jenis permainan video
Konsol permainan video
Isi kandungan
|
Bahagian konsol permainan video
- Alat kawalan: Peranti input yang membolehkan pemain berinteraksi dengan objek di skrin permainan. Selalunya, alat kawalan yang digunakan pada konsol yang lebih moden adalah pad permainan dengan kayu ria analog kecil bagi kawalan arah yang lebih jitu.
- Bekalan elektrik: Menukarkan bekalan arus ulang-alik AC 110-240 V (Malaysia: 240 V) kepada arus terus voltan rendah yang diperlukan oleh konsol.
- Unit konsol: Perkakasan utama yang mempunyai CPU, RAM, pemproses audio visual, pembaca media storan serta beberapa port untuk sambungan alat pengawal dan sambungan ke televisyen.
- Media permainan: Media storan luaran yang mengandungi program permainan video.
- Kad ingatan: Sesetengah konsol permainan video seperti PlayStation mempunyai kad ingatan bagi menyimpan data permainan.
Sejarah
- Generasi pertama (1972-1977)
- Generasi kedua (1976-1984)
- Generasi ketiga (1983-1992)
- Generasi keempat (1987-1996)
- Generasi kelima (1993-2002)
- Generasi keenam (1998-2006)
- Generasi ketujuh (2004-sekarang)
Garisan masa
Nota: Berikut merupakan garis masa konsol permainan video di Amerika Utara.Nota: Berikut merupakan garis masa konsol permainan video di Jepun.
Nota: Berikut merupakan garis masa konsol permainan video di Eropah.
Sila ambil perhatian bahawa terdapat konsol yang tidak disertakan kerana tidak diketahui tarikh pengeluaran; sila rujuk senarai konsol permainan video.
Media
- Kartrij: Papan litar bercetak yang dipakejkan, mengandungi cip ROM yang memuatkan program permainan.
- Kad pintar: Sama seperti katrij tetapi dengan keupayaan yang terhad disebabkan kad pintar hanya terdiri daripada satu cip yang dimuatkan pada kad yang bersaiz kecil.
- Storan magnetik: Menggunakan pita kaset ataupun cakera liut sebagai media storan, seperti Famicom Disk System.
- Storan optikal: Menggunakan cakera optikal seperti cakera padat, DVD atau cakera Blu-ray sebagai media storan.
- Edaran Internet: Ketiga-tiga konsol generasi ketujuh (PlayStation 3, Xbox 360 dan Wii) menyediakan khidmat edaran permainan melalui internet. Permainan video boleh dimuat turun secara berbayar ke konsol masing-masing.
Labels: mahir IT
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home