Saturday, 26 May 2012

tuntutan royalti


Royalti miyak Kelantan ditimbulkan oleh kerajaan negeri Kelantan pada Julai 2009.Exco kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa menganggar royalti minyak Kelantan melebihi daripada RM1 bilion.Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia terbaru menunjukkan Kelantan mula mengeluarkan minyak sejak 2004 dan berikutan itu kerajaan negeri mengutus surat rasmi menuntut sebanyak RM1 bilion.Laporan Jabatan Perdana Menteri yang diedarkan kepada pegawai kerajaan negeri, anggaran pengeluaran petroleum di Kelantan dalam satu tahun adalah RM2.5 bilion.


Pelantar minyak

3 pelantar minyak yang dimaksudkan perlu dipastikan dalam sempadan atau perairan negeri Kelantan. Hal ehwal tanah adalah dalam bidang kuasa kerajaan negeri Kelantan, sebagaimana juga di Terengganu , Sabahdan Sarawak.

Pelantar minyak negeri Terengganu terletak 220 kilometer di perairan Laut China Selatan menerima bayaran royalti minyak. Sedangkan pelantar minyak di Kelantan terletak 170 kilometer di Zon Ekonomi Ekslusif yang diusahakan antara Petronas dengan kerajaan Thailand di Laut China Selatan / Teluk Siam. Pelantar minyak itu diberi nama Pelantar bunga raya, Pelantar cakerawala-1,1A, 2,3 dan Pelantar bintang.Kesemua nama pelantar di dalam bahasa Melayu membuktikan ia milik syarikat Malaysia sekaligus Kelantan juga berhak membuat tuntutan royalti minyak. 3 pelantar ini sudah pasti tidak dalam perairan negeri Terengganu kerana bersempadan dengan negara Thailand.

Pelantar ini hasil usaha antara Lembaga Petroleum Thailand dengan Petronas Carigali (50 %) dan Triton Oil Thailand (50 %) bagi mengeluarkan 290,000 mm cfpd gas menurut perjanjian Disember 2002. Triton Oil dimiliki bersama oleh BP dan AS' Amerada Hess. Dari segi teknikal ia terletak di Blok A-18 Teluk Thailand berhampiran Songkhla. Kerja-kerja pemasangan dimulakan pada April 2003 dan operasi pengeluaran pada 2004. Blok A-18 seluas 290,590 hektar (726,474 ekar), terletak di 450 km dari Kuala Lumpur, Malaysia, dan 750 km dari Bangkok, Thailand, di utara Lembangan Melayu. Pelantar Cakerawaka -3 boleh mengeluarkan 3002 barrel minyak mentah setiap hari melalui 3 inci choke. Minyak ini terletak di 37 degrees API graviti. Batang gerudi ke dasar sedalam 180 kaki. Jumlah keseuruhan 9,814 kaki.[6] Paip gas sepanjang 350 km disambungkan terus ke negeri Kedah . Pembinaan saluran paip gas agak terlewat kerana mendapat bantahan aktivis alam sekitar.

Pidato royalti minyak

Pada 28 Januari 2010, pidato royalti minyak akan diadakan di Stadium Sultan Mohammed Ke IV Kota Bharu. Turut memberikan pandangan ialah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang , Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Tengku Razaleigh Hamzah, bekas Pengerusi Petronas dan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas. Majlis ini dianjurkan oleh Gerak dan Mampat.

Ketika itu, Tengku Razaleigh mewakili Petronas berjanji untuk membayar 5 % royalti kepada kerajaan negeri Kelantan jika minyak dibawa keluar dari perairan Kelantan.Tengku Razaleigh akan mencerita bagaimana perjanjian itu dibuat dan apakah makna perjanjian itu bagi Kelantan, Petronas dan Malaysia.

Demo tuntutan

Pada 26 Mei 2012 telah berlaku demo meminta tuntutan royalti oleh rakyat kelantan. Jalan raya menjadi sesak bermula dari Jalan Hamzah sehingga ke Jambatan Sultan Yahya Petra. Mereka terdiri daripada rakyat biasa serta badan bukan kerajaan. Tiada kekecohan yang berlaku.


Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home