Wednesday 28 November 2012

oh ibu




sayangi ibu anda. hargai dan sayanginya. walaupun ibu sering marah-marah, namun ia adalah untuk kebaikan kita juga akhirnya.

Labels:

bicara selebriti


jom datang beramai-ramai

Labels:

Sunday 25 November 2012

kasih ibu



Orang kata aku lahir dari perut mak ! (Bukan Org kata , memang betul)

Bila dahaga , yang susukan aku . Mak .
Bila lapar , yang suapkan aku , Mak .
Bila keseOrangan , yang sentiasa di sampingku , Mak .
Kata mak , perkataan pertama yang aku sebut , Mak .
Bila bangun tidur, aku cari , Mak .
Bila nangis , Orang pertama yang datang , Mak .
Bila nak bermanja, aku dekati , Mak .
Bila nak bergesel , aku duduk sebelah , Mak .
Bila sedih , yang bOleh memujukku hanya , Mak .
Bila nakal , yang memarahi aku , Mak .
Bila merajuk , yang memujukku cuma , Mak .
Bila melakukan kesalahan , yang paling cepat marah , Mak .
Bila takut , yang tenangkan aku , Mak .
Bila nak peluk , yang aku suka peluk , Mak .
Aku selalu teringatkan , Mak .
Bila sedih , aku mesti telefOn , Mak .
Bila serOnOk , Orang pertama aku nak beritahhu , Mak .
Bila bengang , aku suka luah pada , Mak .
Bila takut , aku selalu panggil , " Mmaaakkkk ! "
Bila sakit , Orang paling risau adalah , Mak .
Bila nak exam , Orang paling sibuk juga , Mak .
Bila buat hal , yang marah aku dulu , Mak .
Bila ada masalah , yang paling risau , Mak .
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni , Mak .
Yang selalu masak makanan kegemaranku , Mak .
kalau balik ke kampung , yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk , Mak .
Yang selalu simpan dan kemaskan barang barang aku , Mak .
Yang selalu berleter kat aku , Mak .
Yang selalu puji aku , Mak .
Yang selalu nasihat aku , Mak .


Bila nak kahwin , Orang pertama aku tunjuk dan rujuk , Mak .


Aku ada pasangan hidup sendiri .


Bila serOnOk , aku cari , Pasanganku .
Bila sedih , aku cari , Mak .
Bila berjaya , aku ceritakan pada , Pasanganku .
Bila gagal , aku ceritakan pada , Mak .
Bila bahagia , aku peluk erat , Pasanganku .
Bila berduka , aku peluk erat , Emakku .
Bila nak bercuti , aku bawa , Pasanganku .
Bila sibuk , aku hantar anak ke rumah , Mak .
Bila sambut valentine , Aku bagi hadiah pada Pasanganku !
Bila sambut hari ibu , aku cuma dapat ucapkan “ Selamat Hari Ibu ” !
Selalu , Aku ingat pasanganku !
Selalu , Mak ingat kat aku !
Bila-bila , Aku akan telefOn pasanganku !
Entah bila , aku nak telefOn mak !
Selalu , aku belikan hadiah untuk pasanganku !
Entah bila , aku nak belikan hadiah untuk emak !


Renungkan :

" Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja , bOlehkah kau kirim wang untuk mak

" Mak bukan nak banyak , lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah . "

Berderai air mata jika kita mendengarnya .

Tapi kalau mak sudah tiada .

" MAKKKKK ! RINDU MAK ! RINDU SANGAT ! "


Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya !
Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya !


Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu . Si ibu segera mengesatkan tangan di aprOn menyambut kertas yang dihulurkan Oleh si anak lalu membacanya . KOs upah membantu ibu :


1) TOlOng pergi kedai : RM4.00

2) TOlOng jaga adik : RM4.00

3) TOlOng buang sampah : RM1.00

4) TOlOng kemas bilik : RM2.00

5) TOlOng siram bunga : RM3.00

6) TOlOng sapu sampah : RM3.00


Jumlah : RM17.00


Selesai membaca , si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya . Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama .


1) KOs mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA

2) KOs berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA

3) KOs air mata yang menitis keranamu - PERCUMA

4) KOs kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA

5) KOs menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA


Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA


Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu . Si anak menatap wajah ibu ,memeluknya dan berkata ,
  "Saya Sayangkan Ibu".

Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya .


sayangi ibu anda

Labels:

memasukkan digital signature pada ms word

Seperti biasa hari ini saya telah membawa tip yang berbeza. Tip ini akan meningkatkan pengetahuan dalam bidang komputer. Bahkan Anda tidak dapat melakukan tanda tangan Anda atau Anda bekerja tanpa dokumen rasmi. Tapi Anda akan terkejut membaca tips ini bagaimana Anda dapat memasukkan Tandatangan Anda ke dalam Dokumen Word.
Ikuti langkah-langkah yang diberikan untuk memasukkan tanda tangan elektronik Anda dalam dokumen Word:
Pertama Anda Scan tandatangan dan kemudian menyimpan dalam bentuk gambar( GIF, atau. JPEG). Sekarang Anda telah scan gambar tanda tangan Anda, dan simpan pada komputer Anda dan ingat nama file di mana Anda menyimpannya.
Klik pada tombol Start, pergi ke Program kemudian klik Microsoft Word untuk menjalankan wordpage.
Sekarang pergi ke menu Insert , klik pada Picture> From file kemudian cari gambar tandatangan Anda yang telah anda scan tadi file dan klik tombol Insert untuk memasukannya dalam wordpage
Jika tanda tangan Anda tidak begitu bagus dan ukurannya adalah kurang menarik, maka anda harus scan sekali lagi tanda tangan Anda rescan dan ikuti langkah-langkah seperti biasa.
Untuk menyimpan tandatangan Anda untuk untuk digunakan pada masa anda hendak mengunakannya pada dokumen, Highlight gambar tanda tangan, dan kemudian memilih Insert AutoText-Baru.
Sekarang ketikkan nama file yang Anda tanda tangan dan tekan Enter untuk memasukkan tanda tangan Anda di masa depan atau memilih memasukkan AutoText-Normal kemudian klik pada tanda tangan nama. Tidak perlu dakwat, Word akan memasukan digital signature.
Harap-harap ini akan membantu Anda dan saya akan segera kembali dengan tip-tip yang menarik untuk anda.

Labels:

mesir kembali bergolak

KAHERAH - Polis pencegah rusuhan melepaskan tembakan gas pemedih mata bagi menyuraikan para penunjuk perasaan yang berkhemah di Dataran Tahrir di sini semalam kerana membantah dekri yang dikeluarkan Presiden Mesir, Mohamed Morsi.
Pada 22 November baru-baru ini, Morsi mengeluarkan dekri yang mengumumkan setiap keputusan yang dibuatnya tidak boleh dicabar di mahkamah sehingga anggota-anggota baharu parlimen dipilih.
Para penunjuk perasaan itu dihalang polis dengan gas pemedih mata selepas mereka cuba untuk menyertai sejumlah lagi orang yang berkhemah di dataran tersebut.
Dataran itu menjadi tempat ratusan ribu orang berhimpun bagi mendesak Hosni Mubarak meletakkan jawatan pada tahun lalu kerana penyalahgunaan kuasa dan rasuah.
Hosni kemudian meletakkan jawatan pada Februari tahun lalu.
Para penunjuk perasaan juga akan mengadakan satu perhimpunan besar-besaran pada Selasa ini.
Hakim-hakim di bandar Alexandria juga melancarkan mogok bagi membantah dekri tersebut.
Amerika Syarikat (AS) turut mengkritik dekri tersebut menerusi satu kenyataan daripada jurucakap Jabatan Negara AS, Victoria Nuland.
Kelmarin, para penyokong dan penentang Morsi saling bertempur di serata Mesir selepas presiden itu mengumumkan dekri tersebut.
Pejabat parti Keadilan dan Kebebasan yang disokong Ikhwanul Muslimin turut menjadi sasaran serangan para penunjuk perasaan di Alexandria kelmarin. - Agensi

Labels:

waktu ziarah kubur


Assalammualaikum...


Terpanggil untuk berkongsi artikel pada mereka yang masih tertanya-tanya dan gusar akan perkara-perkara yang harus dan tidak patut dilakukan khususnya apabila kita menziarah kubur.

Kebiasaannya ramai yang melakukan amalan menziarahi kubur sanak saudara mahupun ahli keluarga pada musim perayaan seperti Aidilfitri dan Aidiladha. Sesungguhnya amalan menziarahi kubur boleh membawa keinsafan kepada kita, mengingatkan kita kepada mati dan kekuasaan Allah S.W.T. Namun jika dilihat dari sudut perspektif lain, fenomena ini lebih menjurus kepada pemilihan hari tertentu untuk melawat kubur iaitu dilakukan pada musim hari raya.


Yang menjadi persoalan, wujudkah hukum membenarkan hari tertentu ziarah kubur atau ia disebabkan budaya kita sendiri?

Tidak ada dalil yang mengatakan perlu ziarah kubur pada sekian-sekian waktu. Ziarah kubur tidak mempunyai waktu-waktu tertentu. Bila-bila masa sahaja boleh ziarah kubur. Yang dapat kita simpulkan ialah dengan menziarahi kubur sebenarnya untuk kita ingat mati. Ini kerana apabila berada di kubur, ia akan memberi perasaan untuk mengingati orang yang telah mati, seterusnya mendoakan serta memohon rahmat dari Allah.

Hakikatnya golongan wanita tidak digalakkan untuk ziarah kubur kerana dibimbangkan boleh mendatangkan fitnah atas sebab berlakunya perkara yang haram antaranya seperti meratap pemergian orang tersayang, menyalahkan takdir dan tidak dapat menerima hakikat kehilangan orang tersayang, berpakaian tidak sopan dan tidak menghormati kawasan kubur. Sekiranya perkara haram tersebut tidak dapat dielakkan, maka hukumnya adalah haram. Ziarah kubur adalah sesuatu perkara yang baik apatah lagi ia dapat mengingatkan kita tentang kematian dan hari akhirat yang merupakan pemangkin ke arah melaksanakan ketaatan kepada Allah dan menjauhi larangan Nya.

Sekiranya dilihat secara umum, ziarah kubur boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja kerana tidak ada nas yang melarang menziarahi kubur pada hari-hari tertentu. Masyarakat tidak seharusnya atau tidak wajar mengkhususkan pada hari hari tertentu umpamanya hari raya untuk menziarahi kubur. Ini sebenarnya sudah menjadi budaya dalam masyarakat kita dan sepatutnya kita singkirkan. Sebaliknya ziarah kubur secara berterusan akan membawa kepada kebaikan. 

Labels:

Monday 19 November 2012

kekunci pintas mozila firefox



CTRL + A - Select semua teks pada sesebuah laman web

CTRL + B atau I– Membuka Bookmarks sidebar

CTRL + C – Menyalin teks-teks yang anda pilih ke Windows clipboard

CTRL + D - Bookmark webpage semasa

CTRL + F – Mencari teks dalam sesebuah laman web

CTRL + G – Mencari teks dalam halaman web yang sama

CTRL + H – Membuka sidebar sebelah kiri bagi webpage History

CTRL + J – Buka Kotak Dialog bagi Muat-turun

CTRL + K – Menempatkan kursor tetikus pada kotak search pada sesebuah laman web dan bersedia untuk taip

CTRL + L - Menempatkan kursor tetikus pada kotak dan bersedia untuk taip url laman web

CTRL + M – Buka program email anda

CTRL + N – Buka tetingkap Firefox yang baru

CTRL + O - Membuka local file

CTRL + P - Mencetak laman web semasa

CTRL + R - Reload laman web semasa

CTRL + S – Menyimpan laman web semasa dalam PC anda

CTRL + U – Melihat sumber halaman pada laman web semasa

CTRL + W – Tutup tab Firefox semasa ( Jika anda buka lebih daripada satu Tab)

Labels:

israel tingkat serangan

GENTING GAZA - Pihak Israel mengancam untuk meningkatkan serangan ke atas Gaza, biarpun usaha gencatan senjata giat dijalankan bagi menghentikan serangan yang memasuki hari kelima semalam.
Bedilan tentera Israel telah meragut enam lagi nyawa yang terdiri daripada tiga orang kanak-kanak dan seorang bayi berusia 18 bulan.
Angka korban terbaharu itu kini menjadikan jumlah rakyat Palestin yang terkorban meningkat kepada 52 orang.
Serangan udara yang dilakukan turut menggegarkan dua pusat media di bandar ini menyebabkan sekurang-kurangnya lapan orang wartawan cedera dan salah seorang kehilangan kaki, kata jurucakap kesihatan, Ashraf al-Qudra kepada agensi berita AFP.
Sementara stesen televisyen Rusia, RT memberitahu pejabatnya di Genting Gaza musnah dalam serangan yang dilakukan semalam. Namun semua kakitangannya selamat.

SEKUMPULAN lelaki Palestin menunaikan sembahyang jenazah ke atas mayat Iyad Abu Khoussa yang berusia setahun setengah di sebuah masjid di kem pelarian Bureij, Genting Gaza semalam.


Dalam perkembangan berkaitan, Setiausaha Luar Britain, William Hague memberi amaran, tindakan Israel menceroboh Genting Gaza akan menyebabkan simpati dan sokongan masyarakat antarabangsa terhadap Israel hilang.
Hague memberitahu stesen televisyen Sky News, korban orang awam akan meningkat jika serangan darat dilakukan dan ia hanya memanjangkan tempoh konflik.
Komen beliau hadir selepas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, pasukan tentera daratnya bersedia untuk menggempur Genting Gaza bagi menentang pejuang Hamas.
Di Tel Aviv, bunyi siren terus kedengaran bagi memberi amaran kepada pejalan kaki dan pemandu kereta supaya mendapatkan perlindungan daripada serangan yang dilakukan oleh pejuang Hamas.
Tujuh buah roket telah dilancarkan ke arah Tel Aviv sejak Khamis lalu. Tiga daripadanya meletup di laut, tiga lagi dipintas oleh sistem perisai Iron Dome dan satu lagi mengenai kawasan lapang. - Agensi

Labels:

renungan bersama


hargai diri, sayangi ibu-bapa, keluarga anda.

Labels:

ekspo maik


KOTA BHARU - Ekspo sempena perayaan ulang tahun ke-100 Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) di perkarangan Istana Negeri di Kubang Kerian di sini mempamerkan pelbagai artifak bernilai kira-kira RM3 juta.

Naib Yang Dipertua MAIK Datuk Kamaruddin Mohd Zin berkata bahan khazanah lama warisan ketamadunan Islam itu termasuk replika pedang Rasulullah S.A.W dan al-Quran tulisan tangan.

"Sebahagian barangan itu dipinjamkan oleh kerajaan Turki dan Muzium Kesenian Islam Kuala Lumpur," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian ekspo 35 hari itu yang disempurnakan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V hari ini.

Ekspo bertema 'Seabad Mendaulatkan Islam' yang menyaksikan penyertaan pelbagai agensi kerajaan negeri dan swasta itu dijangka menarik kira-kira 100,000 pengunjung.

Ia dibuka secara percuma mulai 10 pagi hingga 6 petang setiap hari.  - Bernama

Labels:

bahaya ubat gigi florida

Pentadbiran Makanan & Ubatan Amerika (FDA) menganggap fluorida sebagai "ubat baru yang tidak diluluskan" kerana tidak ada bukti mengenai keselamatan mahupun keberkesanannya. Sesetengah kumpulan berkepentingan awam seperti Akademi Antarabangsa Bagi Ubatan, Makanan & Toksikologi (pertubuhan bukan kerajaan Kanada yang membiayai penyelidikan mengenai bahan bertoksik yang digunakan dalam pergigian) telah mengkelaskan fluorida sebagai "ubat untuk pergigian yang tidak diluluskan" disebabkan kadar keracunannya tinggi.Satu tinjauan yang dijalankan pada tahun 1997 dengan bantuan pengeluar ubat gigi dan Persatuan Pergigian Amerika Syarikat mendapati purata orang yang memberus gigi dengan ubat gigi berfluorida walaupun sedikit (1 gram) mengikut sukatan yang disarankan, menelan antara 0.3-0.4 mg fluorida setiap kali memberus gigi.Ini bermakna anda menerima hampir separuh daripada kadar harian fluorida yang diterima cuma dengan memberus sekali sehari, tanpa membabitkan sumber lain.

MENGAPA KITA TIDAK MEMERLUKAN FLUORIDA PADA UBAT GIGI?


Dos fluorida harian yang diterima melalui pemakanan sudah mencukupi keperluan seseorang. Pihak berkuasa di Malaysia telah menambahkan fluorida kedalam sistem bekalan pengairan dan oleh sebab yang demikian, setiap titis air dalam bentuk teh, kopi, minuman berais dan sebagainya menyumbang kepada penambahan fluorida sedia ada. Makanan harian seperti sayuran juga terdedah kepada fluorida melalui racun serangga dan lain-lain. Fluorida juga terdapat pada tulang ikan seperti ikan bilis dan sardin. Sebagai rumusan, makanan lazim harian telah membekalkan sumber fluorida yang mencukupi untuk keperluan kita. Oleh sebab yang demikian, kita tidak lagi memerlukan tambahan fluorida melalui ubat gigi atau ubat kumur dan ini akan mendatangkan kemudaratan terhadap kesihatan seseorang itu.
 
 
FLUORIDA MAMPU MENYEBABKAN:-



- Kematian

- Kanser

- Ruam Kulit

- Luka Kanser

- Kelunturan Warna Gigi

- Masalah Gastrik

- Penyebab atau Membantu Menyebabkan Kerapuhan Tulang

- Keracunan Saraf

- Kanser Tulang

- Keretakan Tulang

- Membantu Menyebabkan Kekurangan IQ di Kalangan Kanak-kanak

- Meransang Masalah Buah Pinggang di Kalangan Pesakit .
 
 

 
 

Labels:

Monday 5 November 2012

rokok




Para ulama’ sepakat menyatakan bahawa merokok hukumnya haram kerana ianya jelas memudharatkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara keji, berdasarkan nas-nas berikut:
 
a. Firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah, ayat 195 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”.
 
b. Firman Allah swt dalam Surah al-A’raf ayat 157 yang bermaksud; “ Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”.
 
c. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “ Tidak boleh memberi mudharat dan membalas dengan kemudharatan”. (Hadith riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan al-Daraqutni)
 
d. Kaedah Usul Fiqh: درء المفاسد مقدم على جلب المصالح yang bermaksud “ menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan”

Labels:

Friday 2 November 2012

Sejarah Playstation


Playstation mula diperkenalkan pada tahun 1994. Diperkenalkan oleh Ken Kutaragi. Jualannya mencecah 100milion unit. Playstation telah menjadi fenomena di seluruh dunia.

 

Selepas itu versi playstation dimampatkan diperkenalkan. Ia dikenali sebagai psone. Mula diperkenalkan pada tahun 2000.

 

 Ia mempunyai pelbagai game yang menarik. Antara game yang paling diminati ialah Grand Turismo. Game2 lain adalah seperti WWF Smackdown 2, Pro Evolution Soccer, Metal Gear Solid dan banyak lagi.






 
 

Labels:

motif band




                        MOTIF BAND - TUHAN JAGAKAN DIA

Labels:

refresh skrin komputer secara automatik

Semasa anda melakukan kerja di komputer. dan ingin memperbarui semua perubahan di sistem anda secara automatik. Sebagai contoh kadang-kadang anda melihat keputusan sukan, kadar-kadar Bursa Saham dalam talian dan sebarang perubahan dalam komputer anda tetapi perubahan ini tidak akan refresh semula sehingga anda tekan kunci F5 pada papan kekunci anda..

Untuk me-refresh screen secara automatic, anda harus edit sistem Registry.
Tetapi teknik yang terbaik untuk edit windows registry keys adalah export ataupun backup dahalu keseluruhan windows registry keys pada backup drive sebelum menjalankan proses editing. Kerana setiap kesilapan yang berlaku dalam Registry akan menyebabkan masalah yang serius pada komputer anda untuk berfungsi.
Ikuti langkah-langkah yang diberikan untuk mengubah kemaskini secara automatic:
1) Pertama, klik tombol Start kemudian ketik regedit di Run pilihan.
2) Pada panel Registry Editor masuk ke path:
HKEY_LOCAL_MACHINE / System / CurrentControlSet / Control / UpdateMode
3) Di sini anda perlu edit nilai DWORD menjadi antara 1 dan 5.
4) Sekarang restart komputer Anda untuk melihat perubahannya

Labels:

kisah nabi nuh



Menurut beberapa riwayat, Allah mengutus Nabi Nuh a.s sepuluh abad setelah Nabi Adam a.s. Beliau juga merupakan manusia pertama di muka bumi yang membuat kapal untuk berlayar, dengan petunjuk dari Allah. Banyak ayat-ayat dalam Al-Qur’an yang mengisahkan tentang Nabi Nuh a.s.

Nabi Nuh a.s diutus Allah Ta’ala ketika manusia menyembah berhala dan tenggelam dalam kesesatan dan kekafiran. Kemudian Allah mengutusnya sebagai rahmat bagi umat manusia.

Di dalam Al-Qur’an, Allah telah menceritakan kisah Nabi Nuh dan kaumnya serta azab berupa taufan yang membawa banjir yang besar, yang diturunkan-Nya kepada mereka yang kafir, dan juga kisah penyelamatan yang Dia lakukan kepada orang-orang yang berada di dalam perahu.

Allah mengisahkan ketika Nabi Nuh menyeru kepada kaumnya dan berkata:

“Sesungguhnya aku adalah pemberi peringatan yang nyata bagi kamu agar kamu tidak menyembah selain Allah. Sesungguhnya aku takut kamu akan ditimpa azab (pada) hari yang sangat menyedihkan". (QS Hud [11] 25-26)


Maka para pemimpin yang kafir dari kaumnya berkata:

“Kami tidak melihat kamu, melainkan (sebagai) seorang manusia (biasa) seperti kami, dan kami tidak melihat orang-orang yang mengikuti kamu, melainkan orang-orang yang hina dina di antara kami yang lekas percaya saja, dan kami tidak melihat kamu memiliki sesuatu kelebihan apapun atas kami, bahkan kami yakin bahwa kamu adalah orang-orang yang dusta". (QS Hud [11] : 27)


Demikianlah, orang-orang kafir mendustakan Nabi Nuh. Dan kaumnya itu juga berkata:

"Sesungguhnya kami memandang kamu berada dalam kesesatan yang nyata". (QS Al-A’far [7] : 60)

Dan Nabi Nuh pun menjawab:

“Hai kaumku, tak ada padaku kesesatan sedikit pun tetapi aku adalah utusan dari Tuhan semesta alam. Aku sampaikan kepadamu amanat-amanat Tuhanku dan aku memberi nasihat kepadamu, dan aku mengetahui dari Allah apa yang tidak kamu ketahui". (QS Al-A’raf [7] : 61)

Nabi Nuh dengan sabar berdakwah kepada kaumnya, selama 950 tahun mengajak mereka untuk beribadah hanya kepada Allah saja, dan tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apapun. Beliau juga mengingatkan kaumnya akan nikmat-nikmat Allah yang telah Dia anugerahkan kepada mereka. Namun tidak ada orang yang beriman kepadanya kecuali hanya sedikit saja.

Kaumnya bahkan selalu menentangnya dan berkata:

"Hai Nuh, sesungguhnya kamu telah berbantah dengan kami, dan kamu telah memperpanjang bantahanmu terhadap kami, maka datangkanlah kepada kami azab yang kamu ancamkan kepada kami, jika kamu termasuk orang-orang yang benar". (QS Hud [11] : 32)

Karena sikap kaumnya yang selalu menentang, Nabi Nuh kemudian mengadukan mereka kepada Allah.

Nabi Nuh berkata:

"Ya Tuhanku sesungguhnya aku telah menyeru kaumku malam dan siang, maka seruanku itu hanyalah menambah mereka lari (dari kebenaran). Dan sesungguhnya setiap kali aku menyeru mereka (kepada iman) agar Engkau mengampuni mereka, mereka memasukkan anak jari mereka ke dalam telinganya dan menutupkan bajunya (kemukanya) dan mereka
tetap (mengingkari) dan menyombongkan diri dengan sangat.” (QS Nuh [71] : 6-7)

Begitulah kaum Nabi Nuh. Tidak sedikit pun mereka mahu memindahkan nasihat dan ajakan beliau. Bahkan mereka saling memperingatkan sesama kaumnya:

“Jangan sekali-kali kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan kamu dan jangan pula sekali-kali kamu meninggalkan (penyembahan) wadd, dan jangan pula suwwa', yaghuts, ya'uq dan nasr ". (QS Nuh [71] : 23)

Suwwa’, Yaghuts, Ya’uq dan Nasr dulunya adalah orang-orang yang soleh diantara mereka. Setelah mereka semua meninggal, kaumnya sangat bersedih kerana kehilangan orang-orang
yang alim diantara mereka.

Lalu syaitan pun membisikkan kepada kaum orang-orang saleh tersebut untuk membuatkan patung dan diberi nama dengan nama-nama mereka, dan disimpan di majlis-majlis mereka. Hingga kemudian, setelah orang-orang yang berilmu diantara mereka mati, mereka mulai menjadikan patung-patung itu sebagai berhala yang disembah selain Allah.

Lalu Allah memerintahkan Nabi Nuh untuk membuat bahtera. Allah berfirman:

“Dan buatlah bahtera itu dengan pengawasan dan petunjuk wahyu Kami, dan janganlah kamu bicarakan dengan Aku tentang orang-orang yang zalim itu; sesungguhnya mereka itu akan ditenggelamkan.” (QS Hud [11] : 37)

Lalu mulailah Nabi Nuh membuat bahtera itu. Dan setiap kali pemimpin kaumnya melewati Nabi Nuh, mereka mengejeknya.

Nabi Nuh pun berkata kepada mereka:

"Jika kamu mengejek kami, maka sesungguhnya kami (pun) mengejekmu sebagaimana kamu sekalian mengejek (kami). Kelak kamu akan mengetahui siapa yang akan ditimpa oleh azab yang menghinakannya dan yang akan ditimpa azab yang kekal." (QS Hud [11] : 38-39)

Demikianlah, Nabi Nuh dengan sabar membangun kapal tanpa memperdulikan ejekan kaumnya. Maka setelah tiba waktunya, dan kapal yang dibangun oleh Nabi Nuh selesai, Allah pun berfirman kepadanya:

"Muatkanlah ke dalam bahtera itu dari masing-masing binatang sepasang (jantan dan betina), dan keluargamu kecuali orang yang telah terdahulu ketetapan terhadapnya dan (muatkan pula) orang-orang yang beriman.” (QS Hud [11] : 40)

Maka Nabi Nuh berseru kepada para pengikutnya:

“Naiklah kamu sekalian ke dalamnya dengan menyebut nama Allah di waktu berlayar dan berlabuhnya. Sesungguhnya Tuhanku benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

Di dalam ayat yang lain Allah mengisahkan kejadian itu:

“Maka Kami bukakan pintu-pintu langit dengan (menurunkan) air yang tercurah. Dan Kami jadikan bumi memancarkan mata air-mata air, maka bertemulah air-air itu untuk suatu urusan yang sungguh telah ditetapkan. Dan Kami angkut Nuh ke atas (bahtera) yang terbuat dari papan dan paku, yang berlayar dengan pemeliharaan Kami sebagai balasan bagi orang-orang yang diingkari (Nuh).” (QS Al-Qamar [54] : 11-12)

Allah menurunkan hujan yang tiada henti-hentinya dan semua mata air di bumi memancarkan air, dan keduanya bertemu menimbulkan air bah yang sangat besar, banjir yang sangat tinggi dengan gelombang seolah mencapai puncak gunung, banjir yang paling besar dalam sejarah manusia. Pada saat itu Nabi Nuh memanggil anaknya yang berada di tempat jauh dan terpencil dan tidak ikut naik ke kapal.

“Hai anakku, naiklah kapal bersama kami, dan janganlah kamu bersama orang-orang yang kafir.”

Anaknya menjawab:

“Aku akan mencari perlindungan ke gunung yang dapat memeliharaku dari air bah!" Nuh berkata: "Tidak ada yang melindungi hari ini dari azab Allah selain Allah (saja) Yang Maha Penyayang". Dan gelombang menjadi penghalang antara keduanya; maka jadilah anak itu termasuk orang-orang yang ditenggelamkan.” (QS Hud [11] : 42-43)

Anak Nabi Nuh tidak mahu mengikuti seruan ayahnya, ia lebih memilih untuk bersama orang-orang kafir hingga akhirnya ia binasa dan tenggelam bersama mereka.

Demikin pula isteri Nabi Nuh, ikut tenggelam bersama orang-orang kafir kerana menolak ajakan suaminya untuk beribadah hanya kepada Allah saja. Allah menjadikannya sebagai contoh untuk diambil pelajaran di dalam Al-Qur’an:

Allah membuat isteri Nuh dan isteri Luth sebagai perumpamaan bagi orang-orang kafir. Keduanya berada di bawah pengawasan dua orang hamba yang soleh di antara hamba-hamba Kami; lalu kedua isteri itu berkhianat kepada suaminya (masing-masing), maka suaminya itu tiada dapat membantu mereka sedikitpun dari (siksa) Allah; dan dikatakan (kepada keduanya): "Masuklah ke dalam jahannam bersama orang-orang yang masuk (jahannam)". (QS At-Tahrim [66] : 10)

Setelah semua penduduk bumi telah binasa dan tidak tersisa kecuali orang-orang yang beriman kepada Allah, maka Dia pun berfirman:

"Hai bumi telanlah airmu, dan hai langit (hujan) berhentilah," dan airpun disurutkan, perintah pun diselesaikan dan bahtera itupun berlabuh di atas bukit Judi , dan dikatakan: "Binasalah orang-orang yang zalim." (QS Hud [11] : 44)

Akhirnya Nabi Nuh bersama orang-orang yang beriman yang berada di atas bahtera diselamatkan Allah dari azab yang diperuntukkan bagi orang-orang kafir.

Allah mengisahkannya di banyak tempat dalam Al-Qur’an, agar kita boleh menjadikannya sebagai pelajaran.

Allah berfirman:

“Dan sesungguhnya telah Kami jadikan kapal itu sebagai pelajaran, maka adakah orang yang mahu mengambil pelajaran? Maka alangkah dahsyatnya azab-Ku dan ancaman-ancaman-Ku. Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al-Quran untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran?” (QS Al-Qamar [54] : 15-17

Labels:

Thursday 1 November 2012

masalah mata

 
 
Adakah tahap penglihatan anda semakin lama semakin lemah? Adakah anda tahu mengapa berlakunya perkara sedemikian? Cuba anda perhatikan perkara-perkara berikut;



1. Sering bermuram dari pagi hinggalah ke petang.

2. Suka duduk dengan membelakangkan kiblat.

3. Melihat kepada huruf-huruf yang halus.

4. Terlalu banyak menangis.

5. Melihat tanda salib.

6. Melihat faraj wanita ataupun sekadar melihat bentuknya dari luar.

7. Melihat kepada benda-benda yang kotor.


Pernahkan anda melihat ataupun melakukan mana-mana perkara di atas? Jika anda sering berbuat demikian, kemungkinan besar itulah puncanya mengapa daya penglihatan anda semakin lama semakin lemah.....


Namun begitu, terdapat beberapa cara untuk menajamkan daya penglihatan atau menguatkan kembali pandangan anda. Antaranya;


1. Amalkan selalu duduk menghadap kiblat.

2. Pastikan tempat duduk anda sentiasa bersih atau pilihlah tempat duduk yang bersih.

3. Memakai celak sebelum masuk tidur.

4. Melihat kepada sesuatu yang berwarna hijau.


Diharap dengan perkongsian yang tak seberapa ini dapat memberi manfaat kepada anda. Sekiranya ingin menambah sebarang tips atau petua yang berkaitan, silalah berbuat demikian pada ruangan komen @ ulasan.

Sekian, terima kasih.

Labels:

pameran komputer 2012




Pesta komputer kembali lagi. 
2 - 4 november 2012 bertempat di Mid Valley, Kuala Lumpur
2-4 november 2012 di Persada Johor, Johor Bharu
2-4 november di Pisa, Penang
9-11 november 2012 di MITC, Melaka

semak pameran berdekatan dengan kawasan anda dan kunjungi. Jom datang beramai-ramai.

Labels: