Persiapan menghadapi ramadhan
Salam. sekejap sahaja masa berlalu. ramadhan telah hampir tiba. semakin hari kita semakin tua dan mendekati waktu ajal kerana bertambahnya usia seseorang bermakna kita semakin mendekati alam kematian. Semoga kita semua tidak leka dengan urusan duniawi. Ramadhan mempunyai banyak kenangan manis khususnya untuk umat islam. Antaranya seperti ucapan menyambut bulan ramadhan melalui kad, sms, email dan sebagainya.
Diantara persiapan menjelang ramadhan
1. Berdoalah agar Allah SWT. memberikan kesempatan kepada kita untuk menyambut ramadhan dalam keadaan sihat.
2. Bersyukurlah di atas kurniaan ramadhan yang kembali kepada kita.
3. Bergembiralah dengan kedatangan bulan ramadhan. Rasulullah SAW selalu memberi khabar gembira kepada sahabat setiap kali datang bulan ramadhan.
4. Manfaatkanlah sebaik mungkin bulan ramadhan.
5. Isilah bulan ramadhan dengan aktiviti yang berfaedah.
6. Pelajarilah dan bacalah al-quran di bulan ramadhan.
7. Sambut bulan ramadhan dengan tekad meninggalkan dosa dan perkara-perkara buruk.
8. Perbanyakkan amalan malam dan menghadiri qiamullail.
oleh;
-MAT-
Labels: tazkirah
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home