerika Syarikat (AS), menyatakan
semalam bahawa jualan iPhone 5 mencecah lima juta unit selepas telefon
pintar terbaharu itu dilancarkan pada hujung minggu lalu.
Apple dalam satu kenyataan berkata, sebahagian pelanggan terpaksa
menunggu untuk memiliki gajet terbaharu tersebut ekoran jumlah
permintaan kini melebihi bekalan.
"Permintaan untuk iPhone 5 menakjubkan dan kami sedang berusaha keras
untuk membekalkan iPhone 5 kepada setiap pelanggan kami," kata Ketua
Eksekutif Apple, Tim Cook.
Menurutnya, iPhone 5 mula dijual di AS, Australia dan beberapa negara lain pada Jumaat lalu.
Gajet pintar itu akan dijual di 22 buah negara pada Jumaat ini.
iPhone 5 dijual pada harga bermula daripada AS$199 (RM611) untuk
model berkapasiti 16 gigabit (GB) hingga AS$399 (RM1,225) bagi versi
64GB di AS. - Agensi
Labels: dunia
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home