Rajagopal ditegur
Prestasi semasa skuad Harimau Malaya yang tidak menunjukkan
sebarang peningkatan sejak menjuarai Piala AFF Suzuki pada 2010, nyata
mengecewakan pelbagai pihak, tidak ketinggalan lagenda bolasepak tanah air, Tan
Sri Datuk Abdul Ghani Minhat - satu-satunya pemain bolasepak bergelar Tan Sri - yang juga dikenali sebagai Raja Bola.
Ghani berkata keputusan seri menentang Filipina tempoh hari,
juga yang kedua menentang pasukan sama tahun ini, tidak boleh diterima dan
berharap agar ketua jurulatih, Datuk K.Rajagobal tidak berterusan menjadikan
pasukan ini pasukan eksperimen dan memberikan alasan lapuk apabila gagal.
“Ini kelemahan penyudah, eksperimen tu hanya alasan. Kalau
eksperimen, u takkan dapat peluang (shots) sampai 15, 16 kali dalam satu game. Tapi
Rajagopal cakap dia bangga sebab kita dapat banyak peluang, cuma tak dapat gol
dan dia sudah kenalpasti kelemahan itu.
“kalau saya jadi jurulatih saya takkan berbangga dapat 15
peluang, dapat 1 shot 1 gol sudah cukup. Kelemahan apa yang dia kenalpasti? Striker
sepak bola semua melambung ke langit, sebagai jurulatih betulkan apa yang tak
betul kat situ. Panggil u punya striker, suruh diorang tendang bola 100 kali ke
arah gol masa latihan, low shot, ajar teknik yang betul, tajamkan sentuhan
penyudah. Kalau kesilapan berulang, maknanya u as coach tak buat kerja dengan
betul,” katanya.
Apabila diajukan soalan mengenai kecenderungan Rajagobal yang lebih
gemar menurunkan barisan pemain kesayangannya, ini reaksi Ghani,
“Bolasepak ni hiburan, sebagai pemain mereka perlu hiburkan
penonton, sebab tu lah peminat datang stadium, nak tengok aksi yang
menghiburkan. Bukan nak tengok u test player atau bagi pemain yang u suka main
walhal ramai lagi yang layak. Zaman saya dulu ini tak berlaku, pemain tak
perform tiada tempat dalam pasukan regardless of your status pemain bintang
atau popular..”
Tambah Ghani yang merupakan tonggak kejayaan meraih gelaran
hatrik Piala Merdeka pada 1958, 1959 dan 1960 serta pemenang gangsa Sukan Asia
pada 1962, Malaysia tidak boleh berterusan bermegah dan riak dengan kemenangan dicapai
2 tahun lalu, kerana baginya kejayaan itu tidak melambangkan kekuatan sebenar
Malaysia memandangkan bolasepak negara pernah berada di tahap yang lebih tinggi
sebelum ini.
foto : Bernama |
Sambil itu, Ghani turut menegur prestasi penyerang negara,
Safee Sali ekoran aksi hambar ditunjukkan pemain Pelita Jaya itu bersama skuad
kebangsaan, dan berharap Safee tidak terbawa-bawa dengan statusnya selaku penyerang
bernilai jutaan ringgit seterusnya hilang fokus di atas padang.
Labels: sukan
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home