Saturday 23 June 2012

dikir barat

Dikir Barat adalah satu permainan tradisional yang paling digemari oleh masyarakat melayu di negeri Kelantan, merupakan satu bentuk muzik yang popular sebagai hiburan. Pada zaman dahulu persembahan dikir barat bertemakan kehidupan seharian biasanya menitik beratkan unsur-unsur lucu, namun ia berubah mengikut perkembangan semasa, tema dan konsep persembahan banyak berkisar kepada isu-isu politik, ekonomi, pembangunan, pendidikan masalah social dalam kehidupan masyarakat sejagat. Dalam persembahan Dikir Barat terdapat satu kumpulan yang diketuai oleh seorang Tukang karut dan Tok Jora. Mereka akan mengarut sambil berbalas-balas pantun dan diikuti oleh awak-awak sebagai suara latar dengan suara yang kuat dan lantang.
Perkataan Dikir ialah hasil dari kombinasi seni iaitu dikir dan pantun atau dikir karut. Pengertian “Karut” itu sendiri ialah dari istilah mengarut dalam bentuk pantun atau syair. Walau bagaimanapun di Kelantan ianya terkenal dengan Dikir Barat dan di Selatan Thai dengan Dikir Karut.
Permainan ini biasanya dimainkan oleh masyarakat pada musim menuai, majlis perkahwinan dan majlis-majlis keramaian. Namun pada masa kini dikir barat dijadikan sebagai platform untuk memperlihatkan kehebatan seni tradisional melalui pertandingan yang dianjurkan diperingkat kampung, daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Sebagai contoh Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah menyiarkan Pertandingan Akhir Dikir Barat Peringkat Kebangsaan yang disiarkan secara langsung pada setiap tahun dan menyiarkan rancangan Salam Pantai Timur untuk memperkenalkan seni dikir barat kepada masyarakat umum.





Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home