Wednesday 26 September 2012

kelantan tersingkir

MESKIPUN mencatat keputusan seri 1-1 dengan Arbil FC, namun misi  Kelantan untuk melayakkan diri ke separuh akhir saingan Piala Konfederasi (AFC) nyata terpadam apabila tewas  dengan agregat 2-6 ditangan Arbil FC dalam suku akhir kedua di Stadium Sultan Muhammad IV.

Bagaimanapun, kesungguhan  yang dipamerkan anak buah Bojan Hodak wajar diberi pujian apabila mempamerkan aksi bertenaga untuk memberi saingan kepada pasukan pelawat.

Beraksi pada babak pertama perlawanan menyaksikan kedua-dua pasukan berbalas serangan dan bermain di hadapan penyokong sendiri, Kelantan bagaikan dirasuk apabila dilihat menguasi perlawanan dengan beberapa percubaan awal dihasilkan namun kekentalan kubu pertahanan Arbil FC gigih menahan asakan tuan rumah.

Bagaimanapun kesungguhan pasukan pelawat dalam memburu gol pertama akhirnya tertunai menerusi Sula Matuvo pada minit ke-36 untuk mendahului kedudukan 1-0.

Perlawanan semakin sengit apabila kedua-dua pasukan saling mengasak kubu masing-masing dan kesilapan pertahanan Arbil FC membawa padah apabila memberi peluang kepada Kelantan untuk menjaringkan gol penyamaan.

Akhirnya, Mohammad Ghaddar menyelamatkan maruah Kelantan di halaman sendiri apabila menjaringkan gol penyamaan 1-1 menerusi sepakan penalti pada babak akhir perlawanan.

Meskipun tewas, jaringan tersebut nyata menceriakan penyokong yang hadir memberi sokongan.

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home