Sunday 3 June 2012

menara tertinggi

Ini hanyalah sekadar suatu coretan ringkas untuk pengetahuan am. Harap tiada yang keliru bila disebut itu yang tertinggi, ini yang tertinggi kerana setiap satunya biasanya di dalam kategorinya yang tersendiri. Pernah dengar Burj Khalifa?


World Tallest Tower-Menara Tertinggi Di Dunia - Tokyo SkyTree

itulah gambar menara tertinggi di dunia pada ketika coretan ini dibuat. Menara ini dinamakan sebagai Tokyo SkyTree. Tokyo SkyTree kini telah menggantikan Menara Tokyo yang wujud sejak tahun 1958 sebagai menara tertinggi di Jepun. Menara ini berketinggian 634 meter mengatasi Menara Canton di China yang berketinggian 600 meter. Menara ini bertindak sebagai menara pemancar televisyen dan radio. Bagi Menara Kuala Lumpur, menara ini bertindak sebagai menara telekomunikasi.
Untuk pengetahuan, terdapat sedikit perdebatan tentang istilah yang digunakan bagi mengkategorikan bangunan dan menara. Dalam hal ini, istilah menara pada amnya dirujuk sebagai struktur binaan manusia yang tinggi, saiznya lebih menjurus kepada tingginya berbanding besar atau lebarnya.
Oleh atas sebab di atas, maka mengikut kategori yang umum menerimapakai, Tokyo SkyTree telah diiktiraf sebagai menara tertinggi di dunia. Burj Khalifa pula pada ketika ini diiktiraf sebagai bangunan tertinggi di dunia. Pada suatu ketika dulu, Petronas Twin Tower atau Menara Berkembar Petronas memegang gelaran yang kini dipegang oleh Burj Khalifa tetapi kini Menara Berkembar Petronas berada di dalam kelasnya tersendiri – menara berkembar tertinggi di dunia

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home