L.A. - Filem seram bajet rendah,
The Purge mengungguli
carta filem pecah panggung pada hujung minggu lalu di Amerika Utara
apabila meraih kutipan tiket sebanyak AS$36.4 juta (RM114 juta), menurut
industri perfileman kelmarin.Filem yang dihasilkan dengan kos AS$3 juta (RM9.4 juta) itu
dibintangi Ethan Hawke dan Lena Headey sebagai pasangan ibu bapa yang
melawan satu pencerobohan rumah apabila perbuatan jenayah menjadi sah di
Amerika Syarikat pada masa depan.
The Purge mengenepikan filem sekuel aksi perlumbaan kereta, Fast
& Furious 6 di tempat kedua dengan jumlah kutipan AS$19.8 juta
(RM61.9 juta) selepas berada di puncak carta minggu lepas.
Berada di tempat ketiga adalah filem komedi,
Now You See Me yang memperoleh kutipan tiket sebanyak AS$19.5 juta (RM61 juta). Sementara itu, filem komedi
The Internship lakonan Vince Vaughn dan Owen Wilson menduduki tempat keempat apabila berjaya mengaut AS$18.1 juta (RM56.6 juta).
Tempat kelima menjadi milik filem animasi,
Epic yang memperoleh jumlah kutipan tiket sebanyak AS$12.1 juta (RM37.9 juta). - AFP
Labels: dunia