Thursday, 31 May 2012

hardisk untuk dijual






Hadisk ide 
-   Brand max
-   40gb
-   100% tested ok
-   No bad sector
-   Harga RM40.00







Hadisk ide
-   Brand maxtor
-   80gb 
-   100% tested ok
-   No bad sector
-   Harga RM80.00

berminat/pertanyaan boleh hubungi/sms admin di talian 016-9332144. harga boleh dirunding. Pos seluruh Malaysia.


Labels:

Saturday, 26 May 2012

tuntutan royalti


Royalti miyak Kelantan ditimbulkan oleh kerajaan negeri Kelantan pada Julai 2009.Exco kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa menganggar royalti minyak Kelantan melebihi daripada RM1 bilion.Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia terbaru menunjukkan Kelantan mula mengeluarkan minyak sejak 2004 dan berikutan itu kerajaan negeri mengutus surat rasmi menuntut sebanyak RM1 bilion.Laporan Jabatan Perdana Menteri yang diedarkan kepada pegawai kerajaan negeri, anggaran pengeluaran petroleum di Kelantan dalam satu tahun adalah RM2.5 bilion.


Pelantar minyak

3 pelantar minyak yang dimaksudkan perlu dipastikan dalam sempadan atau perairan negeri Kelantan. Hal ehwal tanah adalah dalam bidang kuasa kerajaan negeri Kelantan, sebagaimana juga di Terengganu , Sabahdan Sarawak.

Pelantar minyak negeri Terengganu terletak 220 kilometer di perairan Laut China Selatan menerima bayaran royalti minyak. Sedangkan pelantar minyak di Kelantan terletak 170 kilometer di Zon Ekonomi Ekslusif yang diusahakan antara Petronas dengan kerajaan Thailand di Laut China Selatan / Teluk Siam. Pelantar minyak itu diberi nama Pelantar bunga raya, Pelantar cakerawala-1,1A, 2,3 dan Pelantar bintang.Kesemua nama pelantar di dalam bahasa Melayu membuktikan ia milik syarikat Malaysia sekaligus Kelantan juga berhak membuat tuntutan royalti minyak. 3 pelantar ini sudah pasti tidak dalam perairan negeri Terengganu kerana bersempadan dengan negara Thailand.

Pelantar ini hasil usaha antara Lembaga Petroleum Thailand dengan Petronas Carigali (50 %) dan Triton Oil Thailand (50 %) bagi mengeluarkan 290,000 mm cfpd gas menurut perjanjian Disember 2002. Triton Oil dimiliki bersama oleh BP dan AS' Amerada Hess. Dari segi teknikal ia terletak di Blok A-18 Teluk Thailand berhampiran Songkhla. Kerja-kerja pemasangan dimulakan pada April 2003 dan operasi pengeluaran pada 2004. Blok A-18 seluas 290,590 hektar (726,474 ekar), terletak di 450 km dari Kuala Lumpur, Malaysia, dan 750 km dari Bangkok, Thailand, di utara Lembangan Melayu. Pelantar Cakerawaka -3 boleh mengeluarkan 3002 barrel minyak mentah setiap hari melalui 3 inci choke. Minyak ini terletak di 37 degrees API graviti. Batang gerudi ke dasar sedalam 180 kaki. Jumlah keseuruhan 9,814 kaki.[6] Paip gas sepanjang 350 km disambungkan terus ke negeri Kedah . Pembinaan saluran paip gas agak terlewat kerana mendapat bantahan aktivis alam sekitar.

Pidato royalti minyak

Pada 28 Januari 2010, pidato royalti minyak akan diadakan di Stadium Sultan Mohammed Ke IV Kota Bharu. Turut memberikan pandangan ialah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang , Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Tengku Razaleigh Hamzah, bekas Pengerusi Petronas dan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas. Majlis ini dianjurkan oleh Gerak dan Mampat.

Ketika itu, Tengku Razaleigh mewakili Petronas berjanji untuk membayar 5 % royalti kepada kerajaan negeri Kelantan jika minyak dibawa keluar dari perairan Kelantan.Tengku Razaleigh akan mencerita bagaimana perjanjian itu dibuat dan apakah makna perjanjian itu bagi Kelantan, Petronas dan Malaysia.

Demo tuntutan

Pada 26 Mei 2012 telah berlaku demo meminta tuntutan royalti oleh rakyat kelantan. Jalan raya menjadi sesak bermula dari Jalan Hamzah sehingga ke Jambatan Sultan Yahya Petra. Mereka terdiri daripada rakyat biasa serta badan bukan kerajaan. Tiada kekecohan yang berlaku.


Labels:

wang pos

dah lama sungguh aku tak update blog aku ni. sori la kepada sesiapa yang singgah ke blog ni tapi asyik mengadap story2 yang lama. sesungguhnya aku takde masa nak mengadap blog ni walau aku hari2 online.

bulan mei ni memang banyak keje. baru lepas exam. Sambung kerja pulak.

perkara kali ini ialah pasal penggunaan wang pos. ramai yang tak urus dengan betul. bila aku jumpa member semalam, dia kata dia tak tau camne nak isi wang pos sebab tak pernah guna. baru aku sedar yang mungkin budak2 sekarang ni tak pernah jumpa wang pos kot.

so, kat sini aku nak citer sikit la pasal wang pos ni..

kat atas ni adalah contoh wang pos, "bayar kepada" tu, tulis la nama orang atau syarikat yang korang nak bagi duit tu. macam member sorang ni, ada ke dia bagi aku wang pos kosong. takde nama. kalau aku jahat, boleh je aku tulis nama aku dan cash kan duit tu. nasib baik aku baik. moral of the story, jangan bagi wang pos kosong.
sebelah kiri tu ada keratan yang boleh diceraikan. contohnya seperti di bawah ini.
keratan ni pengirim kena ceraikan. ini bukti korang dah kirim wang pos ni dan bukti korang adalah pengirim wang ni. pelajar ni memang careless. dia bagi aku siap keratan ni sekali. adoi...
last sekali, kat bahagian belakang wang pos ni, isi la butiran mengenai pengirim wang pos tu. tengok..yang ni pun dia biar kosong. sape yang nak isi semua ni?? aku la...adoi. tu la aku cakap, kalau aku ni jahat, maunya aku isi pastu cashkan, masuk poket aku. hahaha.

 I like!!

Labels:

Thursday, 24 May 2012

wwe highlight

terkini . highlight pilihan klip wwe





Labels:

Saturday, 12 May 2012

pilihanraya 2012

 
Pilihan raya adalah satu proses demokrasi di mana undian digunakan untuk memilih calon yang sesuai untuk mewakili rakyat di parlimen. Ia merupakan suatu mekanisme demokrasi untuk memilih calon yang sesuai untuk memenuhi jawatan-jawatan penggubal undang-undang, eksekutif, perundangan dan kerajaan tempatan. Di universiti, ia pula penting untuk memilih wakil persatuan pelajar.

Terdapat dua jenis pilihan raya iaitu pilihan raya umum atau pilihan raya kecil. Kaedah atau sistem pilihan raya boleh dikategorikan kepada dua iaitu samada perwakilan berkadar (proportional) atau sistem majoriti (majoritarian). Sistem pilihan raya mementingkan pemenang, atau beberapa pemenang menurut pengiraan undi yang diperolehi setiap calon yang bertanding. Pemenang menjadi tumpuan sebab dia akan mewakili rakyat di Parlimen dan terlibat dalam proses penggubalan undang-undang. Oleh itu cara pemilihannya amat penting dan sepatutnya selari dengan kehendak demokrasi. Selain itu pilihan raya biasanya dipantau oleh sebuah badan bebas, misalnya di Malaysia ia dipantau oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.
Di sisi syara', pilihan raya merupakan suatu bentuk aqad wakalah (perwakilan). Penyempurnaan aqad wakalah mesti memenuhi rukun-rukunnya, iaitu;

    Ijab dan qabul
    Muwakkil - pihak yang mewakilkan
    Wakil - pihak yang mewakili
    Perkara yang diwakilkan
    Bentuk redaksi akad perwakilannya (sighat tawkil)

Ini berdasarkan kepada beberapa dalil dari hadis;

Dari Jabir bin Abdillah. Ia menuturkan, "saya hendak berangkat ke Khaibar, lalu saya menemui Rasulullah s.a.w. Baginda kemudian bersabda : Jika engkau menemui wakilku di Khaibar maka ambillah olehmu darinya lima belas wasaq."

Dan dalam peristiwa baiat 'Aqabah II, Rasulullah s.a.w. meminta 12 orang sebagai wakil dari 75 orang Madinah ketika itu yang dipilih oleh mereka sendiri. Riwayat ini juga menunjukkan bahawa Rasulullah s.a.w. melakukan proses perwakilan (wakalah). Dengan demikian, hukum asal wakalah dalam syariat Islam adalah harus (boleh).

Sementara yang menjadi isu utama dalam menetapkan hukum pilihan raya itu adalah 'perkara yang diwakilkan' yang merupakan objektifnya, jika pasti bahawa calon yang ingin diundi itu dapat memastikan dirinya tidak terlibat dalam proses pembuatan undang dan melakukan aktiviti yang sesuai dengan syariat, maka bolehlah datang mengundi untuk beliau, namun jika tidak adalah haram untuk bersubahat melantik menjadi wakil kepada benda yang diharamkan.
Ini berasaskan kaedah fiqh, al-wasilatu ila haraam, muharramah (sesuatu yang membawa kepada keharaman, maka ia juga haram).

Undi dengan bijak. parti yang mendukungi islam.

Labels:

Thursday, 10 May 2012

aksesori laptop

salam.
admin ada beberapa alat ganti laptop  model hp pavilion tx2000 untuk dilelong.

1. skrin laptop
2. keyboard
3. dvd drive
4. wireless pci

berminat sila emailkan kepada saya ; pasirpekan@yahoo.com





Labels:

Wednesday, 9 May 2012

Kucing gemuk mati



GAMBAR fail menunjukkan seorang kakitangan Rumah Perlindungan Haiwan dan Persatuan Kemanusiaan Santa Fe memegang Meow pada 19 April lalu.


SANTA FE, Amerika Syarikat - Seekor kucing yang menjadi tumpuan umum kerana memiliki berat badan mencecah 18 kilogram (kg) mati akibat komplikasi kesihatan kerana terlalu gemuk, kata pihak pengurusan sebuah rumah perlindungan haiwan kelmarin.
Kucing jantan bernama Meow, berusia antara dua hingga lima tahun itu dihantar untuk tinggal di Rumah Perlindungan Haiwan dan Persatuan Kemanusiaan Santa Fe pada bulan lalu selepas pemiliknya yang berusia 87 tahun tidak lagi berupaya menjaga haiwan tersebut.
Meow kemudian menjalani terapi diet dengan perkembangan kucing itu disiarkan di laman Facebook.
Pengarah rumah perlindungan berkenaan, Mary Martin memberitahu kelmarin bahawa berat Meow turun 0.9 kilogram dan kucing tersebut berada dalam keadaan baik tetapi pada Rabu lalu ia mula mengalami masalah pernafasan.
Kucing itu menjalani beberapa ujian termasuk ujian jantung dan X-ray serta diberikan bantuan oksigen untuk bernafas.
Namun, Meow akhirnya mati pada Sabtu lalu.
"Kami semua terkejut dan sedih dengan kematian Meow," kata Martin.
Punca berat badan Meow meningkat masih tidak dapat dipastikan tetapi menurut Martin, kucing itu mungkin diberikan makanan berkalori tinggi dan tidak aktif.
Kucing dewasa biasanya memiliki berat antara 3 hingga 5kg. - AGENSI

Labels:

Tuesday, 8 May 2012

Kelantan sapu bersih 3.0



The Red Warriors mempamerkan watak Sang Juara apabila menang bergaya  ke atas pendahulu Liga Super iaitu pasukan Singapura Lions XII dengan keputusan 3 – 0
Kelantan FA berpeluang awal untuk membuka tirai jaringan namun sepakan penalti The Linesman Shahrul Idlan Talaha diselamatkan oleh penjaga gol Lions XII iaitu Hyrulnizam Juma’at.
Selepas itu kedua dua pasukan saling menyerang dan penjaga gol Kelantan dan Lions XII bertindak cemerlang menahan kubu masing2 dari dibolosi penyerang lawan.
Kedudukan 0 – 0 kekal hingga tamat separuh masa pertama.
Bermula separuh masa kedua Kelantan FA dilihat lebih banyak menyerang melalui sayap kanan lincah iaitu S.Chanturu yang banyak membawa bola ke kawasan bahaya namun tiada sebarang jaringan tercipta hingga minit ke 73
Kekebalan Lions XII akhirnya roboh jua apabila S.Chanturu menjaringkan gol pada minit ke 74 melalui sepakan gunting hasil hantaran dari Norshahrul Idlan Talaha untuk menceriakan lebih 20 Ribu penyokong Red Warriors.
Tidak sampai 5 minit, gawang gol Lions XII bolos lagi dan penjaring gol kali ini adalah penyerang Norfarhan Muhammad yang bijak merembat masuk hantaran dari Badhri Radzi.
Rizal Fahmi Rosid menutup malam gemilang pasukan Kelantan FA apabila merembat kencang bola untuk menggegarkan gawang gol Lions XII yang menyaksikan Penjaga Gol Lions XII tidak mampu berbuat apa apa dan memberikan Kelantan kemenangan 3 – 0.
Kemenangan 3 – 0 dan 3 mata berharga berjaya dikutip pasukan Kelantan FA seterusnya menyaksikan Kelantan terus menghambat Lions XII di puncak liga yang mengumpul 36 mata dari 18 perlawanan manakala Kelantan pula mengumpul 34 mata dari 15 perlawanan.



Labels:

Bsn di kelantan


Bsn jalan dato pati kini sudah dibuka. jom serbu ramai2.
Anda boleh guna khidmat mesin atm, mesin cash deposit dan sewaktu dengannya.

Labels:

Saturday, 5 May 2012

car fair kbmall

berita baik. car fair di kbmall, kelantan dari 25 April hingga 29 Mei 2012. Berbagai barang penjagaan kereta boleh didapati disitu dengan harga berpatutan. Contohnya wax soft99 hanya rm12.90.



Dan macam-macam lagi. Ada masa pergilah.


Labels:

Friday, 4 May 2012

Basikal fixie


Jika anda pertama kali melawat blog ini, melawatlah lagi ;P


Jika anda perhatikan betul-betul di sekeliling taman perumahan anda, anda pasti pernah melihat sekumpulan remaja ataupun mungkin orang dewasa menunggang basikal yang berwarna-warni. Agak menarik melihatkan kepada bentuk dan warna yang pelbagai pada basikal ini. Tahukah anda nama basikal ini adalah fixie?
Fixie merupakan nama yang timbul daripada perkataan “fixed-gear” kerana basikal ini tidak mempunyai freewheel. Bermakna tidak seperti basikal lain, pengayuh basikal akan tetap berpusing ketika basikal ini bergerak. Oleh sebab ini basikal fixie tidak mempunyai brek dan untuk memberhentikan basikal ini haruslah menggunakan kaki bahkan ia boleh dikayuh mengundur.
 Kali ini saya ingin berkongsi  fakta menarik berkenaan basikal fixie ini:
  1. Basikal fixie ini mula diperkenalkan pada tahun 1950, baru-baru ini ia mula menjadi trend di kalangan remaja di Malaysia.
  2. Basikal fixie tidak mempunyai brek dan sesetengah negara mempunyai undang-undang melarang penggunaan basikal tanpa brek.
  3. Untuk memberhentikan basikal fixie penunggang harus menggunakan tenaga yang kuat untuk menghalang pengayuh dari berpusing dan menyebabkan basikal itu bergelongsor. Perbuatan ini dipanggil sebagai “skidding”.
  4. Sesetangah penunggang fixie berpendapat basikal fixie ini dapat membantu penunggang mengayuh dengan lebih efisyen.
  5. Basikal fixie tidak mempunyai gear.
  6. Harga basikal fixie adalah dari RM500 ke ribuan ringgit bergantung kepada jenama dan kualiti basikal.
  7. Penunggang fixie mempunyai komuniti sendiri dimana mereka akan berkumpul dan menunggang basikal fixie beramai-ramai.
  8. Seperti basikal BMX, fixie juga mempunyai skill atau trick yang tersendiri yang boleh dilakukan oleh penunggang yang mahir.
  9. Basikal fixie bagus untuk melatih otot kaki kerana ia tidak membenarkan anda untuk “coasting” dimana, pada basikal biasa, anda akan merehatkan kaki anda dengan memberhentikan kayuhan ketika basikal masih berjalan.
  10. Sesetangah penunggang berpendapat menunggang fixie memberikan mereka lebih “feel” kerana ia memberikan lebih rasa cengkaman ketika menunggang terutamanya di jalan yang licin.

Labels: